Hijrah Sufi

Assalamualaikum. Thanks admin sbb sebab approve & memberi ruang untuk aku berkongsi suara ilmu & pengalaman.

Firstly, content confession aku ni interrelated diantara hijrah dan sufi. Straight to the point, aku tujukan tulisan ini khas untuk insan-insan yang pernah merasa zaman silam atau bole dieertikan sbgai zaman jahiliyyah. Semoga tulisan ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua untuk bersyukur & menghargai tiap2 zarah hijrah seseorang & juga hijrah diri kita sendiri. In shaa allah.

"Hanya Yang Pernah Rasa Sahaja, Yang Memahami Jihad Hijrah". Hadam quote ni betul2. Fahamkan. Jangan silap faham. Juga confession ni aku halakan kepada individu2 atau persatuan2 yg suka menyentap, memperli, sarcastic & sebagainya. Dengarkan. Pertimbangkan.

Di antara kalian ramai yg merasakan sudah jumpa jalan petunjuk. Sebab itulah bersikap demikian. Rasa seronok dan bangga menyentap perasaan manusia lalu bangga berbuat demikian. Bila ditakdirkan manusia yang disentap itu kembali ke pangkal jalan, kalian merasakan "yes method aku betul & berjaya". Tidak semudah itu. Banyak lagi yang kalian perlu dalami dalam medium dakwah, tarbiah & bimbingan.

Tidak dinafikan sebahagian daripada method yg digunakan itu betul, tapi belum tentu sesuai & relevan untuk semua. Juga tidak disalahkan kerana kalian tidak memaksa orang mendengar & menerima suara sentap dakwah kalian. Itu bagus. Aku puji. Kerana "tiada paksaan dalam agama".

Cuma apa yang hendak aku sampaikan. Kepada orang awam di luar sana, adalah sgt berbeza di antara oang yg betul2 kenal jahiliyyah dan org2 yg merasa berdosa. Dua yg berbeza. Kebanyakan org yg berdosa, mereka merasakan seolah2 sudah sgt berdosa & tahu semua perihal jahiliyyah, lalu bertaubat bersungguh kemudian berkongsi nasihat kepada masyarakat melalui berbgai2 medium & method dakwah, walhal hakikatnya tidak pun mereka mengetahui jahiliyyah yg sebenar.

Hanya yg mngenal jahiliyyah je yang betul2 faham jalan petunjuk tuhan. "Hanya yg ahli jahiliyyah yang mgenal ahli". Fahamkan. Jangan silap faham. Dengarkan dengan suara hati.

Aku punya rekod silam dalam catatan tuhan. Aku dengan kisahku. Bukanlah niat membuka pekung di dada, cuma dikongsikan sehemah & sehikmah mungkin yg termampu. Aku mulai hijrahku dengan sekecil2 perkara. Yakni dengan mulut & sabar. Catatan tuhan sahaja mampu membuktikan betapa jahat nya dan tajam lidah ini sewaktu dulu.

Banyak hati2 yg sudah aku robek, sentap, dan kecewakan. Cukuplah. Juga dalam mendepani hidup bermasyarakat, kadang2 diuji dengan macam2 ragam insan. Aku memilih untuk sabar. Alhamdulillah syukur kepada tuhan, kedua2 jihad kecil ini aku berjaya istiqamah kan.

Pesan aku, bagi sesiapa yg ingin berhijrah dalam sabar & tutur kata. Mulakan dengan diam serta membaca al quran. Sebelum baca al quran, istighfarlah. selawat & kmudian berdoa semoga dengan mukjizat al quran yg kita yakini, Allah Taala membersihkan segala penyakit hati & lisan bicara kita serta memperelok adab kita. Tiada yg mustahil pada qudrat & iradatNya.

Alhamdulillah selepas setahun aku amalkan, Allah Taala bukakan jalan petunjuk yg lebih luas untuk aku kembali kepadaNya. Aku memilih jalan sufi. Aku bermula dgn tuntunan tuhan melalui ilmu tasawuf dan usuluddin. Aku mencari dan terus mencari. Berdamping dengan orang2 lama. Berdamping dengan ulamak2 pondok. Alhamdulillah sedikit sbanyak terasa dipermudahkan hijrah diri ini. Lalu barulah aku mengenal apa itu syariat, tarekat, hakikat & makrifat. Keempat2 ini sebenar2nya saling melengkapi. Pesan aku, carilah keempat2 ini dengan guru yg sebenar guru. Hati2 bila berguru. Mohon petunjuk & bimbingan dari Tuhan. Sabar paling penting dalam mendalami keempat2 ini. Untuk permulaan, mulakan dengan akidah tauhid sifat 20. In shaa allah perlahan2 bila sudah mengenal diri, terasa manisnya pada ibadah.

Awal ugama mengenal Allah. Siapa kenal diri, maka kenal lah akan Tuhannya, dan siapa mengenal Tuhannya, maka binasalah dirinya.

La ilaha illallah, muhammaddur rasulullah.
La haula wala quwwata illah billahi aliyyil azim.

– hayat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Kalau tak keberatan. Boleh tak saya nak tanya beberapa soalan pada confessor ni ? Boleh contact di kalamcaliph15 @gmail.com. semoga Allah merahmati encik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *