Hi Crush, Bacalah Coretanku Ini

Hi, assalamualaikum! Nama aku Aliya. Of course bukan nama sebenar.

Sebelum pergi lebih jauh, ingin aku ungkapkan coretan ini berbentuk sepucuk surat. Bacalah seperti dikau menerima sepucuk surat dari orang yang kau cintai.

Hi Crush, ni aku yang sudah lama memendam rasa dekat kau. Hampir 7 tahun lamanya.

Setiap tahun pasti aku dan kau akan dipertemukan dalam satu majlis, atau apa apa program yang aku tak pernah sangka pun kita akan bertemu tapi sayangnya pertemuan kita hanya sekilas pandangan mata dan sebalas senyuman.

“Aliya, doakan aku. Harini aku ada program. Semoga semuanya berjalan lancar.”

“Aliya, get well soon. Jaga lah diri Aliya”

“Selamat Ulang Tahun Aliya”

“Selamat Hari Raya Aliya. Moga baik baik saja untuk kau”

“Tahniah Aliya, hebat lah kau”

Inilah ungkapan setiap tahun selama hampir 7 tahun ni kau ungkapkan kepada ku.

Sedar tak sedar dah hampir 7 tahun perasaan ni berlalu. Kau lupa ke siapa yang mulakan perkenalan di antara kita dulu?

Kau tak pernah miss wish birthday aku, selalu reply story aku, bertanya tentang perkembangan aku dan selalu accept setiap pertolongan aku walaupun kau busy waktu tu dan terlalu banyak perkara perkara yang kau lakukan untuk cuba mendekati aku.

Kau anggap aku teman saja ke? atau lebih dari itu? Bagitahu aku, apa yang kau anggap pada diriku. Hanya sebatas teman, atau tetamu istimewa di hatimu.

Aku tak mampu bicarakan isi hatiku pada kau. Kau kenalkan sahabatku, Ina yang sudah lama memendam rasa terhadap diri kau sedari di bangku sekolah lagi.

Tidak tergamak untuk aku membicarakan isi hati ku padamu sedangkan sahabatku sendiri memendam perasaan yang sama dengan orang yang sama!

Kau juga layan baik terhadap sahabatku. Sebenarnya hati siapa yang kau ingin jaga? Pilihlah. Aku ingin tahu. Mudah untuk aku undur diri andai pilihanmu itu bukanlah diriku.

Sempena ulangtahunmu pada kali ini aku mendapat berita kau bakal fly ke negara luar sama ada untuk meneruskan pengajian yang lebih tinggi atau untuk bekerja di sana. Aku pun tidak tahu.

Selalu urusan penting seperti ini akan kau maklumkan pada ku, tapi tidak kali ini. Kau hanya berdiam diri.

Mungkin kau anggap aku hanya sebatas teman. Aku membawa harapan yang kau bina pada awalnya dan pada akhirnya harapan itu aku pegang sendirian.

Aku mendoakan yang terbaik untuk kau. Biarlah waktu yang menentukan sama ada antara kita ada jodoh atau sebatas pertemuan.

Izinkan aku untuk menunggu kau sehingga aku mendapat berita kau sudah jadi milik orang lain meskipun bersama Ina, aku tetap bahagia.

Ya, waktu pun terlalu cepat berlalu lalu mengirimkan khabar berita bahwa kau sudah pulang ke Malaysia. Kau tahu bagaimana perasaan ku? Sukar untuk aku ungkapkan. Harapan yang hampir punah, kembali mekar semula.

“Hi Aliya. Member lama! Kau sihat?”

Tak Adam, tak. Hampir 2 tahun aku menunggu dan 7 tahun aku memendam rasa dan kau anggap aku akan baik saja saja?

“Alhamdulillah, hi member! Aku baik baik saja Adam”

Itulah ungkapan ku. Baik yang menyakitkan.

“Aliya, boleh share number photographer haritu?”

“Boleh, sekejap. Kau nak buat apa? ”

“InshaAllah, aku nak tunang bulan depan. Kau bila lagi Aliya? Mesti ramai kan yang cuba try kau.”

Ye Adam, ye. Dalam yang ramai ramai tu, aku tetap tunggu yang seorang. Tapi saat dan waktu ni aku dah tak tunggu dah sebab aku dah dapat jawapan yang dia milik orang.

“Hahaha takdelah, aku masih macam dulu. Single lah”

“Aliya sekejap, kau memang serious ke masih single? Tak mungkin lah orang macam kau tiada siapa yang nak.”

“Ya, begitulah Adam. Mungkin aku tunggu orang yang salah? hahaha”

Kau tahu, aku pura pura ketawa dengan harapan aku mampu untuk menutup kesedihan di hati.

“Yeke ni Aliyaaa, mana mana lelaki yang kenal peribadi kau pasti jatuh cinta dengan kau. Tipu lahh. Kau mesti dah jumpa kan orang yang layak untuk kau. Mesti dia lebih baik kan dari aku?”

Ya, aku sudah jumpa orang itu. Lebih baik dari kau, Adam. Tapi yang terbaik dalam hati aku tetap kau Adam, tetap kau. Jadi aku menunggu dan ternyata penantian aku hanya sia sia.

Tapi tak mengapa Adam, yakinlah semua ini ketentuan Tuhan dan pertemuan kita hanya sebatas teman.

Ungkapan yang aku tak mampu untuk di ungkapkan. Biar hanya di simpan di sini, di hatiku.

“Hahahaa takdelah Adam. Doakan aku semoga dikurniakan jodoh yang terbaik”

“Kau layak dapat yang terbaik dan Aliya. Aku doakan kau”

“Aaaminn. Terima kasih Adam untuk doanya. Siapa bakal suri hati kau Adam, kalau tak keberatan aku nak tahu”

“Ina Sofea”

Sudah aku khabarkan, aku tetap bahagia. Mendoakan yang terbaik buat kalian, pasti yang terbaik. Sedalam mana kecewa hatiku, lebih dalam lagi persahabatan kita bersama.

Cukuplah sampai sini saja coretanku. Tidak mampu untuk aku nukilkan lagi. Harapan kembali layu dan pasti akan mekar semula bila di rawat dengan orang yang tepat.

Aku ikhlaskan kau pergi dan terima kasih untuk kenangan abadi.

– Aliya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Dulu aku pun macam ni, crush dengan kawan office sendiri. tak sangka rupanya dia pon crush kat aku tanpa pengetahuanku. satu office tahu perasaan masing-masing, kecuali kami. hanya sebatas wish dan bualan kosong dia chat. not even the talking stage. mungkin terlalu lama kami memendam perasaan masing-masing. Bila smpai masa aku confess, kau rupanya dah jadi tunangan org kerana aturan family. waktu tu baru kau buka cerita tentang perasaan kau selama ni. tapi dah terlambat kan hmm. kau pon dah kahwin sekarang degan dia. aku pun baru mendirikan rumah tanggan dgn org baru. mungkin doa jodoh masing-masing lebih kuat dari perasaan kita yang sebatas cinta. aturan tuhan tidak tertandingi. damai dengan takdir.

  2. Kpd aliya tlg jgn hidup dlm kisah fairytales dik.Berkawan lah dgn ramai org agar hati dpt peluang utk memilih.

    Kdg bila kita terlalu memendam rasa dan syok sendiri..akhirnya luka yg dtg.Akk ckp based on pengalaman sendiri.Sebab suka dgn org tu sanggup tak beri peluang diri kenal org lain selama bertahun lamanya last2 org tu kahwin dgn org lain.Kita yg ternganga

    1 je..jangan syok sendiri..jgn perasan dan usah layan perasaan.Dia tu anggap awk mcm kwn biasa je.Takde special apa..lelaki ni mudah.Kalau betul dia nak kita..dia takkan tggu lama dan terus suarakan isi hati bkn bermain cak cak.Sedar diri dek.

  3. banyak berkhayal nih, moving forward, jgn buat masa hidup awak dgn menanti yg tk pasti, fikirkan diri sendiri dan masa depan awak..

  4. teruskan pendam ye aliya. jgn lafazkan apa2 pon. kalau tak, ko akan kehilangan 2 org sahabat. yakinla ada yg lebih baik utk ko.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *