Assalamualaikum, alhamdulillah Allah terdetik kan hati aku untuk baca artikel Syahida ‘Jauh Dari Allah’ dan aku rasa aku pon nak kongsikan jugak pengalaman hidup aku yang masih dalam zaman persekolahan.
Aku yakin sekarang ramai budak sekolah yang lalai tentang solat, tinggalkan solat, solat bila ada amali solat je, solat bila ustaz panggil pergi surau je dan bila balik rumah terus lupa dah tazkirah yang ustaz ustazah sampaikan TADI.
Ya aku pon sama macam diorang jugak, aku tak pernah rasa terkesan pon dengan tazkirah yang pernah ustaz ustazah aku sampaikan ibarat macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri, bila ada motivasi menangis bagai nak rak, dah cakap dalam hati nak insaf nak taubat taknak biadap dengan mak ayah tapi bila motivater tu jejak je kaki keluar sekolah terus perangai macam sial balik. Itu AKU.
Sampaikan aku rasa kenapa nak kena ada motivasi semua ni sebab bukannya akan terkesan pon dalam hati aku dan aku pelik macam mana dengan motivasi orang boleh berubah boleh berhijrah. aku pon nak jugak macam tu, nak jugak rasa nikmat berhijrah.
Dan ya, sampai sekarang aku ingat lagi macam mana kehidupan aku berubah 100% dari tak pernah solat langsung, solat bila ayah suruh, tipu ayah cakap dah solat kepada solat tidak pernah tinggal lagi setakat ni. Aku ingat lagi detik bahagia tu bila perasaan nak berhijrah tu hadir, sumpah aku cakap kalau kau lalui kau takkan lupa perkara tu. Kawan kawan, sesungguhnya hidayah itu milik Allah yang satu.
Tapi perasaan tu tak lama, aku dah mula rasa malas nak solat tapi aku gagahkan jugak nak solat walaupun dalam keadaan sambil lewa atau orang kata solat ekspres. Sampaikan solat asar aku qadha kan time maghrib, punya malasnya aku subhanallah.
Lama lama benda ni jadi kebiasaan sampai satu time tu aku terdengar ceramah tentang qadha solat dan baru aku faham apa yang aku buat selama tu salah dan tidak patut. Aku slow slow berubah balik, solat macam biasa dan ya aku berjaya tapi masih dalam keadaan solat asalkan dah je.
Bila aku masuk sekolah menengah, SMKA aku dah mula rasakan perubahan. Aku tahu SMKA ni tak semua bagus nama je sekolah agama tapi perangai dua kali lima je dengan SMK. Tapi bila aku betulkan niat yang aku pergi sekolah nak tuntut ilmu, aku dah nampak apa perbezaan SMKA dengan sekolah lain.
Aku jadi eksaited bila ustaz ustazah kata, “ada apa apa soalan tentang agama kita?”, aku manfaatkan time tu dengan tanya semua benda yang aku musykil tak kisah lah tu perkara remeh atau tak, aku tetap tanya. Like people said struggle is real. Makin aku belaja pasal ilmu agama, makin aku rasa bodoh. Sebab apa? Banyak sangat benda yang aku taktahu tentang agama kita.
Aku kadang kadang terfikir macam mana lah kehidupan aku kalau masuk SMK, tak bukan niat aku nak kutuk SMK atau nak riak yang aku sekolah dekat SMKA tak bukan tu niat aku, tapi korang pon tahu kan macam mana SMK tu. Aku taknak cakap pasal ni cuma sekarang ni aku rasa bersyukur sangat sebab Allah takdirkan aku sekolah kat sini. Sesungguhnya Allah itu sebaik baik perancang.
Dulu sebenarnya aku dengan kawan kawan aku berjanji nak masuk SMK sebab taknak berpisah, alah kau tau tau le macam mana perangai budak yang tak fikir panjang lagi. Tapi ayah kata masuk SMKA sebab senang satu sekolah dengan kakak aku. Okey sebabkan ayah aku garang, aku ikut cakap die, masuk SMKA.
Nampak tak perancangan Allah itu hebat, aku dah berjaya ubah diri aku dari jahat ke baik, dari baik ke lebih baik dan seterusnya. So kepada adik adik di luar sana, kalau nak pilih sekolah ni fikir masa depan, fikir mak ayah, okey.
Aku dapat rasakan banyak perubahan dalam diri aku, hati aku makin tenang, kalau terbuat something yang tak patut aku akan rasa gusar. Haa salah satu tips aku nak rasa insaf atau bertaubat, aku akan search kata google apa akibat kalau langgar perintah Allah dan tinggalkan suruhan die, confirm hati kau akan tersentap, percayalah.
Nak dekatkan diri dengan Allah, time kau solat tu faham apa yang kau cakap, hayati. Kalau kau tak faham ibarat macam kau cakap bahasa alien yang kau sendiri pon tak faham. Kalau kau cakap something yang kau pon rasa macam, ‘eh apa yang aku cakap ni ‘ kat member kau, agak agak apa reaction diorang. Mesti diorang kata, “kau kenapa weh, demam ke duh?” kan kan.
So hayati bacaan al fatihah, bacaan time rukuk, sujud, haa semua lah. Mungkin susah nak hafal tapi cuba try sikit sikit, mesti boleh. Lepastu banyak kan zikir selawat. Tau tak apa fadhilat selawat setiap hari?
Nanti time kita nak lintas titian sirat nabi Muhammad SAW akan ada kat situ bantu kita lalu titian sirat. Titian sirat ni die punya nipis, kau punya rambut tu ha potong tujuh, nipis tak nipis. Sounds impossible but Allah kuasa die mutlak. kalau die kata jadi maka jadilah ia. dahla macam tazkirah pulak HAHAHA.
Aku harap perkongsian ni dapat membantu korang semua dan juga diri aku sendiri. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
– Hamba Allah yang masih dalam kekhilafan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit