Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Aku ML, berusia menghampiri 35 tahun.
Ini merupakan catatan aku entah kali ke berapa di sini. Aku hilang hitungan.
Aku masih seperti dulu. MDD with anxiety and Borderline Personality Disorder. Doc yang baru juga mengatakan aku ada dissociative disorder. Bererti bila aku rasa tak selesa, aku akan disconnect or disengage dari sebarang perbualan. Membuatkan doctor sukar mengenali aku lebih rapat. Pada aku, shrink aku cuma seorang. Dr Chong from HSAAS.
Aku bvnvh ibuku pada hari lahirnya. Aku lukakan bapaku dengan pisau yang paling tajam. Aku seorang yang hidup dalam ramai tapi menyendiri, memendam. Aku tidak suka bercerita perasaan aku pada orang lain kecuali Dr Chong dan Allah.
Session aku dengan Dr Chong adalah sejam setiap minggu. Adakalanya sebelum sampai seminggu, aku dah menangis bercerita ke email dia tentang aoa yang terjadi.
Hari itu, 19 June 2024. Aku merancang untuk sambut birthday umi kat kedai makan. Dan haritu juga merupakan entah hari ke berapa aku bergaduh dengan suami. Aku menangis sendirian dan makin lama makin teruk. Aku keluar bilik, aku peluk abah.
Abah tanya kenapa, aku cuma menangis dan abah jadi marah sebab doa tidak tahu apa penyebabnya. Abah boleh bergaduh dengan orang, bertumbuk bertendang tapi dengan aku, dia kalah. Aku ingat dia kata ” eiii geram nya akuuu! Kenapa ni?” Sambil dia tolak aku dari pelukan dia.
Umi datang, peluk aku. Aku cakap kat umi aku nak bercerai. Aku tak nak hidup dalam rasa hina. Apa yang berlaku antara aku dan suami aku menyebabkan aku rasa terhina sangat. Aku cakap kat abah “tolonglah abah pulangkan balik RMXX,XXX.00 dan segala barangan kemas pemberian mertua”.
Mengucap panjang umi dan abah. Mereka minta aku bertenang, ingat Allah. Beberapa minit kemudian aku diam. Hanya tinggal esakan kecil.
Abah terkejut dan tanya adakah ni suami aku yang minta. Aku cakap aku yang tak nak hidup dengan dia.
Kalau nak tengok macam mana aku meraung, buka YouTube, cari “Dini Wanita Syurga menangis”. Macamtu lah aku menggelupur, meraung sambil umi abah aku pegang erat. Umi peluk sampai aku diam sendiri dalam esaksn, umi suruh istighfar, mengucap banyak banyak. Banyak umi pujuk.
Bila dah bertenang, aku masuk bilik, makan 64 biji sleeping pills. Combination of Lorazepam, Diazepam, Quetiapine, Xanax and CPZ. Yang aku ingat aku ambil Diazepam or some may call Valium around 40+ biji.
Aku tak niat nak mati, aku cuma ingin tidur. Dan aku mesej my closest cousin, telling her that if she doesnt hear from me tomorrow, please inform my family.
Aku minta dia berjanji untuk tidak bagitau sesiapa sebelum esok. Masa tu aku dapat rasa jantung aku makin perlahan dan mata aku layu sangat.
Dalam kelayuan itu, aku dengar phone umi berbunyi dan dari sebelah sana talian aku dengar sepupu aku meraung, “Umi, along mana? Tengok Along umi!!!”. Dan diam.
Pintu bilik aku diterjah. Umi menjerit, “Kau ambik ubat lebih lagi? Tak habis habis kau ni buat hal!”. Aku dipapah ke hospital.
Hospital refused untuk ambil case aku, disuruh ke GH tapi abah merayu minta stabilkan aku dulu. Aku tak tengok apa terjadi. Semua hanya lalu di telinga aku.
Setiap 5 minit, doctor arahkan nurse untuk inject ubat. Abah datang dekat dengan telinga aku, tanya “kenapa buat abah macamni. Lupa ke apa janji along dengan abah?”
Sekuat tenaga aku kumpulkan. Aku bagitau aku terasa bila abah tolak dan jerit pada aku tadi. Abah minta maaf dan katanya tiada niat dia begitu.
Dia minta aku kuatkan semangat dan ingat janji aku dengan dia, “abah ada 4 anak, tapi abah taknak tinggal dengan orang lain. Abah nak tinggal dengan along, tua dengan along”.
Kemudian umi. Umi berkata “tergamak kau buat umi macamni. Di hari lahir umi. Terima kasih atas hadiah yang kau bagi”.
Aku cakap kat umi aku minta maaf semua ni jadi di hari lahir umi. Aku minta dia ambil duit dari purse aku dan keluarlah sambut birthday umi dengan orang lain, aku takde tak mengapa. Umi cakap, “untuk apa? Along yang plan, umi nak along ada. Tolonglah along. Janganlah macamni”
Dan sebentar kemudian aku dengar doctor bercakap, “nadi dan denyut jantung dia makin menurun dengan kadar bahaya, pakcik, makcik. Jangan tinggalkan dia sendirian”
Abah minta izin keluar sebentar dan call 2 adik aku di Perak dan KL. Adik bongsu aku meraung. Adik aku di Perak menggigil bila abah sampaikan berita. Semua balik hari yang sama. Adik aku menangis tak berhenti.
Bila selesai semua abah datang ketepi aku, ajar aku mengucap. Ada getar dalam suaranya. Umi tahan sebak, bergetar jua suara saat dia meminta aku mengikut syahadah yang abah ajarkan.
Bila aku diam tak bagi respons, doc datang buat sternum rub. Sakit betul. Terus buka balik mata. Aku sedar, tapi aku letih.
Bila dah stabilised, aku transferred to GH. Aku taktau waktu. Keluarga aku entah menunggu di mana, berapa lama. Dan aku sekali lagi broke down dalam ward.. aku tarik wayar CBD aku sendiri. Aku mengamuk nak keluar. Hampir kena ikat dengan nurse..aku jerit dan nak serang doctor.
Aku seorang yang memendam semua sendiri. Jarang aku ceritakan. Sebab kadang kala bila aku bercerita, aku cuma nak luahkan.
Tapi yang aku dapat adalah response toxic positive. “Alah, biasa lah tu. Orang lain lagi teruk dari kau”, “alah kau yang sakit tak nampak ni susah hati sangat, yang orang lain sakit lagi teruk tu haa macam mana?”,”cubalah kai dekatkan diri, mengadu dengan Allah”.
Judgement mereka seolah aku ini jahil dan tidak tahu dahiku untuk nersujud, tangan dan hatiku untuk berdoa, mataku untuk menangis. Tak terkira banyaknya air mata yang keluar, tak terkira banyak aku mohon Allah tolong aku dan tak terkira juga caci maki aku telan.
Aku taknak mati. Aku cuma ingin tidur yang panjang, bangun dan segar. Jika dahulu aku akan resort to cutting and hurting myself dan aku diberi kebenaran oleh shrink aku untuk berbuat begitu. As long as aku steers away from the main artery and veins.
Aku rasa semua yang menghimpit dada, menyesakkan fikiran semua keluar bila darah mengalir. Tapi aku sudah berjanji untuk berhenti melukakan diri sendiri.
Maka aku pilih tidur.
Aku ingin hidup, tapi serasa bagai kehidupan tidak menginginkan aku.
I want to live. But life doesn’t want me.
Aku masih begini, memendam. Cuma aku cuba terbuka dan bercerita dengan abah tentang apa yang aku rasa. Abah lebih lembut pendekatannya, selalu dengar abah bagi hadis dan ayat Allah yang melegakan aku.
Aku tahu dan pasti ramai akan mengecam. Percayalah, tak seorang pun MDD patient with Borderline Personality Disorder dan dissociative disorders ingin ini terjadi. But when the alter ego starts taking over and you are getting weaker, you lost the battle. They won.
Pesan aku yang sama condition denganku, jangan biarkan alter ego you menang.
Do what you must do but never let them win, ever. Don’t rip away the life given to you just to relieve yourself from the problems. Because once you are gone, the one left behind has to live the life full of grief.
Because of you.
Because of us.
– ML (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
aku juga pernah didagnosed MDD..pernah diberi pil penenang.tapi mungkin x seteruk kau..aku juga pernah ingin mati..kerana rasa aku punca masaalah..cubalah..cuba ko rasakan kau layak untuk hidup macam orang lain..dunia ni Allah bagi peluang untuk kau..susah mmg susah kerana bisikan tu tetap datang..kau lawan kata pada diri itu syaitan..dia mau kau mati sesat..jangan ikut dia. kau penat kau tidur..kau rasa orang sakiti perasaan kau..kau abaikan..bukan kau masaalah tapi dia. jangan fikir..jangan fikir..biarkan bisikan tu berlalu..bila bnyak yang terlintas difikiran kau zikir dan tidur..sambil tu kau doa Allah…Allah..tolong saya..saya tak mau mati sesat..biar saya mati dalam keadaan yang kau redha ya Allah..amalkan sentiasa bisikan itu. InsyaAllah. x mudah tapi ia akan mengurangkan beban perasaan kau..mati x perlu kita cari..dia datang bila sampai masa…letih baringlah dan bisikkan lah Allah tolong saya..hingga lah terlena. Semoga Allah bantu kita…masaalah kita x sama tapi Allah pemilik kita tetap sama dan maha penyayang
Semoga ko kena kanser sampai terbaring takleh buat apa takde la sakitkan hati org sekeliling ko ngan perangai acah2 nk mati ko tuh. Dr. Chong tu pon ada masalah, misi yg rawat ko masa ko telan pill pon ada masalah semua org ada masalah cuma jenis menyusahkan org atau tidak je mcm ko
Aku juga doakan semoga Allah bg kau sakit mcm penulis ni.. biar kau faham keadaan die. Aminn
jangan semberono je komen, kalau kau duduk dalam kasut dia baru kau tahu.. as normal person mmg kau baca ni annoying sebab tu kau tulis komen macam ni. kau tahu apa impak kat diri dia kalau dia baca. jangan komen ikut sedap tekak je, mintak kena tapak kaki la kau ni
Saya setuju dengan komen awak. Confessor selfish. Orang kene cancer habis berpuluh2 ribu berjuang untuk hidup. Dr Chong tu pun dengar masalah awak sbb dia dibayar. Tolong jgn expect orang nak paham awak sorang je, sedangkan awak x nak paham pun orang sekeliling awak yg selalu support awak.
Keluarlah, gerakkan badan, jgn berkurung je dlm bilik, kalau badan x bergerak, memang alter ego awak lah yg kuasai diri.
Kalau rasa perlu cerai, cerai je. Lantaklah org nk kata apa. Hidup ni panjaaaaangg lagi.
Kau tak rasa, sedap mulut bercakap. Namanya penyakit. Penyakit ni dalam otak. Ada transmitter dalam otak tu tak berfungsi baik. Sebab tu ada ubat. Benda tak nampak, lagi susah nak ubat. Allah bagi kau sihat, kau hina orang yang sakit. Eloklah, kau bukan doktor. Doktor Chong tu jelas belajar psychiatric dna psycholigy. Orang macam kau la buat orang sakit mental lagi susah nak baik.
ko xpaham masalah orang better ko senyap je lah. jgn sakitkan hati orang dgn kata2 kau. kau tak lalu hidup dia
Nyusahkan org. Umur dah tua perangai mcm budak2… acah2 tersakiti.. kesian suami ko dpt org mcm ko ni… suami ko pukul ko ke? Suami ko ada org lain ke? Cerita pun tergantung… puiiiihhhh
Kalau tak bole nk ckp yg baik2 better diam…. itu ujian Allah untuk dia, dia pun tak mintak nk jd mcm tu ye.. jgn sampai one day Allah bg ujian mcm dia jgk dkt kau or org terdekat haaa baru kau rasa sakit tak sakit.
Dik.. you did well. No one will understand your struggle. Take your time, find the best way to express and handle your emotion better. I pray you will getting better one day. Promise to stay alive!
MDD ni penyakit yang diri sendiri ciptakan.Tuhan bagi kita otak untuk berpikir.
Kalau stress dalam perkhawinan simple je cerai.kenapa harus makan ubat.kenapa harus susahkan mak ayah.kesian kan lah mak ayah kita sudah tua.sis pun dah tua.patut tahu keburukkan buat mcm tu.MDD ni sebab banyak berpikir sangat.terlalu biarkan diri dalam kesedihan.nasihat saya pada sis.
1.Bangun awal 5 pagi,mandi seawal pagi.solat.lepas solat subuh.ambil udara fresh kat luar.boleh jalan or joging.
2.jangan berkurung dalam rumah,pergilah cafe cafe minum kopi ke.
Tenangkan pikiran.
3.pergi travel keluar dari Malaysia.tengok tempat orang.
4.Busykan diri dengan perkara lain.contoh focus kerjaya.shopping beli barang app sis suka.beli emas ke.happykan diri.
5.jangan pikir pasal suami sis da.sis focus pada diri sendiri.tenangkan diri.then minta cerai cara baik baik.bawa mak ayah sekali jumpa suami tu.
6.SAYANGI DIRI KITA 100% SEBELUM SAYANG ORANG LAIN.
Banyak layan drama minah ni hidup pun macam drama tajuk confession pun mcm nama drama. Semua orang ada amanah Allah berikan atas bumi kena jalankn tanggungjawab bukan layan perasaan sendiri. Back to earth please… Jgn Rasa dikecam atau dipujuk dgn Komen Di sini tapi take it as wake up call and berubah lillahi taala. No more drama
Aduhai kenapa ramai haters kat sini.. kamu2 mmg yg xde MDD mmg x akan paham.. dan tak mahu cuba untuk paham keadaan pesakit ni.. syukurlah kamu2 ni dikurniakan otak dan minda yg sihat, tapi janganlah sampai kecam penulis nih.. apa nak jadi dengan korg nih…
ML, hugs for you… ambil nasihat2 yg baik2 je tau.. and, do simple act of kindness.. kalau kat hospital or klinik, cth buka pintu lift utk OKU, kalau ada baby jatuh tolong angkat dia, smile with strangers and you will be surprise ada yg happy with your smile.. All the best to you..