Aku perempuan. Dan apa yang aku nak luahkan hari ni ialah tentang perempuan. Kita perempuan akhir zaman. Zaman yang penuh dengan fitnah. Zaman dimana ramai yang hidup dalam kejahilan. Zaman yang penuh dengan kezaliman.
Aku bukanlah ustazah atau perempuan warak tapi hati aku membenci melihat perempuan yang tak jaga adab berpakaian. Kita ni melayu dan yang paling penting kita ni ISLAM! Faham tak Islam? Yes kita mengaku kita Islam tapi tahap mana Islam kita? Islam atas ic je?
Tak malu ke dengan Allah? Allah bagi kita nikmat tapi kita? Bila susah menangis merayu mintak tolong dengan Allah. Tanya Allah kenapa berat sangat ujian yang Allah bagi. Tapi kau tak fikir ke kau jaga tak hubungan dengan Allah? Bila ada yang menegur jawab ni urusan aku dengan Allah, hidayah milik Allah. Ye mmg hidayah milik Allah tapi kita sebagai hamba kena Cari hidayah. Sbb tu Allah bg akal. Kalau tak baik jadi lembu berotak tapi tak berakal. Get my point?
Aku tengok bukan main lg perempuan Melayu Islam berpakaian sekarang tak ubah macam org Barat. Bila org mengata kau marah tapi aku sedar tak mmg kau salah wahai perempuan? Kenapa kau tak jaga diri sedangkan kau dilahirkan punya harga diri. Marahkan lelaki mintak jaga pandangan tapi kau tak jaga apa yang patut kau jaga? Sbb tu Allah suruh jaga! Sbb nak jaga dari pandangan lelaki. Ingat lelaki semua iman tahap Nabi? Lelaki pun manusia biasa kau tahu. Dah kau tunjuk, nak suruh diaorg ambik garfu cucuk mata?
Hey perempuan, aku malu melihat kaum aku begini. Kau tak jaga hak Pencipta kau tapi kau tak malu mintak macam-macam dgn Allah. Malu lah sikit. Pakai mini skirt, pakai bikini mana maruah diri? Tak sape suruh pakai abaya berniqab semata utk jaga aurat.
Jaga lah aurat kau wahai perempuan kerana aurat kau maruah kau. Bila org ckp takde maruah tahu pulak marah! Pdhal diri sendiri berkelakuan tak bermaruah. Come on lah sudah-sudah lah dgn alasan lapuk 'tak payah sibuk bukan hal kau pun' ,'jangan masuk campur hal aku' ,'kubur masing-masing', 'bajet bagus nak nasihat orang', habis kau dah cukup bagus ingkar perintah Allah?
On off pakai tudung kau ingat neraka boleh keluar masuk sesuka hati kau? Kejap kat syurga kejap kat neraka gitu? Cuba ambik api cucuh kat tgn sakit ke tak. Tu baru api dunia kau tahu api neraka tak terbayang panasnya. Cukup-cukuplah dgn sikap ignorance bila org tegur kau pakai seksi sgt. Dah mmg kau salah mengaku jelah. Org lain pun meluat dan benci tengok cara kau, bukan sbb dia perasan bagus tapi sbb masih ada sekelumit iman dalam hati dia nak membenci kemungkaran.
Sudan lah perempuan, kembali lah kepada yang Maha Pencipta. Entah esok lusa kita akan kembali kepadaNya. Bertaubat lah kerana neraka itu benar!
"Menasihatimu bukan bermaksud aku lebih baik dari mu, menasihatimu kerana aku sayang saudara Ku, aku sayang agama ku".
– Perempuan
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Harsh one.
It’s everglowww~
Hey ladies
Sekarang cinta pakai otak
Jgn mau rugi hati juga rugi waktu
Bila dia merayumu igt semua bohong.
Mmg lah tak semua laki2 busuk,
Namun ladies tetap lah harus wasapada
Semoga lah kita semuanya mendapatkan cinta yg Tulis
hahaha….
Still win
Pandangan lelaki. Tudung labuh bukan setakat labuh di depan iaitu dada. Tapi perlu labuh sikit di bahagian tepi sekurangnya sebelum siku. Jika tidak kalau tangan tu bergerak akan nampak bentuk buah dada dari tepi.
dia ada satu melayu auni ameera ka apa.. dia baca nie dia kutuk yang jantan melayu gila seks.. pompuan x pernah salah.. walo pakai skirt without panties..
Jgn mengata..cuba gunakan akhlak tuk menegur mereka….jgn la kite anggap….kite dah byk kali nasihat tp xjln juga… tanya pd dri blik….kite nsihat melalui hati dan kasih pd mereka atau hanya nak sedapkan rasa hati sndri je….ingat kite nih hanya asbab je…yg mgerakkan semua dr Allah…jgn kite rase…jgn pndg pendosa tuh akn buat dosa selamanye…kite xtau masa depan mereka…banyakka berdoa…tunjukkan akhlak kite pd mereka…jgn kite tarik terlalu kasar…sbb kasar hanya menjauhkan meraka dr agama…
Moga Allah mudahkan jalan2 kite tarik seluruh umat rasulullah taat pd Allah…Insyaallah…
Tanamkan azam…Insyaallah…dimudahkan