Hidup Baru – 7:28 PM

Hidup Baru – https://iiumc.com/forumv2/

Hai. Sy cuma nak kongsi 1 rahsia untuk hidup dalam keadaan happy dan tak murung. By the way, umur saya 24 dan semenjak masuk UIA ni, memang banyak jenis gaya hidup sy buat eksperimen a.k.a praktis untuk cari gaya hidup yang diidamkan. Stalk fb orang dan tiru. Stalk insta orang, dan tiru. Tapi tak happy jugak.

Daripada sejahil-jahil gaya hidup, sampai lah se-skema-skema hidup. Hampir semua sy cuba. Gi travel, shopping, dating, hangout lewat pagi, pak masjid, tolong kawan2, etc. Cuma yang jenis clubbing tu je belum lagi. Nak jadikan cerita, dulu masa jahil (walaupun background agama tu ada), agak selalu jugalah tinggal solat, terutama subuh sebab lambat bangun/overslept. Sebabnya asyik tidur lewat. Berjaga 2, 3 pagi. Wasap sana sini. Online tengok utube, etc.

Masa tu, memang kalau ikutkan tak selesa tinggal solat, tapi bila dah lama2, dia rasa macam, "em, tertinggal lagi, tak pela, boleh qadha nanti.". Padahal, in fact, sy sendiri yang cari jalan untuk so called 'tertinggal' solat.

Kemudian, ada hari tu dia jadi insaf. Dia nak jadi baik. Ekceli niat dari dulu lagi nak jadi baik, tapi semangat tu sehari dua je. Esoknya jadi sama macam dulu. Apapuntakboleh. Lama juga benda ni. Boleh kata 2tahun something? Maybe. Tapi tak lah setiap hari miss subuh. Ada je yang awal. Cuma nak katanya, dosa tinggal tu tak kira selalu ke tak. Sekali tinggal pun dah runtuh tiang agama.

Dan hidup saya, waktu tu, memang turun naik. Rasa kosong. Rasa macam hidup kita ni bergantung pada manusia. Sebab bila ada masalh je, mesti nak cerita pada kawan. Padahal, dorang pun ada masalah juga. Nak2 pula sejak hidup di era Najibeolitik ni. Lepas tu kononnya pergilah tempat taman2 sebab tengok dalam movi, tempat macam tu boleh setel masalah. Tapi tak jadi apa.

Sampailah 1 masa tu bila sy beli simkad celcom burung hantu. Haha. Opps, jap, admin, sy tak promote simkad ni tau. I am no agent to that company.

Ok cerita dia macam ni. Sy ni suka online dan download series dan movie. Dan plan burung hantu tu kan free/unlimited jam 1 pagi sampai 7 pagi. Jadi, pada awal sy langgan plan tu, memang berjaga sampai pagi juga. Tapi ada 1 masa terjaga tu, terlintas rasa nak solat sunat sekali. Walaupun tak tidur, tapi rasa nak solat malam. Then solat la 2 rakaat.

Bila dalam seminggu dua, sy rasa penat sebab asyik berjaga sampai pagi. Satu hari tu sy tido straight petang sampai malam, dan bangun dalam jam 3 pagi. Memang waktu tu bila bangun, fikir nak online je sebab data unlimited kan. Dan, waktu tu juga rasa, "eh, nak tahajjud la sambil2 download. Dapat pahala." <— baru ni fikir dosa pahala.

Sejak daripada situ, memang subuh ok la sebab tak tido. Tapi bila lama2, solat lain pulak tertinggal sebab nak cover tido pagi tu. Aduhhhh. Bila lama2 tu, sy memang rasa hipokrit agama nak mampus. Mulut siang malam nasihat agama kat orang, tapi diri sendiri solat pun kucar kacir. Kemudian, sy nak cuba susun masa tidur. Jadi, sy stay up daripada pagi tu, tak tidur petang atau qoilulah, sampaaaiii lah malam jam 9-10, dan baru tidur. Esoknya bangun pagi jam 4-5. Alhamdulillah memang menjadi. Lama-lama bila macam tu, sy susun lagi cantik masa disiplin tidur sy. Sekarang, insyaAllah tidur 9-11, dan bangun awal pagi. Korang, bila kita ada peluang bangun pagi, serius, memang hati akan rasa nak tahajjud. Sy tak tipu punya. Even kalau bangun 20 atau 10 minit sebelum azan subuh.

Eh jap, sy tak kata penyebab benda ni simkad burung hantu tu tau. Tak ada kaitan pun. Dan, mungkin ada yg persoal, "eh, kau bangun pagi sebab nak online, bukannya subuh awal!"

Ya, tak dinafikan. Tapi, serius, bila dah lama2 kita rasa best macam tu, prioriti nak bangun dan kejar 2 rakaat solat malam tu lagi tinggi daripada nak online. Serius. Cuba la. Kadang-kadang kalau rasa miss solat sunat tu, rasa menyesal. Cliche dan nampak bajet kan? Tapi tu la realitinya. Tak cuba tak tahu. Sy yg gila2 jahil ni pun alhamdulillah masih Allah beri peluang. Korang yang lagi hebat ni sy rasa lagilahhhh besar peluangnya. Bila dah lama macam ni, kita rasa selesa. Tenang. Bangun pagi pun aktif. Bila jumpa orang, sy lebih suka tegur dulu. Tak pun senyum dulu. Best!

Jadi, tu je nak share. Basically, rahsia nak happy adalah bila kita ikut apa yang Allah suka. Dan bila dah bangun pagi tu, jangan lupa sedekah pagi2. Nasihat orang tua2, sedekah waktu pagi itu sangat elok. Yay?

Ok, kesimpulan ringkas untuk yang letih membaca:-

1) Niat nak capai sesuatu tu mesti ada. Jangan putus asa! Sama ada cepat atau lambat sahaja untuk kita dapat benda tu.

2) Bila dah dapat secubit rezeki, hargai rezeki tu dan berikan pada orang lain segenggam. Jika dapat segenggam rezeki, beri pula pada orang lain seguni.

3) Susun atur dan disiplin dalam hidup kita. InsyaAllah. All iz well~ eh.

4) Cuba-cuba buat baik, insyaAllah kita akan terbuat baik secara automatik.

5) Kalau pagi kita indah, insyaAllah sepanjang hari itu akan jadi indah. Percayalah!

Ok tu je, panjang ler pulak admin oiiii.. Hihi. Terima kasih bagi yang baca sampai habis. Entah ada entah tak je yang baca sampai habis. Chiachiachia. Salam~

– A Man

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *