Salam semua… and thanks curator siarkan confession ni. Nampak ada beberapa yang share berkenaan benda yang masih tabu dalam masyarakat kita. Aku pon terasa nak share jugak benda yang sama.
Lelaki.. dan gay. Itulah aku. Aku tak pernah terfikir dan tak pernah tahu benda2 ni semua masa kecik2 dulu. Ye lah.. zaman2 kita dulu mana lah nak ada gajet2 bagai ni kan. Setakat nak main games snakes kat 3310 tu retilah. Haha.
Masa kecik2 dulu, jujur, aku tak pernah pon nak suka kat siapa2, baik lelaki mahupun perempuan. Tapi, masa darjah 6 tu ada laa macam 'suka' kat sorang mamat ni. Tapi.. sebab dia 'suka' bukan suka, sebab aku tak reti dan tak faham apa maksud perasaan tu masa tu. Nak kata innocent, maybe lah kot? Takpe.. aku yakin Allah lindungi aku daripada benda2 maksiat ni.
Then masuk sekolah menengah sepanjang2 tu memang takde laa nak suka or minat kat siapa2 and aku pon tak pernah di-approach oleh siapa2 yang suka/nak kat aku. Then masuk U, aku kekal macam tu.. takde orang yang special tapi yang berkenan tu ada laa. But of course, jejantan yang dah beraweks lah. Of course aku tak approach or apa2 lah kan.
Sampailah aku tahun 3 lebih kurang. Okay, fine.. aku jenis yang takut nak approach orang yang aku minat. Tipulah if dah masuk U ni langsung takde orang yang kita minat kan..? Haha. So, masa ni tiba2 ada laa sorang mamat ni, aku kawan lah dengan dia. But aku perasan yang dia suka nak layan aku lain sikit laa. (tak tau laa perasan sendiri2 ke apa kan masa tu). Iman tak cukup kuat beb. Aku pon tersangkut lah dengan dia.. and memang dia ada taruh minat. Tapi, one thing yang aku bersyukur is that, kitorang sentiasa tahu limitasi agama… and jujur memang tak pernah buat apa2 walaupun nak ringan ke nak berat ke. Alhamdulillah.. Allah masih jaga kehormatan aku. Dan dia. Dan perancanganNya maha besar, dan2 je member ni habis study masa tu. Walaupun kitorang tau batas, aku still takut kot2 laa apa2 jadi kann…
Sekarang Allah hantar lagi ujian. Aku sangkut pulak dengan member lain. Jujur aku bukan lah orang yang jenis mengakui aku ni jenis macam ni. Aku kadang2 jijik dengan diri sendiri. Aku geli lah. Semua tu kat diri sendiri. Betapa kasihnya Allah kat aku, aku setakat ni sangkut dengan orang yang jenis tahu batas dia macam mana, cuma ye lah.. hati dengan perasaan tu takleh tipu kan. Kadang terlepas jugak minat, suka, berkenan tu dekat someone kan.
Kepada masyarakat, aku tahu dan yakin, masih ramai lagi yang pandang serong kat golongan2 aku ni. Nak2 kalau jenis geng yang 'sopan' tu. Kadang bukan tohmahan atau kejian yang deorang dapat. Setakat benda tu, kongsi2 dengan member sekapal inshaa Allah boleh tenang. Tapi yang aku sedih, member2 aku tu jantan2 tak tau malu ni tak segan silu nak amik kesempatan. Korang ingat kalau dengan lelaki ni ada tahap halal ke bang? Tak dapat perempuan, lelaki pon jadi kau sapu? Maaf lah kalau kasar tapi realitinya sekarang macam tu.
Kalau dulu, golongan jenis kami ni kena balik kasut je. Tapi zaman sekarang ni deorang sanggup baling bunga pulak. Tolong jangan rosakkan kami yang sedia 'rosak' ni. Tak semua daripada kami ni iman seteguh tiang ye. Memang lah "rezeki" kau dapat yang jenis tak kuat ni, tapi aku dari golongan yang sama terasa hinanya pabila kau datang kat kami dek kerana nafsu kau yang menggunung tu semata2.
Salam kasih sayang to all. Kuatkan diri kita geng. Semoga kita mampu menempuh dugaan tambahan ini. Macam confessor sebelum2 ni cakap, kepada yang belum terlibat, jangan libatkan diri anda. Kepada yang dah terlajak laris, bersama2lah kita semua mendoakan mereka.
– Sazali
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Cuba cik dalami ilmu tasawwuf. Kenal allah. Awk akan rasa nikmat kenal allah akan rasa nikmat solat. Akan rasa BENDA MCM TU jauh diri awk dgn Allah.
betul …tu la pentingnya tasauwuf..tapi ada org sanggup kata tasauwuf sama dgn ayaq acaq..
allahumma igfirlaka..wahfizuka..waj aluka fi hifzihi