Alhamdulillah :) Hari ini aku dapat pergi rumah ustaz untuk belajar kitab Nahu :). Hari ini dah genap 40 hari aku habis SPM.
Sekarang aku duduk di rumah dan menjalani kehidupan sebagai budak lepasan SPM. Mungkin ketika ini, ramai rakan-rakan yang sebaya dengan aku sedang mengambil lesen, bekerja sambilan dan sebagainya.
Yup, mereka ingin belajar bagaimana nak survive kat luar sana. Nanti masuk U, konfem-konfemlah kena guna duit banyak.
…throwback…
Aku balik hari tu, ayah aku dah offer kerja untuk aku…
“Akak, ayah nak akak kerja kat tadika tau. Satu patah huruf yang akak ajar kat budak-budak tu, kalau sampai besar mereka guna… berpanjangan pahala akak dapat :)”
Time tu aku senyum. Betul juga apa yang ayah cakap. Ilmu yang berpanjangan tu akan jadi saham aku kat akhirat nanti. Time kat sana, amalan-amalan kita yang akan back up diri kita. Siapa tak nak, right?
“Kalau tu yang ayah nak, akak in shaa Allah akan cuba yang terbaik :). Hmmm… tadika tu ayah ke yang asaskan?”
Tanya aku menginginkan kepastian.
“Ha’ah. Ayah dengan 3 orang kawan ayah yang asaskan. Dah lama juga sebenarnya tadika tu, adalah dalam 20 tahun.
Ni jap lagi ayah nak pergi umrah, tadika tu lah yang taja ayah. Ni sekarang ayah dah mengajar sekolah menengah, ayah harap adalah antara anak-anak ayah yang warisi tadika tu.”
Whoah~ Tingginya harapan ayah aku :)
“Ayah, jadi tak nak akak kerja kat tadika?”
“Akak, tahun ni tak ramai lah budak-budak yang daftar :(”
“Ooh laa ye ke? It’s ok laa (^^,)”
Petang tu…
“Akak, kemas barang tau. Nanti ayah nak akak pindah kat rumah yang dekat dengan tadika. So, senanglah akak nak pergi dan balik nanti.”
Eh? Tadi kata tak ramai budak yang daftar? Alhamdulillah, rezeki aku lah ni :)
Huhu… Lusa dah nak start sesi persekolahan bagi sekolah-sekolah di negeri Harimau Selatan ni, so aku pun kenalah get ready jugak, right?
Malam tu, tiba-tiba ayah aku call mak aku…
“Cakapkan dekat akak, tak payah kemas barang. Esok ayah datang nak hantar adik kat asrama.”
Eh? Sekejap kata bagi, sekejap tak?!
Apa ni?? Aku tanya diri aku sendiri.
“Anak-anak ayah, kumpul kejap kat ruang tamu.”
First impression aku time tu:
Nak kena brainwash ke?
Kitorang ada buat salah ke?
Macam ada benda mustahak je.
Tak pernah-pernah pun nak kumpul tiba-tiba ni~
“Ok, ayah nak buat kuiz solat. Ayah nak tengok sejauh mana kefahaman anak-anak ayah tentang solat. Ramai anak ayah dah besar-besar ni.
Ada yang masuk sekolah teknik, ada yang join rakan masjid, ada yang masuk sekolah agama, haa yang sekolah Arab tu je yang tak ada kat sini. Ok, soalan pertama…”
Dan bila dah habis ayah aku soal-soal semua tetiba…
“Ok, sekarang ayah dah makin tua, bila-bila masa boleh mati. Ayah nak anak-anak ayah yang jadi imam bila ayah dah mati nanti. Kalau kat rumah sana, anak-anak ayah semua berjaya.
Yang paling jauh… tu haa kat Beijing ambil Bahasa Mandarin, dulu masuk UIA. Ha, lagi sorang anak ayah yang dekat sana… ngajar tadika dah. Malam-malam sibuk dia fikir pasal teaching plan. Tengok, tu baru ngajar tadika?”
Gedebush! Haa? Oh, patutlah aku tak jadi cikgu tadika, ayah aku gantikan aku dengan orang lain!
Tapi kenapa tak cakap awal-awal?
Kenapa tak bincang sesama dengan family sini?
Kenapa tak cakap je yang sebenarnya kerja tu ayah dah bagi dah kat akak aku yang sebaya dengan aku?
Kenapa ayah aku tak explain kat aku yang sebenar-benarnya?
Kenapa ayah aku bagi harapan palsu?
Kenapa, kenapa dan kenapa?!
Time tu aku rasa sedih :(
Sedih sangat-sangat.
Pastu aku masuk bilik, kunci pintu, dan berderailah air mata~
Maaf, empanganku pecah tanpa aku duga (^^,)
Aku ngadu kat sahabat-sahabat aku~
Aku reflect diri sendiri, apa dosa aku yang aku tak perasan ek?
Then, aku sedar… Allah nak uji keimanan aku…
Allah nak aku kembali pada-Nya <3
Allah rindu nak dengar hamba-Nya merintih, merayu dan mencari-Nya…
Mungkin ini yang terbaik bagiku~
Dan aku yakin Allah nak gantikan sesuatu yang lebih baik daripada cikgu tadika~
Maybe satu hari nanti aku dapat jadi Arabic lecturer instead of cikgu tadika, right???
Aku redha ya Allah :)
090116
Hari ini aku belajar kitab Nahu dengan ustaz sekolah menengah aku. Seriously, aku tabik springggg dengan ustaz tu.
Ustaz bagi aku ‘picture’ life kat U. And ustaz also recommend kat aku supaya aku teruskan minat dalam Bahasa Arab tu :)
In shaa Allah aku nak ambil Asasi Bahasa Arab kat UIA nanti :)
Mudah-mudahan Allah permudahkan segala-galanya :D
Allahumma aameen :)
Ud’uni :)
Doakan aku :)
*Terima kasih kerana membaca kisah hidup aku. Syukran :)
Moga bermanfaat :)
Moga Allah redha, Nabi Muhammad suka :) *
– Redapple (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit