Hidup Aku Berubah

Aku seorang yang sangat ceria bersama kawan-kawan dan keluarga.. Namun selepas mengenali dia semua itu punah. Aku menjadi pendiam.

Aku dibesarkan di dalam keluarga yang sederhana.. Selepas arwah mak meninggal aku duduk bersama ayah dan kakak. Aku mengenali seorang wanita muslimah yang sopan santun di dalam satu aplikasi pencarian jodoh.

Buat kali pertama aku berjumpa dengannya di ibu kota yang besar. Perwatakkannya sangat sopan, baik, tutur kata teratur dan sangat tinggi agamanya. Aku tertarik dengan perwatakkannya.

Dalam tempoh hampir 8 bulan aku mengenalinya dan berulang alik dari satu negeri ke negeri lain untuk berjumpa dengannya.

Aku rasa berbaloi. Aku mengambil keputusan untuk bertunang dengannya. Aku diberi tempoh satu tahun untuk melansungkan tali pernikahan bersamanya. Aku gigih mencari rezeki untuk menambahkan kos pernikahan nanti.

Apabila selesai pertunangan, perwatakannya berubah sama sekali. Wanita yang aku kenal bukan begitu wataknya. Seorang yang lemah lembut, baik, sopan bertukar menjadi pengikis.

Bila dulu berjumpa tidak pernah untuk pergi ke restoran mewah tapi kini sebaliknya. Aku mula gelisah dengan perwatakkannya. Bila kali berjumpa akan diminta untuk membeli barang yang berjenama, makan di restoran yang mewah.

Aku sendiri risau dengan perangainya. Wanita muslimah yang aku kenali berubah sama sekali. Tarikh penikahan hampir tiba aku tidak cukup wang untuk melangsungkan majlis ini.

Aku memberanikan diri untuk meminta pospone tarikh pernikahan dan beliau menjelaskan tidak dan beliau akan menolong aku dengan memberi aku wang untuk teruskan majlis penikahan.

Aku menolak wang tersebut. Akan tetapi aku dipaksa juga untuk menerima. Aku diajak untuk membeli bersama-sama dengannya barang hantaran.

Disini aku melihat sikapnya yang tamak dimana setiap barangan yang diingini semuanya berjenama malah handbeg untuk ibunya juga ingin dibelinya dengan menggunakan wang yang diberikan. Aku ikutkan sahaja apa yang beliau hendakkan. Apakan daya bakal isteri.

Lagi sebulan akan melangsungkan penikahan. Kad kahwin, katering,baju kawin semua dah ditempah. Aku mendapat panggilan daripada saudara terdekat bakal isteriku dan juga rakan kerja lamaku.

Beliau bertanya kepada aku adakah aku benar-benar ingin berkahwin dengan tunang aku. Aku bertanya kembali kenapa memberi soalan begini kepada saya sedangkan itu saudara kamu.

Dia menjelaskan bahawa sebenarnya aku dipermainkan oleh tunang aku. Tunangnya ingin berkahwin dengan kamu sebagai syarat untuk mendapatkan hak pemilikan rumah peninggalan arwah ayahnya.

Jika beliau tidak berkahwin pada umur sebelum 30 tahun rumah yang diduduki olehnya serta ibunya akan diberikan kepada abang tirinya.

Aku tidak pernah diceritakan olehnya berkenaan kes ini. Aku ada bertanya kepadanya berkenaan perkara ini beliau menafikannya.

Aku cuba menghubungi abang-abang tirinya. Nombor telefon aku dapat daripada saudaranya. Mereka mengatakan ia semua perkara tersebut adalah benar.

Banyak perkara buruk diceritakan kepada aku berkenaan keluarga tunang aku. Rupa-rupanya bukan hanya rumah tapi banyak lagi harta akan menjadi miliknya.

Aku merasa dipermainkan. Aku mula steress dengan sikapnya. Aku seperti diperbodohkan. Banyak wang aku dihabiskan oleh tunang aku.

Aku tinggalkan waktu bersama keluargaku semata-mata untuk dipermainkan. Aku hampir ingin membunuh diri disebabkan perkara ini. aku diam duduk bersendirian malu, bodohnya aku..

Aku mengambil keputusan untuk memutuskan tunang. Aku tidak kuat dengan dugaan ini.. Aku menelefon tunang aku untuk memutuskan tunang dan menjelaskan perkara sebenar. Ego tunang aku tidak boleh bawa bincang siap mengugut aku untuk menyaman aku.

Aku tidak kisah apa yang dia nak buat.. Aku menelefon kakak aku untuk minta mereka untuk memutuskan pertunangan.

Aku dengar kakak aku menangis. Bertanya sebab aku bercerita. Minta aku pulang ke rumah, aku menolak aku malu. Malu dengan keluarga, kawan. Dah tak tau hendak letak muka dekat mana.

Kakak aku bersua dengan keluarga tunang aku untuk berbincang berkenaan putus tunang ini. Dan memberi kembali wang yang digunakan kepada pihak perempuan.

Aku meminta kepada kakak dan abang aku untuk mengambil semua barang hantaran perkahwinan yang telah dibeli tersebut kerana aku belum bernikah lagi.

Hanya dipulangkan adalah gelang penikahan dan yang lain tidak dipulangkan..

Aku dah boleh agak perangai mengikis dia. Bukan sikit hampir 10k habis untuk beli barang hantaran dari pihak lelaki hantar ke perempuan itu belum dari pihak perempuan yang dibelikan oleh pihak lelaki termasuk handbeg maknya.

Bekas tunang aku siap boleh bertanya pada abang aku yang aku telah disihir oleh orang kerana meminta putuskan pertunangan aku ini.. Dah bermacam-macam ayat abang dan kakak aku bagi pada aku takut aku kena sihir. Hanya Allah aku ada masa itu.

Bukan rezeki aku untuk berkahwin. Selepas putus tunang bermacam-macam fitnah aku dapat dari bekas tunang aku. Aku dengar dari saudaranya yang rapat dengan aku.

Aku pasrah, aku redha.. Sekarang umur aku hampir 36 tahun aku takut untuk mengenali hati budi seorang wanita. Aku takut untuk berkahwin walaupun ada terlintas dalam hati untuk mendirikan rumah tangga, hendak ada anak dan berkeluarga.

Aku berkongsi di sini untuk memberi tahu kepada semua berhati-hatilah bukan semua wanita atau lelaki di luar sana ikhlas untuk bersama kita.

Dunia sekarang adalah harta. Walaupun ibu seorang mengajar mengaji, anak pula wanita solehah bertudung labuh jangan terlalu percaya. Selidik dulu dengan mendalam latar belakang keluarga mereka.

– Ilham seorang pencinta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *