Hidup itu satu dugaan ^__^

Aku dilahirkan dlm keluarga yg jauh dari Islam. Keluarga yg kurg sempurna.

Mak aku sakit dari aku kecil. Sakit jiwa. Tekanan perasaan. Kalau tak salah. Punca sakit adalah kerana ayah aku selalu bwk perempuan dtg rumah, dan mak aku jenis pemendam. Takde tempat nk diluahkan. Masa tu kami adik beradik kecil lagi. Mak aku hingga akhir hayat beliau, bergantung pada ubat utk melakukan aktiviti harian mcm org normal.

Aku adalah mangsa nafsu buas abg sendiri. Dari kecil. Hinggalah aku lari dari rumah dan bina hidup sendiri slps kedua org tua aku meninggal. Aku juga pernah cuba di'sentuh' oleh ayah aku, tp Allah lindungi aku.

Bergulir dgn byk dugaan hidup, yg terlalu pnjg utk disingkap, aku jd seorg manusia yg kuat. Berdiri diatas kaki sendiri. Membantu mereka yg memerlukan. Menyayangi makhluk2 Allah selayaknya mereka dilayani. Dan aku belajar utk memaafkan. Melepaskan dendam. Kerana dendam itu sgt berat utk dibawa hingga akhir hayat aku.

Namun sekuat mana aku, aku masih seorang manusia. Yg lemah. Aku masih memikirkan masa depan aku setiap malam sblm tidur. Masih adakah masa hadapan utk org sehina dan sekotor aku?

Kerana sesungguhnya wanita yg baik itu tercipta utk lelaki yg baik. Jadi adakah aku tidak layak utk punya masa hadapan?

Aku masih berfikir. Juga masih berharap dan berdoa. Aku percaya Allah ada utk aku. Cukuplah walau hanya Allah satu bagi aku ^__^

– Unknown

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *