Assalamualaikum semua.
Aku sangat berharap semua orang mulai hari ini, kalau ada duit untuk travel, ada duit untuk beli tiket flight dan sebagainya, sila peruntukan juga duit untuk hotel sekali.
Mampu melancong bermaksud anda mampu untuk tinggal di hotel/ airbnb/ hostel.. bukan menyusahkan orang yang tinggal kat tempat kita travel tu untuk kita tumpang tidur.
Aku stay overseas dan memang ramai sangat ambil kesempatan berjimat minta tumpang tidur.
Memanglah nampak macam biasa tapi kalau everytime orang datang London, aku kena prepare tempat tidur, matilah nak.
Aku pun bayar sewa yang mahal, bil air api bukan untuk bagi free accommodation.
Kehidupan kat sini pun bukannya murah walaupun kami bergaji pound, tolonglah faham.. of course tuan rumah akan susah nak say no, tapi ini kan common sense?
Setiap tetamu itu rezeki, betul lah tu.. tapi cubalah berada di tempat kami sebelum keluarkan ayat itu.
Memanglah orang akan cakap alah bukannya selalu pun kawan tu boleh datang mungkin sekali seumur hidup. Ye betul, tapi bukan dia seorang.
Ada 12357 kawan lagi yang bertanya dan request benda yang sama.
Seorang sekali, tapi kalau semua 12357 request benda yang sama ie nak tumpang bermalam di london siap dengan pakej tour guide dan makan free, tak ke naya tuan rumah.
Kami pun cukup makan je kat sini. Sebulan extra duit £100 je boleh simpan. Kalau ada orang nak kena host every month, masaklah kami.
Harap lepas ni malaysian yang nak melancong tolonglah elakkan request nak bermalam.
Dipersilakan if nak datang rumah makan sekali tapi aku tau korang pun bukan nak jumpa kitorang sangat just nak ambil benefit bermalam je kan.
Korang mestilah nak pergi tengok attractions kan dari jumpa kawan. Kalau tak offer rumah of coursela lah takde masa pun nak berjumpa.
Dilema ni bukan aku sorang tapi kebanyakan penduduk malaysia di sini serabut dengan benda yang sama. Nak bermalam sampai sanggup tidur ruang tamu.
Perlu diingatkan rumah kat UK ni kecik tau. Kami pun bersesak dengan anak2. Pastu nak kena jaga aurat lagi. Nak kena prepare breakfast lunch dinner kat korang lagi.
So lepas ni aku harap korang yang nak datang UK, unless kawan tu offer, stop lah minta nak bermalam rumah orang. Kita tak tahu struggle orang. Duit, masa, tenaga, aurat.
If ada duit nak bayar tiket kapal terbang, kumpul lah duit untuk dok hostel or hotel juga.
Minta maaf sebab terus terang tapi harap kita semua sedar lah benda ni sangat common sense.
– Anxiety (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit