Sambungan dari confession: https://iiumc.com/jodoh-
Assalamualaikum dan hi korang. Aku harap admin approve confession aku sebab confession aku yang kedua tu kena reject. Kali ini aku nak cerita apa terjadi pada aku selepas setahun confession ni.
Alhamdulillah aku dan BF dah selamat dinikahkan. Aku boleh kata flow kami nak ke arah perkahwinan sangat smooth, cuma diri aku sendiri saja kadang rasa nak tarik handbrake atas rasa bersalah dosa-dosa silam.
Tapi, Allah memang banyak mudahkan, Alhamdulillah.
Kami mengikat tali pertunangan selama 8 bulan, satu tempoh penuh seksa untuk aku sebab aku bergelut dengan nafsu aku sendiri.
Nasihat aku pada ibu bapa yang dengar anak cakap nak kahwin, benarkan saja selagimana kita yakin anak kita mampu bawa diri dia tanpa menyusahkan majlis perkahwinan itu.
Kami baru melepasi satu bulan perkahwinan, alhamdulillah aku syukur sangat.
Boleh dikatakan dalam satu bulan lebih ni, BF layan aku dengan baik. Tak nampak kepura-puraan lagi, masih konsisten. Dia asyik ucap terima kasih sebab jadi isteri dia, terima dia sebagai suaminya.
Btw, kami ni PJJ, dia kat selatan aku pula kat ibu kota dan memang merancang untuk duduk sebumbung nanti.
Setiap kali jumpa, aku mesti akan buka phone dia untuk check semua mesejnya. Dia pun benarkan aje, katanya takde benda nak sorok. Makin banyak aku godek, makin sakit hati dan sedih aku rasa..
Aku rasa sedih sangat, rupanya masa bertunang tu dia ada chat dan VC dengan perempuan lain.
Chat dia siap “sayang” “b”, dengan aku tak pernah pulak panggil sayang masa tunang tu. Masa tunang pun layan aku biasa saja.
Lepas baca, aku akan diam, aku buat expression biasa tapi BF dapat detect “cold” aku, dia asak-asak aku and aku bagitau apa aku nampak.
Dia pun minta maaf sebab tu dulu dia saja-saja saja nak tambah kenalan.
Katanya, perangai sebelum kahwin dia takkan bawa selepas kahwin. Aku taktau la nak percaya ke tak pada insan bernama suami ni. Ni mungkin Allah nak uji emosi dan mental aku pada masa yang sama.
Aku sedih sebab aku punya lah nak jaga pandangan aku dan hati aku untuk bakal suami aku tapi dia boleh “usha” aweks lain. Sedih gila.
Baru-baru ni, aku saja asak dia berapa ramai awek dia dah VC dan jumpa sebab baru kantoi sorang saja.
Mengikut pengalaman masyarakat, lelaki kalau kantoi sorang akan ada 2, 3 orang macamtu. Ding dong ding dong, dia pun cakap lebih dari sorang. Fuhh, patah hati aku.
Katanya, perempuan2 tu semua dah blocked dia bila tahu dia nak kahwin sebab kecewa perasaan dimainkan. Aku taktau la macam mana BF ni punya ayat sampai perempuan lain ada perasaan kat dia.
Siap pernah “date” sorang. Bertambah sedih aku. Tak tahu lah aku nak percaya kat dia ke tak sekarang. Dah kahwin ni, takleh nak patah balik.
Boleh tak pembaca semua bagi suggestion kat aku apa aku patut buat? Sebab aku tengah kusut fikir pasal benda ni.
Aku rasa benda ni kecil saja sebab hal lama tapi dia macam terbawa-bawa sampai ganggu emosi aku.
Terima kasih.
– RH (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit