Hidup Matiku
Salam. Harap semua tak judge aku. Aku perasan ramai yang berkongsi kisah hidup masing2. Izinkan aku bercerita tentang kisah aku moga2 menjadi tauladan semua.
Aku dah lama berhenti belajar. Atas desakan hidup, aku mula berjinak jinak dengan 'perniagaan' yang tak berapa halal. Dalam bisnes ni aku ada banyak pesaing termasuklah mereka2 yang sebangsa dan seagama dengan aku. Masing2 cuba menjatuhkan masing2. Bak kata orang, PhD (penyakit hasad dengki). Tapi aku tak kisah. Itu semua asam garam kehidupan. And I was very good at what I was doing. Sebabtu competitors mostly benci dan target aku dan keluargaku (ni perniagaan keluarga).
Aku bercinta dengan sorang sister ni. Tapi di sini aku bukan nak cerita tentang kisah cintan cintun, tapi nak cerita tentang karma. What goes around comes around. Buat baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. Kasih sayang kami ibarat ayat clichè, lautan api sanggup diredah for each other. Jadi kami merancang untuk menikah. Yela, di dalam perkahwinan ada rezeki dan rahmat Tuhan kan. Parents kami setuju sebab kami sama2 terlibat dalam perniagaan yg sama jadi dengan perkahwinan ni dapat meluaskan empayar perniagaan kami selain dapat mengukuhkan pengaruh dalam bersaing dengan competitors lain. Bak kata omputih, we'll have one less competitor to worry about (each other).
Tapi tak tahu di mana silapnya. It all went wrong. Things didn't go as planned dan girlfriend aku tuduh aku buat semua ni sebab nak jatuhkan bisnes family dia. Basically dia kata aku betray keluarga dia. Akhirnya bisnes dua2 keluarga ke laut. Aku dan girlfriend aku bawa haluan masing2. Cerita ni jadi beberapa tahun lepas. Sekarang aku tak tahu kat mana dia dan apa jadi kepadanya. Selepas kejatuhan bisnes kami, aku hanya bekerja sebagai pomen bagi menampung kehidupan seharian.
Kini aku sedar, kalau kita buat benda tak halal, tak ada keberkatan. Mungkin ini semua petunjuk agar aku kembali ke jalan yang benar. Biarlah sekarang aku hidup susah, tak semewah dulu, tapi janji rezeki aku halal.
Sekian
– Ramlal