Assalamualaikum.
Semua orang ada pengalaman time baru nak kerja. As a freshgrad, kadang-kadang ada maklumat yang kita terlupa or terlepas pandang. Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku yang buat aku percaya dengan kehebatan bertawakal dan yakin dengan rezeki ditentukan Allah.
Aku berjaya habiskan degree pada awal february tahun ni. Bila dah habis study, tipulah tak excited nak kerja kan. Lagi lagi bila kawan-kawan semua dah start berlumba cari kerja.
Nak dipendekkan cerita, aku berjaya diterima masuk oleh satu company international cawangan KL iaitu company X. Time interview bos company terus inform dia nak ambil aku bekerja dan terus discuss salary yang dia akan bayar aku mengikut skill dan cgpa yang aku peroleh selain expected salary. Sebelum tu aku memang dah survey mostly starting salary freshgrad untuk ijazah bidang yang aku ambik paling kurang dibayar sebanyak 2k. Disebabkan resume dan portfolio aku menarik perhatian bos aku, dia bersetuju untuk bayar aku 3k walaupun aku freshgrad. Siapa tak happy kan bila dapat gaji lebih dari yang kita harapkan. Aku pun setuju.
Silap aku ialah aku tak tahu yang kalau kita diterima masuk kerja, kita terus dapat offer letter untuk di tanda tangan paling lambat pun minggu pertama bekerja. Tapi selalunya korang akan dapat before first day masuk office or hari pertama bekerja. Aku cuma tahu aku bakal dapat offer letter tapi tak tahu bila.
Aku pun kerja macam biasa selama sebulan. Tapi sepanjang sebulan tu aku banyak kali mintak offer letter kat bos aku tapi dia macam berdolak dalih. Tiba hari payday, aku cuma dapat 1.5k je. Aku bukan tak bersyukur tapi aku tahu bukan ni yang bos aku janjikan. Aku rasa tertipu. Tapi aku tak boleh buat apa sebab offer letter pun dia tak bagi-bagi lagi. Aku sabar dan terus bekerja untuk 2nd month dengan harapan bulan kedua dia bagi gaji sebenar yang dia janjikan.
Long story short, dua bulan berlalu dan aku masih dapat gaji yang sama. And sepanjang dua bulan tu paling kurang seminggu sekali aku mintak offer letter. Sampai satu hari aku decide nak jumpa jugak and discuss betul-betul. Aku tahu almost semua company ada probation. Depends on company, 3 bulan atau 6 bulan. Bila discuss tu dia cakap okay probation you start next month selama 3 bulan. Aku mcm what!? Habistu bila aku nak dapat offer letter. Kalau korang nak tahu bila kita dalam probation kita dah start dapat gaji sebenar macam discuss tapi boss aku cakap untuk probation dia bagi 1.5k jugak. Bos aku cakap offer letter nanti dia sediakan. Tapi sebab dah banyak kali aku terima jawapan nanti akhirnya aku decide untuk hantar surat resign. Lagi aku bengang bila officemate aku cakap budak intern kat company pun dapat dalam 1.8k. Aku rasa bos aku ambik kesempatan sebab dengar kata nak kurangkan kos company tapi dia still kekurangan staff untuk settlekan kerja. Aku pulak jadi mangsa.
Before korang nak cakap apa-apa yang negatif macam maybe aku tak reti buat kerja ke apa ke, tak. Semua dalam office bos harapkan aku buat. Siap dapat pujian dari client lagi. Aku pulak ada skill kemahiran yang belum ramai lagi orang belajar tapi high demand so agak susah untuk bos aku cari pengganti tempat aku. Memang lumrah kerja aku balik tak pernah on time paling awal pukul 7 keluar office. Jadi dengan gaji 1.5k, overtime pun tak berbayar and hidup kat tengah KL memang makan gaji je. Tolak duit transport and duit rumah sewa. Bil lagi. Bila aku dah resign bos aku ada jugak merayu untuk discuss balik and mintak aku kerja situ tapi aku nekad untuk cari tempat lain.
Selepas resign hampir sebulan aku menganggur. Time ni lah start episode aku kesempitan rezeki dengan nak bayar rumah sewa lagi, modal untuk pergi interview tempat baru lagi. Even aku cuma ada lebih kurang 1.8k (campur baki gaji sebelum) aku tak lupa bagi duit kat parents. Belanja adik adik makan. Lepas tu nak musim raya pulak. Aku still belikan adik adik baju sikit. Aku tetap bagi duit raya sebab fikir as sedekah and harap murah rezeki. Aku tak pernah putus asa. Aku tawakal rezeki tu Allah yang bagi. Pernah terfikir untuk mencuri sebab terdesak tapi aku sabar dan tawakal. Kalau solat tu menangis-nangis aku time sujud and doa. Makan pun aku memang makan maggi je sehari sekali nak jimat punya pasal. Aku tak bagitahu parents apa yang jadi sebab tak nak diorang risau. Kadang-kadang aku hampir rasa putus asa dengan Tuhan tapi aku menidakkan apa aku rasa, terus tawakal dan percaya rezeki tu ada di mana-mana and rezeki tu Allah yang punya. Cuma kena doa, ikhtiar, tawakal.
One day aku dapat panggilan interview kat salah satu company besar. Bukan calang-calang company and aku tahu tak mungkin lah aku dapat interview sebab sebenarnya aku dah tak berharap pun dapat any response dari company tu lepas submit resume. Just cuba nasib. Lagipun dah lebih dua minggu sebenarnya aku hantar resume so terkejut lah company tu call. Dapat interview pun dah excited sangat. Aku prepare apa yang patut untuk interview tapi tipulah tak cuak. First time aku nervous sangat nak interview sampai sakit perut takut sangat.
Alhamdulillah sehari selepas interview aku terus dapat panggilan yang aku dapat kerja tu. Disebabkan resume and qualification aku, company tu tawarkan 4.5k as starting salary dengan pelbagai benefit yang jauh lebih baik dari company lama aku. Tu belum campur lagi monthly allowance, transportation allowance, parking allowance and medical. Aku macam tak percaya sebab aku kan freshgrad tak mungkin aku dapat banyak tu and rata-rata kawan kawan aku paling tinggi dapat pun dalam 2.5k. And aku pun tak mintak expected salary setinggi tu,jauh panggang dari api tapi dah rezeki. Bakal bos aku pun yakinkan yang aku memang layak and kalau company lain pun mesti berebut nak hire aku. Sekelip mata je hidup aku berubah. Bila aku fikir balik mungkin sebab aku tawakal and percaya dengan rezeki Allah. And mungkin jugak sebab aku rasa macam teraniaya dari bos lama aku dulu. Yang penting aku sabar and percaya dengan rezeki. Allah bagi lebih dari apa yang aku mintak. Minggu yang sama aku dapat banyak offer kerja dengan salary yang tinggi. Macam tiba-tiba je rezeki datang. Kebetulan or memang Allah dah rancang yang terbaik? Aku percaya Allah lah sebaik-baik perancang even aku dalam kesusahan aku fikir tu je. Semua yang jadi ada hikmahnya.
Kali ni aku dah cek betul-betul okay pasal offer letter dont worry tak kena tipu dah. Bila dah dapat kerja ni baru aku bagitahu parents apa yang jadi. Lagi seronok company baru dekat dengan rumah aku so tak payah sewa rumah dah and parents pun memang suruh aku duduk rumah je. Alhamdulillah sekarang hidup aku dipermudahkan. Aku just nak nasihat untuk orang yang baru nak kerja, cek betul-betul apa procedure bila nak kerja. Kena tahu apa benefit, pasal offer letter and probation. And jangan putus harapan and berharap kat Allah. Always usaha and tawakal sebab Tuhan akan bagi hasil yang setimpal dengan usaha kita. Rezeki pun boleh datang macam-macam cara. Pengalaman cari kerja ni buat aku lebih percaya dengan kuasa Allah dan rezeki dia. Selagi kita bertawakal, mesti Allah akan bantu kita. Cuma kita tak tahu cepat or lambat. Aku doakan hidup korang semua dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
– Miss Z
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit