"Aku tak ambil budak senarai dekan kerja kat syarikat aku, pressure sikit dah lembik."
"Awak jangan percaya sangat pointer 3.6 ke atas tu boleh terus dapat kerja. Tengok orang lain, pointer busuk-busuk cukup grad pun boleh dapat gaji permulaan RM 3,000."
"Budak pandai atas kertas, tak semestinya mampu survive in real-life."
Kalau sekali dua dengar, boleh lagi kau buat endah tuduhan-tuduhan negatif yang serupa di atas. Tapi kalau dah beratus kali orang ulang, dalam dan luar ruangan virtual; termakan hati juga la akhirnya.
Aku boleh dikategorikan sebagai "budak pandai" dalam konteks "pelajar yang sering perform dalam apa-apa subjek". Jenis yang cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah sayang sebab senang nak ajar dan tak perlu risau lebih sebab 'nampak jenis boleh buat punya'. Tapi yang sebenarnya, aku menghadapi krisis self-esteem (atau harga diri; term ni sedap bunyinya dan padan dengan maksudnya, tapi orang lain biasa selalu pakai untuk makna/tujuan lain).
Sebelum aku mula pergi secara mendalam kepada isu ni, aku ada sedikit amaran kepada para pembaca. Aku bukan pelajar jurursan psikologi/kaunseling, jauh sekali daripada mana-mana jurusan kemanusiaan. Tapi aku ada terima sedikit latihan kaunseling dan sering membaca artikel2/buku2 berkaitan. Terlebih dahulu aku meminta maaf sekiranya ada terminologi yang aku salah tafsir atau ada pemahaman aku yang bercanggah dengan ajaran yang sebenar. Secara ringkas, aku bukan pakar dan aku ingin meminta jasa mereka yang lebih berpengetahuan untuk membetulkan kesilapan-kesilapan aku dalam penulisan ni.
(A/N: Penulisan katanya, haha. Aku sangat menghargai sifat awanama* yang dianjurkan IIUM Confession, kurang sedikit segan daripada tulis di wall sendiri lol)
Kemungkinan besar ramai yang akan menganggap isu ini sebagai remeh, selalunya akan diselingkan dengan komentar "Alah, engkau ini sensitive je lebih". Aku juga tiada statistik khas untuk disandarkan sebagai asas kenapa aku fikir benda ini penting, tapi aku sandarkan kepada pengalaman aku dalam membantu kawan-kawan sebaya yang menhadapi masalah sedikit sebanyak serupa dengan aku. Lebih-lebih dengan persepsi "jangan menunjuk sangat kau tu pandai sangat" ramai, yang membawa kepada stigma langsung tidak boleh bercakap tentang kelebihan (dan masalah yang mengiringi) masing-masing.
Selalunya, kanak-kanak dan pelajar-pelajar yang berbakat sering kali ramai terlepas pandang dari segi perkembangan insaniah. Kebanyakannya akan bersifat menurut kata, cepat tangkap apa yang diajar dalam kelas dan paling bersemangat sekiranya diberikan cabaran. Selalunya mereka yang mampu (dan sering) mendapat markah yang tinggi dalam banyak subjek akan terdapat ciri personaliti yang sering mengejar kesempurnaan, perfectionist.
Dari pembacaan, terdapat beberapa pakar yang membahagikan perfectionism kepada dua kategori; perfectionisim sihat dan normal, dan perfectionism neurotik. Perbezaan kepada dua-dua kategori perfectionism ini bergantung kepada sejauh mana perfectionist tersebut menetapkan target pencapaian secara realistik atau tidak.
Kembali semula kepada pelajar high achievers, mereka selalunya akan menetapkan target yang tinggi untuk diri mereka. Tidak salah untuk melakukan demikian, malah dianjurkan atas kapasiti sekiranya sesuatu cabaran itu terlalu mudah untuk mereka- mereka akan berasa kurang berpuas hati. Terutamanya bila mereka ada bakat, motivasi dan kesungguhan yang dipadankan dengan sifat perfectionist untuk mengejar apa sahaja sasaran mereka. Tapi adakala perlu diperiksa balik sekiranya sasaran menjangkaui apa yang mampu dihadapi oleh mereka.
Pada masanya, mereka juga akan berusaha untuk mengejar sasaran yang tinggi sebagai cara untuk membuktikan kebolehan diri, dan seperti ayat biasa dicanang ramai- membalas jasa kepada ibu bapa. Betul, berusaha untuk niat yang baik adalah benda yang bagus- tapi akan ada di antara mereka yang akan step it to another level dan menyamakan kejayaan akademik = sayang kepada ibu bapa.
Atau secara mudah, menjadikan kejayaan akademik sebagai asas kepada harga diri mereka, satu-satunya pekara yang dimahukan tentang diri mereka oleh orang lain. Dalam kata lain, mereka percaya mereka perlu jadi paling hebat tidak kira apa bidang/skil kerana itu apa yang diharapkan orang lain.
Twisted? Yes. Tapi bagi sebahagian daripada mereka, ini adalah 'realiti' mereka. Jadi tak pelik bila ada berita pelajar bunuh diri akibat tertekan dengan pelajaran. Bagi mereka, akademik adalah satu-satunya benda baik yang mereka miliki.
Dan bagi aku, sepanjang akhir persekolahan rendah sehingga awal pengajian sarjana muda- itu adalah 'realiti' aku.
Aku tak mahu salahkan sistem sekolah kerajaan, atau orang-orang sekitar yang tidak sedar hakikat aku menghadapi depresi dan anxiety teruk akibat akal singkat yang dipegang pada masa tersebut. Walaupun selalunya aku 'mudah dibaca' orang, tapi aku mahir menyembunyikan bahagian personaliti yang kurang disenangi dan akan menyusahkan orang (sebab aku sendiri faham, tidak mudah untuk bergaul dengan orang negatif).
Engkau juga harus faham, diawal zaman remaja adalah fasa pembentukan jati diri. Sebab itu ramai pakar menggalakkan ibu bapa bergaul dengan anak-anak remaja, mengawasi tetapi pada masa yang sama menghormati kehendak anak. Pada zaman remaja ini juga, aku pada masa itu cepat berpaut kepada kepercayaan "aku hanya dihargai untuk kebolehan akademik aku" untuk menggantikan rasa kosong kasih sayang setelah kehilangan ibu dihujung persekolahan rendah.
Kepercayaan ini diperkukuh dengan pengalaman melihat ayah aku berbangga dengan pecapaian tinggi aku, dan cikgu-cikgu yang menutup sebelah mata perbuatan lewa aku (tak siap kerja rumah contohnya) asalkan aku konsisten mendapat markah tinggi dalam subjek yang diajari mereka. Aku jugak syak kebolehan akademik sebagai status quo dan faktor perbezaan layanan di sekolah(tak kira sama ada dengan para guru atau pelajar) turut memperkuatkan kepercayaan menyimpang aku.
Benda ini, kepercayaan menyimpang dan juga segala jenis mental disorder, tidak berlaku semalaman. Tanpa sedar, kau sedikit demi sedikit tenggelam dalam gelap. Tiba-tiba kau rasa bosan belajar, sedangkan sebelum ni kau yang paling bersemangat dalam kelas. Kau rasa rimas dengan pujian, kau rasa tak puas hati dengan result sendiri (contoh: result SPM straight A, tapi kau sedih tak dapat straight A+).
Sampai sini, aku rasa mesti dah ada antara kamu yang tak sabar nak komen dengan ayat-ayat "Kembali semula kepada Allah, betulkan amal ibadat kamu".. ya, aku setuju dengan method tersebut. Tapi pemulihan spiritual yang dianjurkan perlu seiring dengan penyelesaian akar kepada permasalahan. Perenggan sebelum ini cuma menyatakan simptom-simptom; walaupun kau berjaya memulihkan simptom, tapi masalah asal akan makin menjadi lebih mudarat.
Bagaimana aku cuba 'pulihkan' diri daripada kepercayaan mengarut tadi, aku tidak akan ceritakan secara detail demi memelihara aib orang-orang lain (dan langkah-langkah yang dikhuatiri kemudaratannya). Ringkas rumusnya, aku melepaskan kepercayaan sesat "kebolehan akademik = harga diri" dan menggantikannya kepada kepercayaan diri yang lebih positif.
Proses untuk melepaskan kepercayaan itu tidak mudah. Banyak pekara aku korbankan dan ramai orang yang mungkin terguris hati dalam proses ini. Sehingga sekarang aku masih lagi dalam proses membentuk balik jati diri yang lebih real.
Berkaitan dengan tiga pernyataan awal penulisan, kepada mereka yang sama terasa pedih dari ayat-ayat tersebut- aku sampaikan sedikit motivasi (dalam bahasa Inggeris):
"Don't be sad. You worked hard for those grades; you worked hard. We know, and you know you yourself have flaws. But it's alright, you're alright. You worth more than you know. Ignore those naysayers. You know God knows best what in store for you. Please don't give up.
The world will never always be kind, but you yourself can choose to be kind."
Bagi mereka yang sering mengungkit tiga ayat di atas, aku mohon empati (bukan simpati). Tolong mereka, bantu mereka daripada terus merendah-rendahkan mereka. Kalau diberi peluang, kami sanggup berusaha bersungguh-sungguh. Mungkin sekali-sekala ada yang diantara kami akan jatuh terperangkap kepada tekanan kerja, but please bear with us. Please. We are willing to give the whole world if you trust us.
Dan ingat, kita berusaha (dan bertawakkal)- tapi Allah yang mentapkan rezeki setiap makhluknya.
*awanama = anonymous. Diangkat daripada kamus bahasa Indonesia.
– Kuro
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Hati kena kental, because you are different. Why?, because pada saat kawan anda sedang bermain, and belajar. Anda menggunakan masa dengan baik. Cuma disamping belajar, anda perlu bergaul dan mengikuti acara2 untuk meningkatkan kepercayaan diri anda. Tak semua boleh depat result akhir di posisi senarai dekan. Entahla, mungkin dicemburui? Intinya disini, fokus untuk meningkatkan keupayaan diri. Posisi senarai dekan ialah bonus bagi anda. :)
Kalau mahu nasihat yang lebih (saya pernah melalui situasi seperti anda) atau tatacara hendak melalui interview boleh contact saya. InsyaAllah saya akan ajar cara melalui interview dengan cemerlang.
Aaaaa..nk blaja blh? ?
berminat
Cek other inbox, ye.
Nasrullah Annuar ..encik sy nk blaja jgak hehe
Nor Nazurah Md Suhaimi cek other inbox
berminat jugaa
says berminat encik ✌
Nk juga ble ?
Pm saya ye yg berminat nk belajar.
Siapa yg nk berminat nk tambah ilmu boleh pm saya ye. (Y)
Saya encik
Up, sy mau
Dzulkifli Ismail ???
Bab psiko ni, setiap org lain. Masalah saya pulak agak lain. Saya introvert, lepasan degree tak bekerja lagi. Dalam hati saya tak kisah nak kerja apa pun. Tp ada sesuatu yg buat saya agak memilih kerja. Semasa sekolah saya selalu di kutuk dan perli sebagai lembut dan pondan. Pernah di maki depan junior. Hal tu membuatkan saya fobia utk bergaul and menghadapi org. Saya segan dan cepat sensitif kalo org panggil saya mcm tu. Jadi low esteem sgt2! .. kadang masa lampau and peribadi saya yg membuatkan saya ni limited utk bergaul. Kwn2 yg boleh terima sy tak ramai, bila diorg bersukan saya tak. Sbb kalo saya bersukan diorg mesti pandang pelik. So hal2 mcm ni sgt mengganggu. Tp sebenarnya saya boleh je kalo nak kerja as kuli, kilang ke tp itu lah.
Mesti ada punya orang yang boleh terima kau. Just kau jangan takut sangat nak bergaul dengan orang. Be yourself. And aku tahu mulut budak lelaki yang suka kutuk kutuk tu memang tahap melampau punya sakit hati. But bro, youre so afraid to taking chances, how you gonna reach the top ? Aku tak tahu la level lembut kau macamnana tapi aku rasa lelaki yang macamni manner dia lagi bagus dr lelaki yang mulut cam harem tu. Its okay. Cuba keluar dari zon selesa kau and face your problem with all you might. Kau akan okay. Allah ada. Fighting ! Hmmm bole ke aku komen camni hahahahahha
Ala. X faham la. Bahasa tggi sgt.
Haha betul2,..
Huhu
Tetiba rasa nak bagi A+ kat luahan ni..sebab bahasanya point yang disampaikan tu cukup matang..
Thumbs up
Huhu..sedih g iv kene reject sebb ad acca…result solid alasan die…okay fine maybe salah apply jawatan seb apply tuk jawatan assits exect..then pegi yg jawatan degree/acca alasan lain plak u tk cukup pengalaman jadi executive….warghh dilema…
Haha aku kejap faham, kejap tak faham. First time mcm nii itsokey asalkan main point faham
Kalau pointer hensem, try apply international company.. Diaorg pandang jgk pointer. Company aku, ada pengambilan utk financial market, min requirement 3.5 cgpa. Basic time tu dlm 4.2k..lps 3 bln ada review / adjustment balik..
rasanya tu bukan fokus confession ni. dia nak ajak kita hargai orang bukan dari satu segi semata mata. contoh yang diberikan confessor kali ini adalah pencapaian akademik.
contoh lain yang boleh kita kaitkan adalah kebolehan ayah memberikan kemewahan pada keluarga, atau kerajinan mak mengemas dan memasak, atau betapa romantiknya suami pada isteri.
bila kita terlalu fokus pada satu sahaja aspek seseorang tanpa menghargai aspek yang lain, ini boleh menjatuhkan imej kendirinya bila dia gagal memenuhi expectation tersebut dengan sempurna.
Self esteem maksudnya harga diri eh? Aku ingtkn keyakinan diri
:D
Tak semua budak dekan lembik.. sebelum amik keja tengok juga apa yang dorang involve.. senior aku 4.0 engineering.. left muda palapes lagi.. jgn label semua budak dekan lembik ye.
Pastikan join rotu,insyaAllah x lembik..siap ada extra lagi, tahan maki..kuat mental..heheehe
???
Confessor, u reminded me of someone i miss a lot. I’d like to get to know u. Pm if interested :)
Faa Aishiteru that’s why sejak masuk degree hari tu, i tak kejar dekan dah.. ni lah jawapan untuk soalan u kat i hari tu.. hehe.. kadang2 gelak dalam hati je bila tengok sesetengah orang tu bersungguh sangat nak kejar dekan.. huhu
Mungkin kau kene jatuh cinta. Org jatuh cinta biasa level of dopamine tinggi. Jadi kau akan rasa lebih relax dan selesa dgn masalah.
pointer tinggi reflects commitment and attitude. jangan takut nak score dalam academic. nowadays terlalu ramai graduates, so dlm first screening CGPA sgt membantu. tapi kalau dah masuk interview stage, it solely depends on urself to tackle panel interview korang.
ape yg ko tulis perenggan pertama tu semua betul…bile da masuk alam pekerjaan…byk fresh grad masuk..ko bole tgk sape yg bole buat keje sape tak…fresh grad degree masuk..yg pandai2 belaka tu…ade yg kaki tido kat surau…ade yg pandai mengelat keje…ade yg dtg lmbt manjang…ade yg english pun terabur..ade yg excel pun x reti…mcm2 la nk cite…….kesimpulan walau berderet dekan…tapi kerja kena pandai.. org nk tgk bole buat kerja ke x…mase tu org x pandang dah pointer ko berapa…dekan ko berapa….sebab ko masuk keje org expect ko bole buat kerja…kalau x bole..bersedia tuk di sumpah seranah..
Byk je cara untuk tingkatkan self esteem…
Pendidikan di malaysia terlalu berorientasikan peperiksaan.. sebab tu lebih ramai pelajar yg terlalu berusaha untuk menghabiskan masa dengan belajar berbanding menyertai program2 yg boleh memantapkan keyakinan diri dan sebagainya..
Sekadar pendapat
Naka Mura Nur Asma
Haha… win
Tak semua jenis kerja sesuai dengan semua jenis orang. Yg lower pointer mungkin lebih sesuai utk kerja yg lebih fizikal; yg higher pointer/dean list mungkin lebih sesuai dgn kerja2 melibatkan mental spt pendidikan & penyelidikan. So, pandai2lah menyesuaikan diri ikut keupayaan & keadaan…
Slm bro confessor. Ak dh grad 3 tahun lepas. Perfectionist, anxiety disorder, panic attack, depression tu mmg mainan ak dari uia dlu. Low self esteem tu tkde la sgt.High achiever tu maybe tak high sgt mcm kau. Cuma reality dia aku mmg x bole kerja dgn org mcm brader2 atas ni ckp. Sebabnye aku tak suke org arah2 aku.Pandai atas kertas tak semestinya tak bole survive in real life bro.Dan possible kau akan ade masalah yg sama bila grad nanti. Solution dia kau boleh start fikir utk carik pekerjaan atau mulakan business yg sesuai dgn jiwa kau dari skg. Macam aku. Skg aku involve dlm trading in financial market walaupon grad in engineering. Takde boss takde rakan sekerja. Takde sape bole arah2 aku.Hanya aku dan charts je. Alhamdulillah income aku lebih dari gaji engineer. So jangan risau psl kerja dan rezeki semua tu. Teruskan belajar dan cuba improve skill selain akademik mcm soft skills atau apa2 skill yg bole membantu kau akan datang.Tak phm jgak bole PM. Haha.