Hidup menumpang

Assalamualaikum… Saya Z, umur skrg 21 tahun, alhamdulillah baru lepas graduate ipta di kedah. Saya ada serba sedikit nak kongsi cerita pasal pengalaman hidup menumpang di rumah orang..

Saya anak first dan anak tunggal. Takde adik beradik. Ibu & ayah saya berpisah selepas 3 bulan saya dilahirkan. Sepanjang saya berada di muka bumi, tidak pernah sekali pun dapat melihat muka seorang lelaki bergelar "ayah" , tapi takpe. Ibu cakap dia ada family lain & dia bhgia dgn kehidupan dia. Nafkah pun jarang bagi. Kalau bagi cash rm100 je kirim kat kawan2 ibu (kawan ibu kawan ayah jugak) . Selama saya hidup mmg ibu yang tanggung. Ibu meniaga kuih & nasi lemak kat tepi jalan. Dari dulu sehingga sekarang itulah pendapatan ibu. Itu lah duit yg ibu guna utk sara kehidupan kami…

Kami menumpang di rumah atuk & wan belah ibu. Ibu anak pertama dari 10 orang adik beradik. Kami berdua diberi satu bilik utk tinggal. Dari lah saya celik sehingga skrang bilik yg sungguh kcik ini lah menjadi tempat berteduh kami berdua. Tapi apakan daya… Tinggal menumpang di rumah orang ni hati memang kena kental. Nenek & atuk seorang yg memandang kebendaan & harta. Pernah kami berdua dihalau dari rumahnya kerana tak dapat memberikan hasil ( duit ) kepada mereka berdua. Sejak daripada kejadian itu, ibu setiap bulan akan memberikan duit kepada mereka walaupun ibu dapat sikit. Ibu selalu pesan untuk sabar.. Ibu cakap " bukannya ibu taknak bagi, tapi duit cukup2 & kadang2 tu mmg tak ckup. " walaupun tak beri wang, tapi ibu tetap membeli beras, gula, susu dan barang dapur yg lain, agar kami berdua tidak memakan makanan orang lain. Kami berdua memang selalu dipandang rendah oleh atuk & wan serta adik beradik ibu yang lain.

Saya sungguh benci dengan seorang adik perempuan ibu ( mak ndak ) sehingga sekarang. Sungguh hati ni rabak pecah seribu dengan penghinaan dia. Mak ndak seorang yg mewah berharta serta menjadi anak kesayangan atuk & wan. Setiap kali dia menziarahi atuk & wan dirumah, seringkali die mengarah2kan kami membuat itu dan ini ( macam orang gaji ) walhal ibu adalah kakaknya. Tapi dia tidak menghiraukan itu, kerana dia seorang berduit. Ibu seringkali menitiskan air mata depan saya. Tapi saya sebagai seorang anak tak mampu nak lindungi ibu. Saya tak punyai harta, duit dan sebagainya. Tapi Allah tahu perasaan kami berdua.

Bila menjelang raya…. Sungguh saya katakan, hari raya lah hari yg paling saya tak suka. Sebab hanya muka kami berdua yang berada di dapur. Pakailah baju cantik pun, tetap akan kotor. Sebab setiap adik beradik ibu selepas makan tidak pernah membasuh pinggan, pinggan mangkuk cawan mereka hanya kami berdua yg basuhkan. Makanan mereka kami berdua yg hidangkan. Jika kami tak buat, atuk akan memaki hamun kami. Sbb pernah terjadi la kami terpaksa buat smua tu. Adik beradik ibu sedikit pun tak kasihankan kami. Kadangkala mengarahkan kami lap air tumpah. Ibu selalu mengalah untuk melakukan smua tu, sebab ibu cakap "kalau tak buat kita kena halau, mana nak tinggal" , sedih saya dengar apa yg ibu cakap.

Kadang2 tu bila ibu suruh beli baju raya, rasa malas je. Buat apa beli baju raya, kalau di dapur jugak akhirnya.. Memang sedih saya katakan, tambah pula saya sekarang belajar di ipta dan tinggal di hostel. Ibu yang akan dikerah tenaganya lebih untuk membuat kerja. Ibu pernah telefon saya ketika saya di hostel, mengatakan dia sakit pinggang. Saya suruh ibu rehat, ibu cakap "kerja tak siap lagi" . Sedih saya dengar. Hati seorang anak yang mana sanggup lihat emaknya sengsara.

Mak ndak seorang yg kuat menghasut. Hanya kata-kata dia sahaja yang akan didengari oleh atuk & wan. Dia selalu mengata yang kami berdua ni pemalas. Buat kerja sikit, penat. Lepastu suka mengeluh. Wan pun apabila dgr apa yg mak ndak katakan, mula lah dia memarahi kami. Tapi takpe lah, saya tahu ada hikmah untuk semua ni. Selama 21 tahun saya hadapi dan saya percaya ada sebab Allah beri ujian utk saya dan ibu. Saya janji dengan ibu lepas kakak kerja nanti, kita keluar dari rumah ni ye ibu… Kakak tahu ibu penat… Kakak minta maaf tak dpt tolong ibu dari dulu…

Pada mereka yang mempunyai nasib yang sama, bertabahlah. Setiap ujian yg Allah beri tu, ada hikmahnya.. Sekian dari saya insan yg lemah.

– Farah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

41 Comments

  1. Sabarla dik. Belajar rajin2. Nnti bina hidup baru dgn mak. Bg mak rehat. Nenek atuk kau ada 10 anak. Mesti ada anak lelaki yg jd tanggungjawab depa jaga mak bapak depa. Pandai2 la depa nnti. Bukan nk ajar mak kau jd anak derhaka. Tp akak cukup xberkenan jenis mak bapak yg pilih kasih mcm ni. Kena ajor sikit.

  2. Ya Allah sedih nye. InnshaAllah farah semoga dapat keluar dr rumah tu dan bina hidup baru dgn mak farah. Allah simpan dulu kemanisan utk farah. Percayalah.

  3. YaAllah sis..sm nye nasib kite..tp Allah tu adil..sejak kami dh besar alhamdulillah sume msk u keje pn ok..br lh mkcik pkcik opah nk mengaku sedara..klu dlu bkn setakat maki hamun kena pkul lg..insyaallah perancangan Allah tu terbaik..jgn pnh putus asa n berdoa..

  4. ada lg org anak kandung pun dibeza2kan… ni yg rasa nak tawar org dok umah kat kg. free je. sampai dpt berdiri ngan kaki sendiri.. masalahnya negeri ambo klate…

  5. Confessor..tabahlah..sy juga menghadapi..bezanya sy xmenumpang..kmi duduk rumah lain..tp dkt dgn nenek..ade mkcik penghasut jugak..sbb die doktor n nenek dgr ckp die je..nenek selalu marah mak sbb si penghasut tu..akhirnya ayah bawa kami duduk jauh dri rumah..sbb da xtahan..sekarang nenek da xde sape jaga n si penghasut tu terpaksa amek bwak rumah die..sy tngok kehidupan si penghasut tu skrg semakin susah bile nenek sy duduk dgn die..ye la, mane nk kejar kerja die lgi..nk blek kg belah suami die xboleh sbb ade nenek..nk pergi mne2 kne fikir nenek..smpai stu hri si penghasut mnx adik beradik sama2 gilir2 jaga nenek..adik beradik mak smue nk jaga nenek..tp nenek xnk sbb nk duduk dgn si penghasut..ye la kn..ank yg paling nenek syg..tp pgi td sy xdpt menahan sebak bile jmpe nenek n nenek cerita die dilayan seperti tukg gaji di rumah penghasut..nenek mnx maaf kt mak..serius sedih..itu lah dunia..kite xtahu ape yg dihaapan kite..kne sentiasa ingt..buat baik sepanjang masa..jgn mudah percayakn org..akhirnye nnti diri sndiri merana..klu bukan hri ni..mngkin esok lusa..jom jdi org baik2..

  6. Confessor, da senang sikit nanti beli rumah sendiri. Nasib kita sama. Parents da split dari kecik tinggal dgan tok dan opah. Sebak rase sebab saya faham perasaan tu.

  7. Belajar rajin2 n got better job.. N plis satu pesan aii,jgn cari jantan dulu.. Balas jasa ibu u dulu.. Find lelaki ok.. Lelaki yg mana terima mak u lebih dr u.. If ttba rasa nk mnggedik ngn jantan ingt betapa seksanya mak u hidup dia.. Jgn penah libatkan diri dgn jantan.. Ok??allah had plan everything n dont make it worse by stuck with jantan

  8. Duduk menumpang tanah arwah atok . Wlupon tanah da dibahagikan ikot adek beradek . Adek bradek yg lain still nk tanah yg mak duduk nih .
    Nenek pulak materialistik . . Kini duduk di rumah yg bongsu. Sedih memikirkn . Raya 3 tahun lps . Msa minx maap raya . . Nenek wat dono n hnya tgk tv . Macik bongsu tu pulak acah2 bz dipagi raya . Ajk mkn kuih pon tidak . Kami trus balik uma yg sejengkal nih .
    365 hari sy tk pnh tegor nnek sy .
    Yg jauh tu wangi . Yg dekat tu busuk . Sbb harta . Duit . Semua nya gado . Pnh sekali macik serang sy di rumah lps gado dgn mak . Sik baik sy sempat rekod pkai hp sbb time tu pkai oppo . Semua ugutan dia masih tersemat dihati ;(
    Untung sape yg masih ada hati perut .

  9. U will be successful dear..be strong..belajar rajin2 je.sesungguhnya ilmu tue pelita utk hidup..

  10. Cik farah.. Jadikan derita yang mak awak hadapi ini sebagai semangat awk utk trus belajar shingga berjaya. Bila awk dah kje.gaji dah besar. Awk cri umah sendri dan bwk mak awk tggal bersama awk walau apa terjadi nnti.

  11. Saya doakan Adik dimudahkan Allah untuk membina kehidupan yang lebih sempurna buat IBU yg telah banyak berkorban. Namun hindarkan perasaan membalas dendam kerana tanpanya Adik telah memperoleh sebesar-besar kemenangan.

  12. Adik,

    Sabar ya. Get a better job. Bawak ibu keluar dr rumah tu. Duduk menyewa sekali dgn adik kat mana2. Cekalkan hati ya dik. Semua org ada masalah dlm hidup, hanya yang cekal dan matang tahu selesaikan masalah dgn baik. Dari penulisan adik, kami tahu you are a strong person.

    Get a better job. Create a better life for Mak. Never too late dear

  13. Org zaman dulu mmg agak bias n suka banding2kan anak2. Mungkin sbb anak ramai. So boleh pilih2 nak plg syg anak yg mana.. cuba anak 2,3 org je. Mesti semua plg syg.. semoga adik ini dan ibunya tabah. Belajar rajin2 n keje elok2. Bawa mak tinggal bersama. Bahagiakan mak dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *