Hidup Melayu

Assalamualaikum, saya sejak menjak ni banyak nampak post tentang Melayu.

Saya kurang faham dengan strategik orang Melayu kita. Nak naikkan Melayu tapi dengan menjatuhkan kaum lain. Boleh je buat post tentang produk Melayu dan bukannya mengajak orang ramai boikot produk kaum lain.

Ada Melayu cukup benci dengan satu kaum ni sampai tak sedar yang Melayu boleh belajar cara menaikkan nama Melayu dengan kaum ni.

Kalau nak naikkan Melayu, jangan harapkan semuanya jatuh ke riba kita tapi ambillah saluran yang betul untuk naikkan ekonomi Melayu yakni dengan menyokong produk Melayu dan “invest” dengan produk Melayu yang makin membangun terutama produk anak muda.

Kenyataannya Melayu kebelakang bukan sebab kaum lain, ada juga faktor lain. Kadang-kadang bila kita naik, ha mulalah hantar santau, mulalah burukkan orang.

Kadang-kadang kita jadi begini atas kekurangan diri kita yang tak terbuka pada benda baru dan sifat yang tidak buat “research”. Saya mohon hentikan post yang berbaur kebencian terhadap kaum lain.

Di negara barat, Melayu umpama orang putih yang ada white privilege. Tapi ramai yang tak nampak. Saya bagi nasihat kepada Melayu2 sebab satu iaitu kita ni Islam. Kita sebelum Melayu adalah Islam.

Tapi sejak menjak ni kita tertanam rasa benci kepada kaum lain sehingga kita tak kisah menyakiti hati orang lain malah menyebabkan pergaduhan antara kaum sedangkan itu bukannya sifat seorang muslim yanh baik.

Aku menulis sebab aku rasa sedih melihat komen orang bukan Islam yang enggan memahami Islam kerana sifat segelintir Melayu yang berperangai bercanggah dengan Islam ni.

Sedihnya aku melihat, di dalam bulan puasa lagi kalian beraninya buat post demi menjatuhkan orang lain sedangkan jika kita benar ingin menaikkan nama Melayu,

Maka kita belajarlah untuk menerima benda baru dan belajar untuk memperbaiki diri kita dan bukannya asyik menunding jari kepada orang lain.

Saya harap penulisan saya menyatukan kita semua untuk menjadi rakyat yang lebih baik dan paling penting ialah menjadi seorang muslim yang baik. Hentikan kebencian.

– Aminah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *