Assalamualaikum. Sekarang pukul 1 pagi, hujan renyai-renyai kat luar buatkan hati dan perasaan aku bertambah kusut. Aku terpaksa tulis confession ni untuk distract diri aku dari ulang kesilapan lalu.
Admin yang approve posting aku ni, aku berterima kasih sangat sebab, apa yang aku tulis ni bukan lah satu benda yang terlalu penting bagi orang lain, cuma apa yang aku taip sekarang cuma entahlah. mungkin aku tak tahu nak share dengan siapa.
Sekarang aku rasa yang aku sangat tak kuat nak lawan bisikan diri aku. Perasaan ini tak hilang. Berjaga-jaga untuk serang aku kalau aku tersalah pilihan lagi. Apa-apa pilihan pun menakutkan. Aku ada depression, dari sekolah rendah, ke sekolah menengah, sampai ke universiti, benda ni tak pernah berhenti.
Dalam 12 bulan setahun, aku susah berperang dengan emosi yang tak menentu. I’ve no friends to share anything actually, sebab aku susah nak percaya orang. Aku dikihianati berkali-kali, buatkan aku jauhkan diri dari bersosial. Aku takut untuk terlalu rapat dengan sesiapa pun, perempuan atau lelaki, semua pun buatkan aku terfikir apa yang dah jadi dalam hidup aku.
Diorang tak rasa apa-apa ke? Bila kita percaya orang tapi orang khianati kita, bila kita sayang orang tapi orang tipu kita, semua tu bukan satu benda yang boleh buat sesiapa pun happy. Kesan mendalam tindakan orang lain tu kadang boleh hancurkan hidup orang lain.
Kadang kehidupan ni buatkan aku terfikir, hidup ni terlalu sakit untuk diteruskan. Luahan demi luahan pada kepingan-kepingan kertas takkan mampu hilangkan apa-apa pun luka pada perasaan aku.
Aku hilang diri sendiri dan kehidupan aku sebab terlalu hargai orang lain. Aku cuba berdiri pada paksi realiti, positif setiap yang berlaku ada hikmah nya, cuba yakinkan diri yang pergi tu mungkin bukan orang yang terbaik, tapi, luka ni aku tak mampu sangkal.
Keterlaluan ke kalau aku umpamakan yang, takde ayat atau perkataan yang boleh kembalikan diri aku yang hilang. Yang bertambah cuma luka. Luka yang tak nampak, tapi membunuh aku saban hari. Aku sampai keliru, aku ni apa sebenarnya. Terlalu banyak rasa dalam satu masa sampai aku dah tak rasa nak apa-apa lagi.
Aku dah give up dengan ubat aku. Dah give up dengan terapi. Aku berhenti semuanya. Aku sendiri tak pasti apa yang aku buat, tapi aku dah rasa takde sebab untuk aku teruskan semua tu.
Setiap kali anxiety attack, setiap kali flashback, ups & down, aku dah tak nak buat apa-apa lagi walaupun aku takut, suatu hari aku dah tak mampu nak tahan semua tu. Baring di katil, berpura-pura macam mayat tak bernyawa, dan mengharapkan semua ni berhenti. Tapi tak, esok nya aku buka mata dan semua akan berulang lagi. Bila mati jadi doa dan harapan kau tiap hari, itu bukan kehidupan lagi.
Dulu, 12 tahun yang lepas, itu kali pertama aku cuba untuk attempt suicide. Bukan sebab nak perhatian atau apa, aku cuma umur 11 tahun masa tu dan aku cuma fikir tentang tu je sebab dah tak tahan dibuli dipulau. Sekolah tu macam neraka bagi aku tapi, walau 100 kali aku cuba cerita pada parents, diorang tak buat apa-apa. Mental aku dah teruk. Dah barai.
Aku rasa cuma ada satu cara untuk aku larikan diri dari neraka, cuma dengan itu. Dari neraka dunia ke neraka akhirat. Syukur aku tak mati masa tu, but the episode tak terhenti sampai situ. Keadaan aku makin teruk dari sebelum tu. Dari pertama kali, jadi kedua, ketiga.
Aku cuba nak set dalam otak yang “Kau boleh jadi macam orang lain, etc” tapi, once my parents tahu yang aku ke psikiatri, muka diorang, bila aku pandang reaksi tu, aku rasa pedih gila. Sesuatu yang aku tak boleh nak gambarkan sebab, muka kekecewaan tu anak mana pun takkan sanggup nak tengok.
Then, aku fikir aku dah buat keputusan penting diri sendiri. Keputusan pergi psikiatri tu, keputusan yang salah. Aku penting diri sendiri.
Dah dua tahun, aku berhenti semuanya, dan aku dah mula jadi macam sebelum ni semula, pilihan yang ada cuma aku perlu support diri aku sendiri. The cycle won’t ever stopped. Aku rasa macam aku okay, tapi sebenarnya langsung tak.
Aku berhenti belajar, berhenti kerja, sebab aku rasa semua tu dah tak seronok untuk dibuat. Aku letih sangat. Aku dah penat dengan semua ni, tapi sampai sekarang aku tak tahu kenapa aku kat sini lagi, masih bertahan untuk hidup hanya sebab aku percaya Allah, walau hati dan minda aku hari-hari minta nak mati.
Walaupun pada aku mati tu lebih baik dari aku hidup dengan bawa semua kenangan, tragedi, kesakitan yang bertahun-tahun, tapi Allah lagi tahu hidup atau mati mana yang terbaik untuk aku sekarang.
Tolong doakan aku kuat, walaupun sebenarnya aku tak layak nak minta macam ni.
Terima kasih semua.
– Serara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit