Hidup Aku, Pilihan Aku

Assalamulaikum. Aku baru habis tengok siri Netflix, MAID. Banyak pengajaran yang aku dapat sepanjang beberapa episod siries tu.

Cerita ni menggambarkan betapa rendahnya kualiti lelaki dalam sesebuah sistem kekeluargaan. Lelaki yang tak boleh diharap, kaki mabuk, kaki pukul, manipulatif dan sebagainya. Mental abused is a part of domestic violence.

Walaupon tak cedera fizikal, tapi trauma dari segi mental agak teruk. Maka, lari lah si ibu bersama si anak untuk meneruskan hidup bebekalkan beberapa sen di tangan. Very stressful, but worth to watch.

Aku perempuan belum kahwin, masih bujang, single and available. Umur 30-an. Circle aku semua dah kahwin beranak pinak. Sedara mara, kawan2 semua tunggu nasi minyak aku. Seringkali bertanya, bila aku nak settle down? Adakah aku bitter dengan soalan2 dorang?

TAK. LANGSUNG.

Tapi tipulah kalau aku taknak hidup berkeluarga kan. Mungkin pengalaman mengajar aku banyak benda untuk aku positif dalam hidup.

Aku pernah berhadapan dengan macam2 jenis manusia bernama lelaki. Tak kira dalam relationship, ditempat kerja, zaman kolej, dan sekarang. Sehinggakan aku ada ‘trust issue’.

Bermula dari aku kecil, menjadi mangsa s3xual abuse from cousin and my uncle. Selalu kena hendap time aku mandi. Balik sekolah, menumpang rumah makcik untuk mandi dan bersiap untuk ke kelas tambahan petang.

Kadang terlelap sekejap, bangun2 suami makcik aku tu ada dekat sebelah. Dengan muka kantoi sebab aku terjaga. Sh!t! Jangan2 aku dah kena raba. Dahla tiap kali tido, aku tido mati.

Time mandi pulak, ada saja kepala dia sesat kat celah pintu bahagian atas. Jahanam betul. Bila balik kampung pulak, selalu kena hendap dengan cousin laki time mandi.

Rumah kampung dulu toilet semua dekat luar. Memang free2 saja orang boleh nampak. Orang KL plak mandi naked. Mana nak pakai kain batik bagai. Memang mendapatlah.

Kenapa aku tak cerita kat mak ayah aku? Waktu tu aku rasa tak perlu, entah aku pon tak tahu. Nak jaga air muka masing2 agaknya.

Dah besar panjang ni bila recall, alahai lahanatnya perangai korang. Tapi sekarang pakcik tu pon dah jadi ahli surau, harap2 dah bertaubat la, yang cousin aku pulak dah kahwin beranak pinak.

Aku boleh saja doa semoga ank2 korang jadi mangsa seperti aku. Tapi, buat apa nak berdendam, hidup pon tak aman. Tu antara ko dengan Tuhan la.

Masuk kolej, kena lagi. Kalini dengan flasher. Aku tak tahu la apa spesies2 ni nak sebenarnya? Apa yang tak puas lagi ntah dalam hidup dorang ni?

Ya, aku ada tengok bual bicara penganalisis jenayah, Tn.Kamal Affandi haritu mengenai s3xual predator, memang ada sesetengah orang ada keinginan yang pelik.

Macam si flasher tu la. Dengan hanya menunjukkan ‘anu’nya dah cukup untuk dia berasa puas. Nasib baiklah waktu tu aku berteman.

Jadi mangsa hendap di tandas kolej, gempar satu bangunan toilet perempuan ada hidden camera. Tak tahu sejak bila diletakkan kamera tu tapi malangnya kamera dijumpai di toilet yang selalu aku masuk.

Masuk alam pekerjaan, bekerja dalam circle yang semuanya lelaki, mnjadikan aku lebih berhati2. Kadang apa yang aku expect memang betul terjadi.

S3xual harassment ditempat kerja itu real. Gurau lucah dah menjadi kebiasaan tanpa menghiraukan aku yang ada disitu yang masih belum berkahwin. Alasannya tak nak hadap stress, sesekali kena bergelak ketawa.

Orang nak berhibur boleh macam2 cara. Kalau dah otak tu kotor, nak bergurau pon kotor lah modalnya. Shame on you! Tambah pulak nak hadap laki2 yang tak professional. Orang datang ofis nak kerja, dia nak menggatal.

Under my feet! Aku senyum sinis saja kalau jumpa spesies macam ni.

Ya, aku jadi anti dengan manusia bernama lelaki yang bukan darah daging aku. Tahun berganti tahun, aku cuba untuk buka hati aku untuk lelaki.

Lalu berkenalan dengan seorang lelaki ni, berjumpa dan berkawan. Kami masing2 dah serious untuk berkahwin dan menamatkan zaman bujang kami.

Aku masih sukar untuk percayakan lelaki. Ada saja yang dia buat aku pendam dan persoalkan sendiri. Aku nak buang perasaan insecure tu jauh2.

Aku memang berniat nak kahwin dengannya. Jadi saling percaya itu mesti ada dalam hubungan kami. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, hubungan kami bertambah serius.

Mulalah sedikit demi sedikit perangai sebenarnya keluar. Panas baran, maki hamun, cemburu buta, mengongkong, bila gaduh baling2 barang, bawa kereta macam pelesit, selalu provoke. I was mentally abused.

Aku masih bertahan. Dengan anggapan, dia akan berubah dan aku kena terima baik buruknya kalau aku nak settle down dengan dia.

Sedara mara pula dah kenal, family lebih2 lagi. Dah jadi sebahagian dari family aku, setiap kali family gathering dia datang. Setiap kali family vacation pon dia join.

Aku siap post di sosial media, tunjuk kawan2, I was enganged. Tiap kali aku fikir nak putus, takkan aku nak sia2 kan hubungan kami selama ni. Perancangan nikah dah pon dibincangkan. Dah tempah pelamin diy, booking tok kadi, makanan dan goodies dah tempah.

Hanya menunggu harinya tiba. Kami tak tunang, terus nikah. Nikah PKP. Lagi sebulan nak nikah, kami bergaduh besar, dia ungkit semua usahanya menghalalkan aku.

Rupanya dia tak suka dengan family aku dalam urusan perkahwinan ni, Menyusahkan dia. Dengan hantaran dulang yang tah apa2, balas membalas, dengan duit hantaran yang tinggi.

Persiapan nak sedia macam2 dengan pelamin bagai, baju pengantin yang mahal, semuanya dia ungkit. Aku dah cuba yang terbaik kurangkan kos yang dia perlu keluarkan dalam urusan kahwin ni.

Aku minta dia fokus kumpul duit hantaran 8K tu saja. Yang lain biar aku yang fikir. Ya 8K. Dan aku ada master.

Aku tak terdaya membantah permintaan mak ayah ku untuk tidak mengikut adat. Ya mak ayah aku banyak sponsor serba serbi. Aku dah permudahkan semua benda, dia ungkit tak puas hati family aku ni terlalu ikut adat.

Kemuncaknya, hari itu dia terus memaki aku, merendah2kan aku, hina aku macam2. Memang tahap kesabaran aku dah sampai ke penghujung.

Aku sayangkan hubungan ni, tapi aku tak bahagia. Terus menerus diseksa batin dan jiwaku. Andai ibu ayahku lihat keadaan tu, pasti mereka sedih, satu2nya anak perempuan mereka diperlakukan sebegitu rupa.

Aku dah macam orang gila, menangis tanpa henti. Aku minta putus. Dia berang, dia terus keluarkan semua yang terbuku didalam hatinya.

Aku macam orang bodoh ditengking, dimaki hamun. Aku nekad. Aku kena buat keputusan yang betul sekarang kalau aku tak nak merana kelak.

Bila aku tengok series MAID tu, aku teringat setiap perbuatan ex aku tu pada aku. Bila difikir balik, aku bersyukur Tuhan bimbing aku untuk membuat keputusan yang betul.

I don’t deserved to be treated like that. Aku pon ada harga diri. Sepanjang aku bersamanya maruah dan harga diri aku seperti dipijak2.

Aku seolah2 jadi bodoh, mengikut semua telunjuknya. Dengan alasan, later on aku akan jadi wife dia and aku kena hormat dan patuh pada suami.

Tapi aku tak boleh bertahan dah. Family aku banyak bagi moral support. Mereka sokong apa jua keputusan aku. Kerana yang akan hidup dengan dia adalah AKU.

Aku tak kan gadaikan kebahagiaan aku. Better aku putus sekarang, daripada aku terikat dengannya selepas kahwin nanti and tak boleh berpatah balik. Better aku putus sekarang, daripada aku terikat dengan ank2 pula nanti, and dia pula gantung aku tak bertali.

Aku mula fikir segala kemungkinan yang akan berlaku melihatkan orang sekeliling yang pernah berhadapan dengan situasi sebegitu. Bertahan kerana anak2 dan digantung tak bertali.

Kawan2 rapat juga bagi semangat padaku bila melihat aku tak seceria dulu.

Tak banyak ketawa. “Ni semua aturanNya. Biar kau sakit sekarang, jangan sakit di kemudian hari”…”Tuhan dah tunjuk pada kau, dia bukan selayaknya untuk kau, kitaorang nak tegur tapi tengok kau sayang sangat dengan dia”.

Rupa2nya kawan2 aku semua dah pernah tegur tapi aku pekakkan telinga, butakan mata, aku nak nampak dia semuanya sempurna..

Betullah, memang susah nak cari yang sempurna, tapi kalau yang datang buat kita tak bahagia, jiwa terseksa, apaguna? Tak apalah, tak dapat kahwin, daripada kahwin tapi jiwa terus sakit.

Lepas kami putus, dalam beberapa bulan tu, aku mula bina diri aku semula, banyak bersimpuh ditikar sejadah, cari balik diri aku yang dulu, sekarang aku cukup bahagia.

Dengan diri aku yang sekarang. Aku bahagiakan diri aku. Mak ayah, kawan2 nampak perubahan positif pada diri aku, semua urusan aku dipermudahkan. Aku teramat bersyukur. Aku nak stay single dulu buat masa sekarang.

Tak nak ada komitmen dengan mana2 lelaki. Aku tak sibuk nak cari jodoh, nak bitter bila orang tanya ‘bila nak kahwin’.. aku lebih positif sebab ramai lagi perempuan diluar sana, nasib mereka lebih teruk.

Aku doakan Tuhan beri kekuatan dan jalan keluar buat wanita2, isteri2, ibu2 diluar sana yang didera mental mereka oleh suami durjana. Semoga Tuhan angkat darjat kalian, InsyaaAllah aamiin.

– Katty (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *