Hidup Terabai Kerana Ayah dan Partinya

Assalamu’alaikum. Saya ucapkan terima kasih andai cerita saya ini disiarkan. Saya yakin bahawa coretan ini bakal membangkitkan kemarahan sesetengah netizen namun bacalah dengan mata hati dan fahamilah suara hati kami.

Selalu kita membaca kisah keruntuhan institusi rumah tangga dikaitkan dengan kurangnya agama dalam diri ibu dan bapa. Berlainan dengan aku, ayahku adalah seorang LC, Lulusan Cairo (pinjam ‘term’ negara jiran Indonesia). Dalam masa yang sama kedua ibubapaku lulus dengan first class dalam bidang Syariah. Namun nasib kami 10 beradik sangat berlainan dan jauh dari sangkaan masyarakat. Mempunyai ibubapa yang ada ilmu agama belum tentu menjanjikan keluarga yang bahagia, terjaga dan sempurna. Setiap dari kami memberontak dan hampir melakukan hal yang merosakkan diri sendiri dengan alasan mahu memalukan ayah kami.

Aku buntu dari mana aku perlu mulakan kisah ini kerana aku perlu menyusun baris ayat agar tidak menyebabkan provokasi politik.

Sebelum itu, aku ceritakan serba ringkas tentang ayah aku. Ayah aku seorang ustaz, bekerja dalam bidang korporat sebelum berhijrah ke dalam bidang agama, lulusan cairo, mengajar di masjid2, mempunyai NGO nya sendiri dan memegang jawatan penting dalam sebuah parti politik. Ayah aku sangat fanatik dengan partinya sehingga mengabaikan kami. Aku tidak nafikan sudut keilmuan ayah aku, memang hebat bila mengajar tafsir al-quran di masjid, mengeluarkan pendapat dan pandangan agama lebih-lebih lagi pandangan haraki, namun butir bicaranya di masjid jauh berlainan dengan apa yang terjadi dalam keluarga kami. Bagi ayah, politik no.1. Sedih.

Aku ringkaskan cerita aku dalam bentuk point.

1. Hubungan ayah dengan mak.

Perit untuk cerita bahawa sehingga ke saat ini, kami masih hidup menyewa dengan ayahku pernah memegang jawatan yang sgt besar dahulu, salah satu keinginan ibuku adalah mempunyai rumah sendiri, namun tidak tercapai, alasan ayah harta dunia hanya akan menjadi rebutan dan seksaan bila meninggal nanti. Oleh kerana ayahku tidak bekerja setelah menginfaqkan diri ke dalam politik, ibukulah yang masih bekerja bagi menampung keperluan hidup. Bergolak bergadai untuk anak-anak belajar.

Kalau orang luar tengok, ayah dan ibuku adalah pasangan yang sangat perfect, sweet couple dan keluarga sunnah namun itu hanyalah pandangan luar masyarat. Ibuku wajib mengikut bapaku kemana shj, kalau x, diugutnya mahu kahwin lain. Pada hakikatnya ibuku sering diugut untuk disepak, diterajang hanya kerana kesalahan kecil spt tertidur semasa mengurut ayah (selepas sama-sama penat selepas pulang mengajar dll), tersilap iron baru atau terlupa letak kunci. Sedih melihat ibuku, kadangkala beliau tertidur di meja makan, ketika melipat baju dan ditempat lain kerna teramat penat. Tetapi ibuku seorang isteri yang sangat baik, tak pernah melawan.

2. Hubungan ayah dengan keluarga sebelah mak

Ayahku selalu menjadi sindiran keluarga sebelah mak aku. Kerana sikap ingin menginfaqkan diri dan tidak mahu bekerja makan gj sehingga ibuku perlu bekerja membanting tulang untuk membayar kereta dan membeli keperluan rumah. Namun ayahku selalu menyahkan keluarga mak dengan alasan mereka semua berdendam dengan kisah lama. Ayah selalu mengelak dan memberi alasan untuk pulang ke kampung mak tapi bila berceramah fuhhh, berdesup ajar orang supaya mengeratkan silaturrhaim dan menghormati ibu mertua. Oh, untuk pengetahuan, nenek sebelah mak je yang masih hidup. Nenek pernah bersuara nak buat turn nak duduk dengan anak-anak, tapi sampai hari ni nenek tak boleh duduk dengan kami kerana nanti akan membantutkan urusan politik ayah sebab ayah dan ibu selalu keluar.

Bila nenek suruh balik kampung, ayah akan pastikan jadual tidak bertembung, andai bertembung, jangan harap ayah akan balik ke kampung. Selepas pru yang lepas, ayah ingin ziarah raya ke negeri yang baru dimenangi partinya. Jadi ayah menganbil keputusan balik berpuasa ke kg beberpa hari dengan alasan menyantuni ibu mertua dan up status di media social, hakikatnya kami adik beradik tahu alasan sebenar dan cukup meluat dengan sikap hipokrit ini. Tahun2 sebelum ni, ayah xbalik pun kg untuk berpuasa dan sangat culas untuk balik beraya.

3. Ayah dan 5 anak di atas

5 anak di atas semua mengaji pondok, tapi kawan-kawan cukupkah degan mengaji pondok tanpa didikan ibubapa? Sangat cukup bagi ayah aku dengan alasan dia sudah hantar belajar agama. Ayah aku selalu mengkritik anak orang lain sebagai liar dan sosial, selalu menghukum anak orang lain rosak dan bersyukur anaknya akhlak cantik dan baik, “bebas rokok dan dadah“. Tapi hakikatnya semua itu wayang. Selalu memuji anak sendiri depan orang dan menyalahkan orang lain atas silap anak sendiri. Tak perlulah aku cerita detail part ni sebab cukup aib.

Seorang kakak meghidap kanser tahap 4, namun percaya atau tidak, sepanjang beliau sakit selama 3 tahun, ayah tak pernah buat solat hajat. Tapi rajin pulak ayah buat solat hajat untuk orang lain dan orang puji2 kebaikan ayah. Ayah sangat jarang datang jenguk kakak aku walaupun ayah aku buat mcm2 untuk tarik perhatian ayah, maklumlah dari kecil xdpat perhatian. Sanggup buat makan2 khas untuk ayah datang, tapi ayah xdatang dengan alasan kesihatan namum petangnya ayah aku ke mesyuarat parti. Lagipun ayah aku cakap kakak aku dah ada laki, laki dia pandai2lah uruskan dia.

Kakak aku yang lain pulak mula sakit misteri tahun lepas, selalu pengsan, meracau, bila berubat dengan perawat Islam, depa kata kakak aku kena sihir dan saka. Namun macam biasa, ayah aku buat taktahu sampai kakak aku malu dengan keluarga mertuanya, sbb ayah buat tak tahu dan siap cakap “malas ambil tahu benda macam tu”. Tapi yang peliknya ayah aku sangat rajin buat kertas kerja, anjur program parti macam2, boleh bangga depan orang, usahakan program modal insan dengan jayanya, namun keluarga? Macam xde harga! Tak pernah ada program keluarga, nak buat usrah dan nasihat tal pernah jd, asyik cancel.

Cukuplah 2 cerita dulu, aku cerita 5 yang bawah pulak,

4. Ayah dan 5 anak bawah

5 orang bawah masih belajar. Kalau tengok ayah memang mewah tapi nafkah anak-anak sangat sendu dan tak ada, sebab duit ayah habis kepada parti, tak pernah datang jenguk anak belajar, tak tanya macam mana pelajaran jadi kami semua kena pandai2 cari duit sendiri. Aku tahu semua orang hadapi benda yang sama tp kes ayah aku ni lain, dia mmg lepas tangan dengan alasan dia dah bagi pendidikan agama, jadi pandai-pandailah bawak diri dan hdp dengan bersyukur. Bila kami dapat bantuan kewangan, ayah terus akan cakap, haa tulah bantuan Allah. Sebenarnya ayah memag nak sgt orang tolong sara anak2 dia, siap iklan siapa nak buat amal jariah akhirat dengan tolong infaq, bagi bantuan duit untuk kami belajar.

Kemuncak masalah ni, adik aku yang perempuan, dari tudung labuh sanggup free hair pergi mall, keluar dengan jantan dan hampir rosakkan diri dengan niat nak tunjuk kat ayah aku yang anak sendiri tak terjaga tapi sibuk jaga kritik hina anak orang dan partinya. Tapi Alhamdulillah kami sempat selamatkan dia. Ayah aku masih buta lepas tahu benda ni terjaga, solusi ayah aku mudah, kahwinkan dia, itulah solusi orang agama.

Itu hanya cebisan kisah macam mana ayah aku lebih pentingkan parti dari keluarga sendiri. Kalau cuba berbincang, ayat keramat akan keluar, “dasar anak derhaka!”. Macam-macam ayat quran, hadis akan keluar dan kami hanya akan kalah dengan hujah agamanya. Aku pernah terfikir, memandangkan ayah aku hanya akan wala’ pada partinya, aku terfikir nak pergi jumpa pucuk pimpinan parti, nak minta nasihatkan ayah, tapi ok ke? Atau ianya hanya akan memburukkan ayah sendiri?

– Anak Terabai

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *