Aku bekas pesakit schizophernia. Dah masuk lima tahun aku sembuh. Aku ingat bila dah sembuh semua akan okay, back to normal.
Lain yang jadi bila beberapa bulan yang lepas, keluarga aku mengalami masalah (tak perlu lah aku cerita apa sebabnya), rumah aku ibarat neraka untuk aku. Tekanan demi tekanan dihadiahkan buat aku.
Aku jadi susah nak tidur malam tapi ada masa aku akan tidur untuk jangka masa yang panjang. Makan pun dah tak betul ada hari aku makan banyak, ada hari aku tak makan langsung.
Suicidal thoughts tak pernah lekang dari fikiran aku. Sometimes aku akan google pasal suicide.
Kebahagiaan aku yang aku kecapi lepas aku sembuh serta merta hilang. Aku dah tak rasa seronok nak hidup, aku asingkan diri dari family aku. Aku kunci diri dalam bilik, aku menangis menangis menangis. Kadang-kadang bila aku tak tahan hancur bilik tu dikerjakan aku.
Suara dulu yang dah lenyap muncul balik cakap yang hidup aku ni worthless. Parents aku pun tak sayang aku sebab tu dorang seksa emosi aku.
Ada pernah sekali aku ambik gunting aku pegi kelar dua dua belah tangan aku macam yang disuruh lepas tu aku ketawa berdekah-dekah dalam bilik.
Mak aku masuk tengok aku masa aku tengah calit darah dekat dinding. Teresak-esak dia menangis bawak aku pergi hospital.
Doktor cakap yang aku bernasib baik sebab luka tak dalam dan minta nak tahan aku. Mak ayah pandang muka aku sayu. Aku cakap dekat dorang.
masih aku ingat perbualan kiteorang yang lebih kurang macam ni.
"Kenapa tak bunuh je kak su? Kak su dah takda hati nak hidup. Baik kak su mati dari hidup macam ni"
"Jangan cakap macam tu. Mak sayang kak su. Tolong kuat demi mak"
"Bohong! Dia cakap mak bohong. Mak tipu kak su. Betul apa yang dia cakap kalau mak sayang kak su, mak takkan seksa perasaan kak su"
Mak aku menangis tak berhenti sama macam waktu bila aku di diagnosed dengan schizophernia.
Dia setuju untuk tahan aku buat sementara waktu. Takut anak dia mati dalam rumah.
Sekarang ni aku tertanya-tanya..
Salah siapa hidup aku macam ni?
– Kak su
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Hmmm
Jangan percaya pada penyakit itu. Percayalah sebenarnya kamu kena ‘sihir’..takpun ada mewarisi ‘saka’. Tipu lah semua istilah² penyakit tu. Tahu?
Berbalik pada cerita, bergaul dengan masyarakat. Hidup padanya dengan ilmu dan bakti. Dekatkan diri dengan amal kebaikan
Ni sarcasm or nasihat btol2 ni? Konfius
Athirah Kamarul Zaman..dia belum terkena lg pada diri sndri..sihir bagai ni..once da terkena..sila hadam ape perasan org lain
baharudin knp selalu komen2 awk utk org depressed atau alami masalah berkaitan mental mesti awk sindir dgn ayat saka atau sihir? sekadar pertanyaan lah sbb byk komen awk kt confession adalah komen ttg saka dan sihir
Jumud
Satira kepada individu tertentu. Bukan kepada confessor, harap maklum.
Mana yg baik apa yg brother ni duk komen, kita ambil jela ye.
Tak dinafikan kehadiran perkara2 ghaib. Cuma jgn terlalu taksub.
Kita ambil apa yg positif daripada teguran dan sarcasm daripada dia :)
Tak belajar ilmu perubatan pastu nak comment. Please la.
terima kasih menjawab soalan.. sekadar pertanyaan sbb tertanya2
Doktor/ psychologist dah tahu la kan punca awk relapse?
Apa solusi yg awak bncg dgn doktor?
Teruskan dgn ubat yg doc prescribed ye :)
Dan ambil peluang utk makin dkt dan mohon keampunan kpd Allah.
Stay strong Kak Su!
Relapse dalam Kes ni sebab dia stress. Sepatutnya dia kena ambik ubat walaupun dia nampak mcm dah sembuh.
salahkan ku
Jgn salahkan ku
Kasihi aku
lupakan diriku
Dekatkan diri pada tuhan, katakan pada diri ujian orang lain lagi hebat. Kat Afrika nak minum ambil air dari longkang. Kat Syria pergi pasar belum tentu dapat balik.
Hmm… kalau ko ikut semua ‘suara’ tu, jadilah macam org kena sakit otak. So ko kena kuatkan semangat. Kentalkan sikit diri ko tu. Lepas tu cuba ko muhasabah balik diri ko. Selama ko hidup ni, ko rasa semakin kuat hubungan dengan Dia atau x ? Ko banyak abaikan Dia atau x ? Biasa bila orang sakit macam tu, sebab kurangnya pendekatan kerohanian. Aku tau ko kuat kak su. Ko boleh sebenarnya lawan benda tu. Tapi itu dari ko. Ko sendiri yang akan tentukan. Kalau ko sekadar diam dan x usaha apa pun, ko akan end up lukakan hati mak abah dengan perlakuan macam ni. Aku ada keluarga yang sama macam ni. Sampai sanggup bunuh diri. Tapi alhamdulillah, Allah masih panjangkan nyawa dia. Sampai sekarang dia jaga hal2 kerohanian sangat2. Aku bukan x cayak dengan sains semua tu. Tapi macam ak cakap tadi tu la.. semuanya sebab kekurangan pendekatan rohani. So kak su, aku harap ko berjaya tundukkan ‘suara’ tu. Aku tau ko budak baik. Aku tau ko kuat. am looking 4wrd ur positive feedback.
Sobi Huda baca ni..
Thank you nah.. Huhu..
She needs friend. Huhu. Dan xboleh stress. Ia berkait rapat dengan environment jugak. Sedih plk rasa. Sebab dah baik. Moga Allah menjaganya.
Sian kan die.. insya allah.. ameen.. jgn la die ulng nk bunuh diri..
tiada salah sesiapa.. ini ujian utk mu.. stay strong as always.. teruskan treatment
Kak su, tabah please. Walaupun awak tak rasa parents sayang, tp ibu ayah mana tak sayangkan anak dia.. Allah pun sayang awak..
Mcm mana awak lawan utk sembuh dulu, jangan lupakan.. Kuatkan diri balik. Dekatkan diri dengan Allah..
Jgn sampai awak relapse lagi… Kalau awk pernah masuk ward… Cuba awak bayang kn semula keadaan dalam tuu… Bau dalam tuu… Orang2 dalam tuu.. Tempat tuu xbest, xseronok… Kan… Awak pejam mata.. Tarik nafas perlahan2… Sambil awak tenangkan diri awak.. Pk perkara yg baik2,yg seronokkn awak,yg buat awak gembira… Awak hembus perlahan2… Ulang dan ulang… Bila awak rasa benda tuu mula nak datang… Awak contact dengan org yg boleh awak ajak berborak, yang boleh jadi pendengar awak.. Antara org sekeliling awak akan ada seorang yg sanggup jadi pendengar setia kita cuma kadang2 kita yg xnampak… Saya doakan kesihatan awak dan jiwa awak… Semoga Allah terus memberi kekuatan kat kaksu k.. Ingat tau kaksu… Kalau kaksu rasa xda org syg kaksu,kaksu jgn risau… Sebab yang setia menyayangi kita Allah.. Selalu ada utk kita… Minta laa dengan Dia ya kaksu. Allah syg kaksu… Dahh jgn stress2, jgn ngis2..p mndi, amik wuduk,solat
Psst:please compliance dengan ubat yg dibekalkan k
Bipolar boleh sembuh?
sume penyakit brkaitan mntal tidk dpt sembuh dgn ubat ttapi boleh dikawal dgn ubat. tu kita kna fhm. sbb tu bila da mkn ubat tu msti ikut btul2. dan kne g rawat rohani tu sbb pkara ghaib adlh trmasuk dlm rukun iman. suara2 tu bleh dtg drpd jin dan syaitan yg nk sesatkn anak adam . byk bnda buruk yg suara2 tu suruh buat
Yup,mcm tuan Ahmad Hamid kata…sebab tu pesakit kena compliance dgn ubat…utk mngawal… Walaupun sakit ni disebabkan ketidak seimbangan kimia dlm otak, benda yg kita xblh nak kawal tapi InshaAllah… Bila kita ada di persekitaran kehidupan yg positif, orang yg positif,mengamalkan kehidupan yg positif InshaAllah kita akan pergi jauh dari penyakit tu… Sebab tu family support sgt3 penting… Kita yg xde mslh tu pun kalau xdapat family support rasa down. Apa lg laa dorg kan. N mcm tuan ahmad ckp.. Kena rawat kerohanian kita sama.. Perkara ghaib tu wujud. Allahualam.
N lagi satu pada yg bertanya td. Maaf sy bukan doc.. Sy cuma bekas students bhagian pemulihan shj. Jgn amik bulat2 pnerangan sy td. Apa pun ubat yg diberi mgkin dpt dikurangkan dose nya dr semasa ke semasa mengikut keadaan pesakit. Ikut keperluan.
Awak..even awk x nak berjuang utk mak ayah awk, please berjuang utk diri sendiri..x pe Allah ada…awk dh berjaya survive sblm nie, inshaAllah awk mampu survive lg skli..ujian Allah nie dia bg kt org yg mampu je..Allah tau awk kuat sbb tu dia duga awk lg skli…jgn give up yer awk..sayang diri awk, sbb Allah pun sygkan awk…
Salah diri sendiri. Dekatkan diri dengan tuhan. Kalau bunuh diri masuk neraka jahanam selamanya.
Be strong..dont give up..
Kak su kena kuat…kalau orang lain tak sayang, sayangkan diri sendiri…buat perkara yang kak su minat…sibukkan diri…kalau keseorangan, “suara” tu muncul…
Orang2 awam yg tak kenal penyakit schizophrenia ni lebih baik jangan comment. Comment orang awam ni kadang2 tunjuk jalan sesat je. Kalau ada penyakit, kena rawat, kena rajin jumpa doktor, kena rajin makan ubat. Full stop.
FYI, tiada lagi kajian yg boleh membuktikan bahawa ustaz2 ni boleh merawat penyakit schizophrenia. Yg berjaya merawat tu mungkin bukan schizophrenia in the first place.
Sue Eyla
tolonglah prgi berubat rohani cra islam . ubat antipsikotik/antidepressant tu xkn sembuhkn awk. ia hnya kawal awk utk jd tenang. kita muslim pcaya kpd prkara ghaib. rawat rohani awk tu kak su. salam sayang utk kak su dari kami .
Ubat antidepressants nama apa yg sakadar kawal jd tenang tu ye?
google la. ubat berbgai nama.
Nk tahu yg kawal je tu. Kot2 la brother pernah guna mana2 yg sekadar kawal utk jd tenang je tu. Just nak tahu.
Dan dalam kategori mana satu? Tkasih :)
antidepressent/antipsikotik tu kategori ubat yg bese org2 kne sajit mntal guna. general knowledge. nk tau nama ubat dgn sgla detail tu google je la . nk tau currebt treatmant kt mesia g cri clinical practice guidline utk MOH ministry of health . layan nama2 ubat dgn detail2 kt situ.
Maksud saya categori ubat mana yg sekadar bagi tenang.
Antipsikotik / antidepressants kan byk kategori.
Doktor/ pharmacist mana yg terangkan mcm apa yg brother paham tu ye?
adoi ppuan mmg mkn seketul2 ayat org ke ? ubat tu secara general mmg tenangkan pesakit tenang tu mksudnye xde la tunjuk tanda/kelakuan/perbuatan yg individu tu tgh sakit mntal. means ambik ubat tu utk kawal penyakit. kawal tu mksud dia pesakit xde buat hal la. xde buat bnda pelik2. bila penyakit trkawal tu sy mksudkn sbgai ‘tenang’. cuma tenang tu x brmakna sembuh. sbb tu kne g rawat rohani. main point sy kne pg jgk usahakan untuk iman kita ni yg pcaya prkara ghaib utk ambil kira posibility gangguan jin dan syaitan yg cuba hasut anak adam utk mencederakn diri .
Err.. Saya tak ambil direct pun.
So ubat kategori apa yg tak bagi sembuh tu? Ke semua mksd brother?
Berat dakwaan ubat antipsikotik/ antidepressants takkan sembuhkan tu.
sy prioritikan Allah yang sembuhkan penyakit. itu je. lg pun sy dh tulis ubat tu utk kawal penyakit. bila terkawal tu kehidupan pesakit normal je mcm org lain.
bleh rujuk kitab tauhid yg saya beriman iaitu AlQuran. ada ayat ttg Allah yang sembuhkan penyakit. kita muslim .
Mmg la Allah sembuhkan penyakit. Kita kena berusaha cari sebenar-benar rawatan. Yang terbaik dan terbukti.
Merawar rohani tu sentiasa kena buat, tak kira sakit ke tak.
BTW, harapnya jgn lg lps ni kata ubat antidepressants tu xkan sembuhkan. Ubat tu pun kira berubah cara Islam. Islam tuntut kita mencari penawar utk sakit2 kita. Dan ubat tu salah satu medium, Allah yg menyembuhkan. Tak bererti kita tak beriman pada Allah.
Dan kalau tak tahu la, sakit mental ni bukan lah sakit rohani. Ia juga sakit physical mcm sakit2 lain. Ubat tu bertindak balas dgn hormon utk membetulkan sukatannya. Biiznillah, sakit tu akan sembuh.
Adil lah dgn kata2 kita :)
*adil – meletakkan sesuatu pada tempatnya.
saya adil dgn definisi sembuh dlm kata2 saya. sbb sy juga sdg berinteraksi dgn sorg muslim.
ok
just nk bg tahu . perubatan modern barat (guna ubat psikoactive) pun declare TIADA CURE untuk skizofrenia stakat ni. sgla bapak ubat yg dibekalkn mmg utk kawal pesakit agr dpt hidup normal.
just nk bg tau je.
Aku muslim. kata2 ku adil dgn iman ku. Allah lah yg menyembuhkn. carilah penawar drpd segala sumber . Allahlah yg menyembuhkn sakit .
Semoga Allah sehatkan kak su dr penyakit ini. Anggap ia sebagai ujian dan tiket yg mahal untuk masok syurga. Allah tak uji yg luar dr kemampuan kita. Stay strong kak su.
be strong kak su. allah bersama awk
Awak, hang in there. Be super strong for you. It really is doesn’t matter who’s at fault. The most important thing is you need to see the bigger picture, the future. So what if nobody loves you? You have to love you. Once you’re able to love you for you, things will fall right back to places. Seriously, life has so much to offer! Find a passion and dive into it. Have you tried art? Put your feelings and thoughts into picture/words and see what an incredible person that you are. Or anything for that matter. Please, love you for you. You need you.