Hidung Aku ‘High Maintenance’

Assalamulaikum… 2 bulan lebih yang lalu aku ada hantar satu confession pasal septoplasty aku… Tajuk dia Resdung dan Selam Scuba. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/resdung-dan-selam-scuba/).

Masa tu aku baru lepas operate dalam seminggu. Sekarang ni dah 2 bulan lebih dan aku rasa nak kongsi apa progress dari situ. Walaupun confession sebelum ni macam sendu je sebenarnya. Hahahahaha.

Aku dah ‘dibebaskan’ dari follow up. Alhamdulillah. Rasa macam pelik pulak ulang alik klinik ENT dari bulan 7 2019. Tiba-tiba sekarang tak payah fikir pasal appointment doktor dah.

Seminggu lepas discharge aku dah masuk kerja. Minggu pertama kerja agak hell sebab aku agak sibuk dan aku masih ludah keluar darah beku. Macam drama kungfu. Lepas kena tendang ludah keluar darah. Gitu la tiap 30 minit.

Pening kepala dalam sebulan jugak la masih terasa. Tapi bila kau dah terbiasa pening sebab resdung, pening post surgery recovery tu kira level kacang putih je la.

Pening yang aku masih boleh function lagi. Boleh outstation dan buat kerja. Masa solat jem sikit. Bila sujud rasa macam kepala kena tekan. Sebulan lepas operation baru aku start exercise macam biasa.

Follow up aku semua normal cuma ada sekali tu ada polyp. Aku dah macam ah sudah. Darah semua takde amenda pulak polyp ni haaaaa.

Seminggu makan antibiotik, bilas hidung dengan sinus rinse dan spray nasonex 2 kali sehari. Alhamdulillah polyp tu kecut. Kalau tidak menadah hidung lagi la aku kat operation theater agaknya.

Sekarang ni aku boleh kata aku dah kembali normal. Pening dah takde. Darah dah takde. Polyp dah kecut. Cuma bila anak aku headbutt hidung aku, kepala rasa kembang. Ye anak aku ganas.

Dari confession lepas aku ada bagitau yang aku buat allergy test. Punca aku selalu selsema dan bersin adalah debu hama. Dan septum aku yang bengkok buat recovery aku lambat dan sampai melarat ke sinusitis. Dia macam piping yang sepatutnya straight pipe kau pergi pasang elbow. Habisla sangkut kan.

Lepas dah betulkan mechanical issue, aku sekarang lebih kepada langkah pencegahan. Lepas operate aku bukan bionic women. Aku masih ada kemungkinan untuk selsema dan kena sinusitis lagi.

Benda pertama aku buat adalah menyingkirkan segala bala benda yang perangkap habuk. Termasuklah langsir dekat dengan katil aku dan karpet. Jimat laki aku. Tak payah fikir tukar karpet langsir bagai.

Benda common sense macam sapu rumah dengan tukar cadar tak payah cerita la. Itu ada resdung ke, takde ke sila lah buat.

Benda kedua buat adalah beli air purifier atau penapis udara. Aku tak beli dari dua brand Korea yang famous tu. Aku beli dari Lazada brand Honeywell. Dekat Lazada ada seller yang bagi pilihan untuk installment kalau tak boleh bayar sedebuk.

Honeywell ni user friendly dan compact. Pengeras dia dalam RM900++. Filter habuk dia kita boleh basuh sendiri. Carbon filter boleh beli dan pasang sendiri.

Nak beli air purifier ada tiga benda yang kita kena consider, m2 dia boleh sedut, kena ada filter habuk dan bulu, kena ada HEPA filter. Humidifier tak perlu. Malaysia dah humid. Yang aku beli ni dia cover area 30m2, lebih dari cukup untuk bilik aku.

Benda ketiga adalah dust mite ultrasonic repellent. Dia letak dan on dekat plug. Tak ada bunyi ke apa. Fungsi dia menghalau dust mites.

Benda yang aku allergy tu. Benda ni dalam RM50 dan kebawah. Aku beli kat Lazada juga. Keberkesanan dia tak boleh nak ukur. Tapi aku dah tak selsema. Berkesan la kot kan.

Benda keempat adalah anti dust mite pillow cover and mattress cover. Bantal dengan tilam adalam tempat kegemaran dustmite sebab dia suka makan sel kulit mati kita.

Cover tu akan halang dari dustmite dan najis dia yang dalam bentuk debu tu keluar dari bantal ke hidung kita. Cover bantal biasa tu tak cukup sebab debu najis dustmites sangat halus.

Lepas aku tau allergy aku apa, aku pun google la dustmites, aku sampai tahap paranoid tak nak tidur hotel panel company aku bila aku tahu pasal dustmites.

Aku perasan allergy attack aku yang paling teruk masa dekat hotel tu. Dustmite makan sel kulit mati manusia. Jadi aku terbayang shedding sel kulit mati orang. Hotel ni tak bersihkan ke. Wekkkk. Pillow cover ni memang aku akan bawak pergi mana-mana.

Post operation alhamdulillah aku dah tak ada bersin2 dan selsema teruk macam dulu. Aku dah tak makan clarinase langsung. Cuma kadang2 hidung aku sumbat. Tapi dalam sehari je masalah tu selesai.

Sekarang aku dah pandai nak buat apa bila nak kena allergy attack lepas berkali2 turun naik klinik ENT dan kena cuci dengan doktor. Benda2 placebo effect semua aku dah tinggalkan. Aku malas nak sebut apa nanti ada yang triggered kata aku tutup periuk nasi orang.

Selain dah sangat jarang selsema aku sangat2 bersyukur adalah aku dapat deep sleep yang lama sekarang. Aku dah tak rasa mengantuk teruk dan lemau pagi2 macam dulu. Bangun pagi segar gila!

Bulan Februari ni aku akan dive selepas 5 bulan berehat. Nervous juga. Kalau sempat nak cuba turun pool dulu. Test drive hidung dengan telinga baru macam mana pergi dia. Hopefully all is well on my first dive.

Sesiapa yang ada masalah resdung boleh la follow dua doktor ENT ni di FB. NH ENT Specialist dan My ENT Doctor. Ada banyak info berkenaan dengan ENT related illness kat situ. One of them is the doctor who operates me. Dan jangan lupa pergi klinik untuk dapatkan rawatan lanjut dengan doktor.

Sekian sahaja dari aku. :-)

– Lady voldermort (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *