Highly Functional Depression

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku ML, 35 yo. Baru baru ini aku ada tulis satu confession tentang 64 pil yang aku ambil pada hari lahir ibuku, (https://iiumc.com/64-pil-di-hari-lahir-suri-hatiku/).

Aku baca hampir kesemua komen yang memberi semangat, terima kasih buat kalian. Tak kurang juga yang menghina dan mencerca, katanya aku lapar perhatian.

Katanya kalau aku nak mati, mati sajalah. Katanya kalau aku betul tak waras, takkan penulisan aku boleh jadi teratur. Katanya kalau aku nak bvnvh diri, ada pula masa aku nak kira jumlah pil yang aku ambil.

Bahkan ada yang doakan aku kena kanser supaya sakit terlantar. Aku juga baca setiap komen yang bersetuju tentang komen tersebut. Aku simpan semua screenshot.

Ketahuilah kata cacian kalian melukakan aku.

Menyakitkan aku.

Memeritkan setiap sendiku.

Menghinaku dari segala penjuru.

Dan aku, bukan pendendam orangnya.

Dan aku juga, bukan pemaaf orangnya.

Moga Allah ampuni dosa kalian,

Bukan kerana aku memaafkan,

Tapi kerana aku tidak lagi mahu bertemu dengan kalian di padang Mahsyar Nya.

Penulisan kali ini cuma lebih kepada untuk educate sedikit tentang a Highly Functional Depression (HFD). Dan selebihnya untuk menjawab persoalan dari post sebelumnya.

Aku rasa aku berhak mempertahankan diri aku dari tohmahan. Tak lupa juga yang memberi sokongan untuk aku menulis tatkala hatiku mula berselirat dengan segala yang tersurat dalam tersirat. Moga admin approve.

Kepada yang menuduhku dengan segala tohmahan sebelum ini, google lah sedikit tentang HFD ini. Just one single line to simply give you an idea of what we are about to discuss.

Dan tolonglah, terbuka.

Membaca itu amalan mulia.

Tapi membaca sahaja tanpa memahami itu hina.

Teruskan membaca jika bersedia.

Jika tidak, tinggalkan sahaja.

Pernah dengar Robin Williams? Pelakon ternama yang lost the battle to depression?

Pernah dengar Chester Bennington? Pemilik suara nada tinggi yang tewas pada depression?

Pernah dengar Sushant Singh Rajput? Rising star yang also lost the battle to depression?

They were all HFD. The best in what they did.

Aku pernah bekerja di salah satu 500 Fortunes company handling international clients where all your decision has to be made within seconds,

Maximum time to handle a client is 5 minutes, with 25 seconds untuk hold client and cari maklumat dalam hampir berbelas sistem yang berbeza, 25 seconds untuk buat segala amendment and adjustments to the account before you have to be ready for the next client.

My best records? Below 5 seconds for both. Resigned tahun lepas selepas keguguran.

Tak pernah aku pamer kesedihan aku di hadapan colleagues. Tak siapa di pejabat tahu tentang battle aku. Clients semua suka bila bersembang dengan aku disebabkan suara cheerful aku. Juniors akan cari aku bila mereka stuck in a case. Juniors akan cari aku bila mereka ingin meluah.

Dan aku akan memberi semangat pada mereka supaya tidak mengalah. Sedangkan aku sendiri lelah. Tapi mereka bagaimana kalau aku juga mengalah?

Bila socialize dengan colleagues, people see me as the most ‘gila’, fun, suka gelak. Cuma bila diajak lepak luar waktu pejabat, aku cari alasan untuk mengelak.

Kerana waktu selain bekerja adalah untuk aku kembali ke sarang dan menjadi siapa aku yang sebenar. Lemah, menangis, teresak, duduk atau baring tanpa perasaan, terkelip kelip hadap dinding atau siling rumah.

Dan esoknya bila ke pejabat, aku akan kembali menjadi seorang yang cheerful. And it rotates everyday sampai lah aku sangat sangat letih, dan terjadi apa yang di dalam post sebelum ini. Itu pun hanya terjadi apabila aku bersama keluarga atau bersama doctor.

Dan hanya bila alter ego aku menang. Bukan setiap hari.

Aku juga seorang yang sangat composed bila memandu. Perhatian aku luar biasa. Perjalanan 30 minit aku boleh singkatkan jadi 15 20minit tanpa ada penumpang yang ketakutan. Aku cekap memandu. Aku bukan hanya longlai memandu hanya kerana aku ada MDD.

That is HFD. In a fast moving world, you can remain so highly composed, functional without anyone knowing what you are going through behind the curtain.0

Persoalan yang lain, “Orang lain banyak lagi masalah dari kau”. Aku tau. Bahagian mana dalam tulisan aku sebelum ini yang mengatakan bahawa bahu aku lah yang membawa beban terberat di dunia ini? Tiada. “Cerita tak lengkap”. Ini versi yang lengkap. Selain dari apa yang sudah aku kongsikan, aku juga :

1. Lost 3 child. Seorang anak angkat yang rapat denganku, few months shy of her fourth birthday, 2017. Lost to leukemia. Anak kandung 29th May 2023 dan 13th Sept 2023.

2. Chronic insomnia even bila aku dalam keadaan aman. My prescribed sleeping pills adalah 10.5pills setiap malam. Masih juga sukar untuk lelap.

3. Chronic neuropathic and abdominal pain yang memerlukan aku sentiasa on pain killers etc.

4. Stomach ulcer with lacerations in my stomach lining.

5. Cysts di bahagian kanan belakang rahim dan kiri di ovari.

6. Kesukaran untuk conceive disebabkan segala sakit ni dan jika diteruskan, chances are anak akan lahir dengan birth defects dan banyak complications pada aku sendiri.

7. Aku boleh mengandung tapi tak seorang dari suami, ibu bapa, adik adik dan doctors aku yang memberi kebenaran untuk mengandung. Katanya cukuplah aku pengsan di rumah disebabkan kandungan 6 minggu yang sangat menyakitkan aku. Sedar sedar dah di klinik dan terpaksa terminate the pregnancy.

8. Abnormal cells in my stomach that may evolve to cancer if left untreated.

9. Financial crisis. Aku beli rumah sewaktu bekerja dan sekarang parents dan duami masih tak benarkan aku kembali bekerja esp selepas keguguran lagi kali kedua, dan semua ni dibayar oleh abah setiap bulan.

10. Night terrors, screaming dan bila terjaga, badan membahang panas.

11. I see ‘them’. Aku tahu akan ada yang associate me seeing the unseen as a result of me having MDD. It’s the other way around. Aku nampak mereka sejak sebelum baligh. Hampir 20 tahun yang lalu. Aku diagnosed with MDD 7years ago. Tapi again, I am responsible for what I wrote, not what people understand.

12. Fibroid adenoma. 3 kali operations. Masih ada 9 lumps yang belum dibuang.

Ini sebahagian. Rasanya cukup untuk menjawab tohmahan kalian. Kalau masih tak cukup, tak mengapa. Bukan tanggungjawab aku supaya kalian faham. Tanggungjawab aku adalah cuba untuk menerangkan. Selebihnya, terserah di tangan sendiri.

Dan aku sangat bersyukur masih punya keluarga yang cukup supportive. Aku minta husband kahwin lain, dia menangis nangis tak nak. Katanya dia berkahwin denganku untuk hidup denganku, bukan untuk punya anak semata mata. Maka ini menjawab persoalan bahawa yang mengatakan bahawa suamiku adalah khayalan. Tergelak aku baca.

Yang suruh aku bercerai atau sanggup gila sebab suami, ketahuilah aku sudah banyak memendam dari segala sudut yang lain sebelum pertengkaran dengannya menjadi titik kemuncak dan penolakan dari abah sewaktu kejadian adalah lilin pencucuhnya. Bukan hanya sekali bergaduh dengan suami terus ingin bercerai.

Sebab itu lah pentingnya membaca dengan niat memahami. Bukan hanya mengambil syarat membaca sekali lalu dan terus bash macam tiada hari esok.

“Kalau betul nak mati, takde nya nak kira berapa banyak pil”. Again, aku HFD. Aku teliti. Sesetengah orang tak kira pun jumlah hari yang berlalu, aku kira waktu aku bekerja. Tahun, jam, minit.

Sesetengah orang melihat yang lalu lalang hanya sekadar melihat. Aku nampak kedutan di tudung, menandakan bahagian tersebut mungkin digayakan dengan style yang berbeza sebelumnya, atau lupa diseterika.

Aku nampak jenis pin yang dipakai. Aku nampak bonggol unta tinggi atau rendah. Aku nampak jenis pakaian dalam yang dipakai sama ada over sized atau small sized atau langsung tak pakai. Hanya sekali imbas, tak perlu tenungan lama.

Sesetengah orang melihat orang mengangkut sampah di jalanan. Aku nampak berapa orang pekerja, siapa yang memandu, siapa yang senyum, siapa yang bertaut keningnya, siapa yang ketawa.

Sesetengah orang menonton satu scene cerita hanya sekali lalu. Aku boleh ulang berkali kali jika aku rasa ada secebis cara pandangan yang aku tak faham. Cara senyum, cara gelak, cara duduk, cara berdiri, cara berjalan. Aku compare alur cerita dengan tajuk, kena atau tidak dengan tajuknya cerita tersebut.

Bila session dengan Dr aku, aku perhatikan segala movement dia. Cara rahang dia bergerak, cara kerusi ditolak ke depan atau belakang bila aku utarakan persoalan, gerak anak matanya, pergerakan tangannya. Bahkan cara duduk seorang doc cukup memberitahu aku bahawa dia tidak berminat.

Jadi, mengetahui (bukannya membilang) bahawa jumlah pil adalah 64 itu sesuatu yang sangat mudah untuk aku.

Rasanya cukup sekadar di sini dahulu. Yang banyak memberi kata semangat untukku, terima kasih kerana menjadi sandaran. Semoga nanti saatnya tiba, Allah membalikkan kesemua kebaikan kalian kepada kalian.

Begitu juga yang menghina mencaci maki, moga Allah membalikkan kifarah yang sama pada kalian. Moga Allah ampuni segala dosa kita.

Yang menggalakkan aku untuk terus menulis, terima kasih. Aku dalam proses membukukan satu cerita. Doakan aku ye.

Jaga diri.

Buka hati.

Buka mata.

Untuk mereka.

Yang memerlukan.

Kerana sampai saatnya, roda tak lagi di tempatnya.

Kau mungkin dia, dia mungkin aku, aku mungkin kau.

Sekian…

– ML (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *