Assalamualaikum. Aku nak cerita ni supaya mana-mana gadis yang sedang berusaha mencari jodoh macam aku tidak terkena.
Aku Shasha, 34 tahun, masih single dan available, mengimpikan suami yang matang dan stabil kewangan. Di usia melebihi 30, ada rasa susah hati bila belum bertemu jodoh. Jadi aku join portal cari jodoh, pakej berbayar. Nampak tak kesungguhan cari jodoh aku? Sampai sanggup bayar.
Sebenarnya dah lama aku join portal tu tapi kerana kesibukan kerja, aku jarang masuk situ. Ada mesej masuk, dan ada la juga cuba berkenalan, tapi semua macam tak menepati apa yang aku nak. Dan tak kurang juga lelaki yang aku kategorikan sebagai gatal. Belum apa-apa dah berabang-abang.
Sampai lah satu hari, ada lelaki memberi salam dan aku jawab macam biasa. Taaruf ringkas, dia bagitahu kerja di Canada dan jarang masuk portal. Jadi dia minta no fon dan aku bagi. Sengal kan?
Selepas itu, conversation seterusnya adalah di whatsapp. Dia kenalkan diri sebagai Amirul, 40 tahun, dah tinggal di Canada 22 tahun. Habis belajar di Toronto, terus kerja di sana.
Aku terdetik, boleh tahan mamat ni. Tapi kenapa tak kawen? Ya, timbul juga keraguan tapi setakat itu sahaja dan aku fikir takpe, kenal-kenal dulu.
Satu lagi keraguan di peringkat awal perkenalan, aku tak jumpa dia di mana-mana media sosial. Facebook takde, instagram pon takde. Tapi aku cuba positif lagi, dia lama duk Canada, sibuk dan takde masa.
Sepanjang kenal-kenal tu ada lagi keraguan-keraguan yang timbul, tapi aku yang sengal ni just “takpe, kenal dulu”.
Sampai lah satu hari dia tanya aku dah berpunya ke belum, sudi jadi isteri dia tak? Aku macam errrr, kenapa cepat sangat dia ni. Jadi aku cakap kita belum betul-betul kenal.
Pastu dia kata dia tak nak buang masa lagi, kalau aku terima dia, boleh teruskan berkenalan lagi dan plan future. Dalam hati aku “takpe la, terima je dulu, kalau tak berkenan nanti blah je la”. So, aku kata aku terima, sudi.
Dan dan tu juga dia “tq syg sudi terima abg”. Aku macam “weyyyy, dia ni kalut nawww”. Hahaha. Tapi aku layankan saja, cuma aku tak bahasakan diri aku syg la. Biarlah dia berabang sayang.
Sesi berkenalan diteruskan dan aku pelik, dia tak tanya pon pasal kerja aku, family aku, dan apa-apa yang biasa orang nak tahu bila berkenalan. Aku yang banyak tanya. Dia bagitahu abang, ibu dan ayah dia dah meninggal. Jadi dia memang jarang balik Malaysia sebab dah takde sesiapa.
Aku ada tanya memang dia nak settle down kat sana je atau ada plan nak balik Malaysia? Dia jawab ada plan nak balik kalau ada jodoh. Gitu.
Seterusnya bermulalah ‘plan future’ yang dikatakan. Dia mula tanya plan bila dah kawen nanti, nak honeymoon kat mana, aku kata nak g NZ, dia kata okay. Dia kata kalau pergi umrah pon okay. Nampak macam ciri-ciri suami islamic sikit kan? Hahahaha.
Aku pernah tanya dia betul ke serius dengan aku? Kenapa? Dia jawab serius sebab dia dah istikharah dan tahu aku jodoh dia. Cliche.
Sampailah satu hari dia cakap contract dia kat sana akan tamat dan dia dah putuskan taknak sambung lagi. Nak balik Malaysia, buka bisnes. Dan dia minta aku untuk tak kerja bila dah kawen.
Tapi aku cakap nanti bincang balik berkenaan tu sebab aku kerja kerajaan, hampir 10 tahun aku berjuang nak dapat status tetap, tak kan macam tu je aku nak berenti kan?
Dan aku masih ada parents yang rasanya taknak pon anak dia tak kerja. Aku cakap kena ambil kira perasaan dan pandangan parents aku. Dia pon okay aje.
Tiba hari meeting berkenaan contact dia, dia tunjukkan surat tamat contract. Dan tax yang perlu dibayar sebelum gaji penuh dia dilepaskan ke dalam akaun sebelum boleh balik ke Malaysia.
Dalam surat tax tu ada la sebut kena jelaskan dalam tempoh 14 hari, kalau tak, akan dikenakan tindakan. Kena penjara 3 tahun apakebenda lagi lah.
Dia cakap duit yang akan dapat tu cukup untuk kehidupan “kita” nanti. Gila tak cukup? Lebih 2 juta Canadian Dollars. Convert duit RM, pergi jugak dalam 7 juta macam tu. Confirm aku boleh berenti keje. Hahahaha. Tapi aku tak bodoh.
Dia cakap kena settle kan tax dulu dan duit kat tangan dia tak cukup lagi 60k. Aku cakap aku takde duit sebanyak tu. Dia pujuk untuk aku tolong dia, minta aku buat loan, nanti dia bayarkan balik semua sekali. Hahahahahah.. kelakar dowhh.
Masa dia tunjuk surat tax tu sebenarnya aku dah syak “dia ni nak minta duit ni”. Lelaki, susah macam mana pon, dia takkan minta duit perempuan. Dia akan settle sendiri.
Pada surat tax tu ada nombor akaun dia kononnya. Untuk pastikan, aku cuba transfer sebab aku nak tengok akaun tu nama siapa dan no akaun tu tak valid. Tengggg. Hahahaha.
So, aku cakap dia cuba scam aku. Dia masih cuba memujuk, tanya kenapa cakap dia scammer. Pastu cakap kenapa buat dia macam tu, tengah ada masalah aku taknak tolong. Aku cakap patutnya aku yang tanya dia soalan tu.
Last-last dia kata takpe, dia akan buktikan yang aku salah. Dia akan kawen dengan orang lain. Nanti nak bagi kad jemputan kononnya. Aku kata okay sebab aku taknak kawen dengan penipu.
Dan sampai situ sahaja conversation aku dan dia. Aku report kat portal cari jodoh tu, dan aku report whatsapp dia.
Aku? Sedih?
Tak. Aku tenang sahaja dan bersyukur Allah tunjukkan siapa dia yang sebenar.
Ya, dari awal perkenalan lagi aku mohon petunjuk dari Allah. Aku mengadu aku takut kecewa, aku tak kenal dia ni, jadi aku mohon Allah tunjukkan. Dan yang paling tepat adalah doa ibu bapa kita. Itu yang menyelamatkan kita insyaallah.
So, gadis-gadis single di luar sana, berhati-hati lah. Tak salah pon kalau kita banyak ragu-ragu. Betul kita rasa kosong, tapi jangan lah biarkan kekosongan tu diisi dengan yang salah, apa lagi yang mendatangkan mudarat.
Lelaki, kalau berani minta duit dengan perempuan, tinggalkan lah. Tak rugi pon. Daripada musnahkan diri, baik terus single je. Kita masih boleh enjoy hidup ni dengan bahagia cara kita.
Dan kepada pembaca-pembaca budiman, korang tolong doakan aku bertemu jodoh yang baik. Aku manusia normal yang juga ada rasa ingin punya pasangan.
Thanks luangkan masa membaca. Semoga memberi iktibar kepada yang sedang mencari imam. Moga-moga kita dihindari dari segala yang tidak diingini.
– Shasha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tahniah sis sebab tak terjebak dengan love scam. Tbh, kalau dlm portal macam ni kalau lelaki tu duk claim duk oversea, smbg kerja professional then gaji byk, mmg lagi lah kena hati2.. sbb itu background biasa scammer guna..
Yg beria nak kawin cepat2, lps tu belum pape dah sibuk nak berabg2, nk sweet2, lupakan je lah.. kalau dgn kita yg dia baru kenal pun sng je dia nk bersweet cm tu, dgn pmpuan lain pun ofcourse mudah je dia buat cm tu…
Apapun sy doakan supaya TT dikurniakan jodoh yg baik dan terhindar dari org2 jahat yg nak ambik kesempatan
Kalut benar nak kahwin.