Hikmah Berseorangan

Assalamualaikum u'olls..

Pernah rasa tak, dalam setiap ujian yang Allah beri tersembunyi berjuta hikmah? Misalnya, Allah pisahkan kita dengan kekasih yang kita sayang sebab Allah nak beri pasangan yang lebihhhhh baik..Pasangan yang tentunya paling beriman,boleh sabar dengan kerenah kita,paling ikhlas terima kita. Apa yang Allah beri,tak pernah sia-sia.

Macamtu jugak dengan hidup aku.Tapi,ni aku bukan nak cerita pasal kekasih.Tapi pasal kawan. Aku juga pernah ditinggalkan kawan.Kawan aku ni perempuan dan aku pun perempuan.Dialah kawan yang paling rapat.Yang paling aku sayang. Dia tinggalkan aku terkapai-kapai.Ibarat gantung tak bertali gitu…haha..Aku pun tak tahu apa silap aku,sebab sedar-sedar je dia dah taknak kawan aku. Sedaya upaya aku ambil balik hati dia walaupun aku terluka sangat sebab aku rasa macam bodohnya aku masih mengharap pada dia. Dia tak pedulikan aku pun.Sedih sangat masa tu.

Aku cuba pujuk diri aku.But still tak boleh nak move on.Sampailaa beberapa bulan dia tinggalkan aku,Allah datangkan berjuta hikmah dari asbab aku ditinggalkan. Kerana aku ditinggalkan,aku jadi lebih kuat.Aku jadi lebih berani.Kalau dulu,jalan pun nak berkepit dengan kawan aku.Tapi bila dia takde,aku seronok jalan sorang-sorang. Keduanya, Allah hadirkan untuk aku kawan yang ikhlas bersahabat dengan aku. Serius, lepas kawan aku ni pergi…tiba-tiba aku dapat kawan yang sangattt ramai.Diorang sangat menghargai aku.Diorang sangat setia berdamping dengan aku.Diorang paling sabar melayan perangai gila-gila aku.Ketiga, hikmah aku ditinggalkan juga adalah kerana Allah mahu aku lebih rapat dengan Dia. Buktinya, aku banyak hadir ke taman-taman syurga ( kuliah agama dsb). Aku juga banyak terlibat dengan aktiviti keagamaan. Alhamdulillah..

Dulu,aku sangatlaa malas nak join benda-benda islamik ni.Ada keinginan,tapi suka bertangguh.Tapi,bila kawan aku tinggalkan aku..Semacam ada satu kesunyian yang hanya dapat diubati dengan mendekati Tuhan.So,sebab tu aku banyak join program-program agama. Kadang-kadang bila fikir balik,besarnya hikmah dari kehilangan seorang kawan.Allah benar-benar nak aku berubah.Allah teramat baik dengan aku.Dia tarik satu,tapi Dia gantikan dengan seribu..

Now,aku dah tak rasa sedih dah sebab ditinggalkan.Aku akan rasa lebih sedih seandainya Allah tak lagi pandangi aku dan beri hidayah untuk aku.Inilah rahmat dan nikmat yang paling besar.So,kepada kawan-kawan yang pernah alami nasib macam aku…kita enjoy je k? Kita ada Allah.Allah tak pernah tinggalkan kita walau berjuta manusia berlari tinggalkan kita.Allah tu sangat dekat dan dekatttt..Lebih dekat dari urat leher kita sendiri.

Jadi,jom sama-sama kita rasa nikmatnya mencintai Allah.Moga Allah juga sudi cintai kita.InsyaAllah ^_^

– Seroja

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

21 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *