Assalaamu'alaikum. Terima kasih admin sekali lagi approve. Pagi ini topik hangat tentang "jemaah & judgemental" benar2 menarik aku untuk berkongsi serba sedikit sambungan berkaitan post hijrah sufi.
Rakan2 yang aku kasihi semua. Jemaah dan judgement itu seringkali datang seiringan. Ramai kawan2 aku yang sudah ditarik join jemaah melalui usrah anak negeri & sebagainya. Ada juga yang terpukau dengan ayat2 manis pujuk rayu abg naqib, akak naqibah. Bila sudah masuk serta, ada pulak organisasi keluarganya, adik beradik dan sebagainya yg memanipulasi diri ahli2 yang nak keluar. Mengapa begitu? Susah ke nak keluar? Aku lihat kawan2 aku terseksa dan tersepit.
Rata2 di antara mereka yang sudah direform pemikirannya mula bertukar identiti seperti menjadi "orang baru" boleh aku ertikan. Di antara mereka berperanan sebagai org berani berhujah, pemanah mata yg sinis, dan wartawan yg sarcastic dan tajam dalam berkata. Bila bersama di antara mereka, masing2 membawa isu individu atau kumpulan untuk dijadikan sasaran dan mangsa serangan. Mengumpat, mengeji aib bahkan memfitnah itu perkara biasa dalam badan persatuan seperti berikut.
Mengapa semua ini? Aku tahu setiap aliran jemaah dan usrah berbeza hitam putihnya, agenda dan strategi. Banyak perkara aku ketahui. Kerana aku juga bukan duduk goyang kaki. Aku mengkaji, dan memandang dengan mata hati. Sudahlah, betulkan semula kepincangan dalam persatuan. Bersatu untuk apa? Untuk jauhkan orang dari Tuhan? Begitu? Silap2 kita yg makin jauh dari Tuhan. Nauzubillahi min dzalik.
Aku bercakap dari pengalaman. Pengalaman diumpat, dikeji, dikecam, difitnah dan dilabel sudah bertulis dalam catatan Tuhan. Aku sabar. Aku terima. Lalu aku memilih sekecil2 hijrah. Kemudian dibukakan Allah Taala untuk aku, jalan kembali kepadaNya. Bukan jalan menghukum, menghina dan melabel. Tetapi jalan ini. Perjalanan Sufi.
Aku bermula dengan mencari serta mengaji ilmu tasawuf dan ilmu usuluddin seorang diri. Perlahan-lahan kemudian aku mengenal akan tareqat, hakikat & makrifat. Barulah aku mengerti benar kata2 ulamak tasawuf. Bila syariat tidak diseiringkan bersama hakikat, hati manusia akn menjadi keras. Itulah yang terjadi hari ini. Manusia tidak mengenal diri. Tidak mengenal Tuhan. Mudah menghukum orang, menghina orang, menyentap orang sehinggakan tiada lagi ihsan pada diri.
Alhamdulillah semakin mendalami ilmu ini, aku semakin kenal akan diriku. Dari hari ke hari aku memperbaiki hati, dan lidahku. Kini tiada lagi hijab pada pandanganku untuk mengenal tuhan. Terus, aku belajar erti kasih sayang, bersyukur & belas ihsan. Kerana hakikatnya, kita ini tiada, carilah yg Ada melalui tuntutan ilmu bersama guru & tuntunan langsung dari Allah. Kerana bila sudah bertemu, tiada lagi keakuan diri. Matikan diri kamu sebelum kamu mati. Faham betul2. Jangan silap faham.
Akhir kalam dariku, untuk mencari redha Allah, carilah tuan empunya redha. Sesungguhnya jalan2 petunjuk itu pilihanNya. Syariat, Tareqat, Hakikat, Makrifat keempat2 cuma satu. Mentauhidkan yg Satu. Saling melengkapi. Perhalusi ketiga2 jalan yg belum pernah kamu duduki dan lalui. Dengan izin, kehendak dan kuasa Allah, barulah kamu kenal cinta & rindu yg sebenarnya.
Sabar. Perjalanan ini bukan mudah. Hijrah Bertemu Tuhan itu bukan mudah.
Untuk bertemu dan mengenali Tuhan, hanya Dia yg memperkenalkan diriNya kepada Dia kehendaki. Bagi yang rasa ingin terus berjemaah silakan. Cuma hati2 bila berjemaah. Jangan silap faham istilah dan konsep berjemaah. "Sentiasa renung pada diri, tunding salah pada diri & jemaah dahulu baru pandang salah orang" . Tiada paksaan dalam agama. Islam itu ada kesantunan & kelembutan. Semoga kita semua diselamatkan dari golongan2 yg muflis di akhirat kelak. Wallahua'lam
– hayat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Adrin Abdul Wahab Sajidah Razak
Nak minta yg post ni pm sy.. sy ada benda nak tanya..
Nak belajar jugak. Seronok baca post2 oleh tuan guru yg tarekat.. ajar ilmu tasawuf ect2 ni.. seyes mohon ajarkan