Hidayah – 10:27 PM

Hidayah

Assalamualaikum kpd sis and bro UIA dan juga yang lain.first of all nak bagitau aku bukan budak UIA
.
Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat menitikberatkan soal agama walaupun ibu dan ayah aku bukan seorang ustazah mahupun ustaz.seringkali mereka mengingatkan aku tentang solat tapi aku yang lalai.aku sendiri yang leka.macam macam alasan aku beri untuk tidak solat. Kalau dihitung memang sikit sangat aku solat.sampaikan ada satu hari itu aku tak solat langsung. Kadang kadang cuma 2 kali aku solat.zohor dan manghrib. Yang lain tah kemana.kadang kadang aku selamba badak aja tidur lena terlentang terlangkup bagai walhal aku masih lagi tak tunaikan solat isyak. Langsung tak terdetik dihati yang mati itu pasti dan tidak terlintas langsung nyawa tu Allah boleh ambil bila bila masa saja.tengokla teruknya aku ! Solat sunat? Lagilah aku tak buat sedangkan solat lima waktu yang wajib pun aku tak buat.
.
Aku kalau pergi keluar dengan family pun pakai baju macam remaja biasa pakai. Baju ketat, tudung atas dada.memang ishh memang terukla.mungkin sebab terikut dengan gaya kakak kakak aku yg up to date kut. Tapi srsly aku tak naklah salah kan kakak kakak aku sebab aku pun dah cukup berakal untuk fikir mana baik dan buruk cuma tula nafsu daa menguasai badan. Larangan Allah semua dilanggar .
Tapi suatu malam tu, aku terjaga dalam pukul 12.aku tak tahu aku tiba tiba terjaga dalam keadaan tercungap cungap, bingung, keliru and macam macam perasaan lagi lah.tiba tiba jantung aku berdegup laju tak macam kebiasaan. Mata aku terbuka dengan luas dan time tu lah terdetik di hatiku yang aku, diri aku ini akan mati tak lama lagi. Srs aku rasa perasaan pelik tu. Aku rasa memang aku tak lama hidup. Aku cuma ada masa dalam beberapa hari je lagi untuk aku hidup. Ye, tu yang apa aku rasa.aku bingung.srs aku bingung.badan aku menggigil bila teringat aku akan mati tak lama lagi.aku tak tahu nak buat apa tapi entah aku tergerak nk buat solat taubat.jadi kaki aku yang daa lemah longlai ni pergi ambil wudhuk tanpa paksaan.masa aku buat solat taubat tu mmg ya Allah rasa aku ni teruk sgt.hamba Allah yang jahat.aku menangis puas puas depan Allah.aku minta ampun dari Allah.aku taubat srs tak nak tinggal solat lagi.lepas habis buat solat taubat aku baca al quran dan malam tu jugak aku daa tak boleh lelapkan mata aku lagi.
.
lepas dari malam tu aku demam seminggu. Badan aku menggigil. Aku menggigil tak kena tempat.time panas pun menggigil sebab aku mmg rasa aku akan mati.bila aku Teringatkn mati aku akan terus menangis. Badan aku juga automatik akan menggigil sebab aku tahu aku banyak dosa. Dosa besar pulak tu. Dosa sebab langgar perintah Allah. Tak buat suruhan Allah.automatik Allah akan campak aku masuk dalall m neraka jahanam.bila aku mati kubur aku nanti mesti gelap.aku mesti kena seksa.hidup aku dekat alam barzah mesti tak tenang dan…aku terfikir bolehkah aku berjumpa dengan keluarga aku di syurga kalau aku banyak dosa? Ya Allah!! Ampuni aku!.Aku no memang hamba yg tak guna! maafkan aku ya Allah.jujur susah untuk aku describe macam mana perasaan nak mati. Kau akan takut gila gila punya.srs susah aku nak describe kpd korang semua. ?
.
Sejak dari malam tu, aku terus solat 5 waktu. Aku buat tak drastik tapi aku buat dengan niat nak berubah kerana Allah. Aku terlalu banyak dosa kepada Allah.bila azan je aku terus cepat cepat ambil wudhuk pastu terus solat. Tu lah cara aku istiqomah. Lagisatu cara aku berpakaian pun Alhamdulillah daa berubah sikit sikit. Tudung daa tak singkat. Alhamdulillah sekali lagi.pakai handsock. Baju pun daa labuh. Alhamdulillah Alhmdulillah Alhamdulillah.
.
Dan apa yang mngejutkan aku. Aku akan rasa tak tenang bila belum solat.aku rasa ada benda yang tertinggal bila belum solat.hati aku sesak. Rasa serabut gila. Sedangkan dulu bila aku tinggalkan solat aku langsung tak de rasa macam tu. Pelik kan?
.
Sampai sekarang aku tak sangka aku boleh berubah sampai jauh gini. Betul betul tak sangka. Kalaulah Allah tak berikan aku hidayah mesti aku hanyut. Mesti aku terus leka dan lalai. Aku tak sangka keperitan selama 1 bulan aku rasai bagaimana perasaan nak mati ni membawa aku jauh ke jalan Allah. Aku betul betul tak sangka. Dan Alhamdulillah lepas aku masuk kolej aku dikelilingi dengan sahabat sahabat yang rajin beribadah.yang selalu ingatkan tentang Allah. Terima kasih sahabat. Tak sangka Allah masih sayangkan aku yang dulu lalai dalam mengejar cintamu Allah.
.
Benarlah apa yang dikata.jika kita jaga hubungan dengan Allah in shaa Allah, Allah pasti akan berikan yang terbaik untuk hambanya. Buktinya? Aku dapat dekan untuk every sem.terima kasih ya Allah!
.
Kepada sis bro,jagalah hubungan anda dengan Allah. Jaga solat yang penting sebab solat itu tiang agama.robohnya tiang ranapnya rumah. Begitula islam, kita tak solat islam akan musnah.please sis bro, solatlah! Aku merayu agar kita sama sama masuk ke syurga Allah.
.
Terima kasih kerana sudi membaca luahan saya ?
.

– pendosa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *