Hilang Fokus, Sedih & Lemah

Assalamualaikum. Nama aku Zizie. Aku seorang wanita, isteri & ibu kepada baby 7 bulan. Aku tak tahu macamana nak cerita berkenaan masalah yang sedang aku alami ni.

Sejak pregnant sehingga kini, aku hilang fokus dalam bekerja. Semuanya apabila aku punya jobscope melebihi kemampuan aku.

Aku akan bertangguh tangguh dan akhirnya membawa kepada 6-7 bulan kerja kerja tu dibiarkan tergantung sepi.

Lepas habis kerja pula aku akan amik anak dari nursery, siapkan anak dan bila anak tidur saja aku akan termenung lagi. Aku tak siapkan kerja rumah, aku biarkan saja suami aku yang buat semua tu.

Aku cuma tak faham kenapa aku jadi begini. Kenapa aku suka bertangguh tangguh dan akhirnya aku akan termenung hingga 4-5 jam.

Termenung kosong yang aku sendiri pon tak faham apa sebenarnya yang aku fikirkan. Aku pernah buat list apa yang aku akan buat sebaik sampai office.

Tapi bila sampai saja aku akan lupa akan list yang aku buat tu. Then aku akan berpura pura pergi pantry amik air atau buat air semata mata sebab aku malas nak siapkan kerja. Begitulah seterusnya sampai waktu kerja habis.

Aku akan balik kerja lewat dalam pukul 7 macamtu sebab aku tak nak amik anak di nursery. Aku akan serahkan urusan hantar dan amik anak pada suami. Aku cuma tidurkan dan susukan baby saja.

Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan diri aku. Aku tak tahu kenapa aku macamni dan aku tak nak selamanya macam ni.

Berbalik kepada zaman bujang aku dulu aku seorang yang bersemangat , apa apa orang nak kata aku dengar saja macam angin lalu yang penting target aku tercapai.

Habis saja diploma aku tak pernah mengganggur walaupun sehari (tempat aku intern panggil aku bekerja sebagai staff kontrak mereka sebaik sahaja internship aku tamat).

Kemudian lepas setahun, aku mendapat tawaran bekerja di satu firma yang stabil dan agak dikenali.

Sekarang sudah 7 tahun aku bekerja disini. Aku tak tahu kenapa aku dah hilang segala perasaan teruja dan bersemangat ni. Padahal aku ada segala galanya, suami yang baik, baby yang comel dan aktif (semua baby comel okay).

Aku rasa seolah olah aku hidup untuk bernafas, makan dan tidur saja. Aku tak mau buat semua benda ni dah. Dulu aku tak macam ni.

Dulu aku kuat dan bersemangat. Arwah mama aku pergi ketika aku di semester 1 diploma. Tak lama kemudian arwah adik aku pula pergi meninggalkan aku dan adik adik yang lain. Ayah aku sibuk dengan perniagaannya dan isteri isterinya.

Dia abaikan kami adik beradik tapi aku sikitpon tak kisah dengan perkara tu. Aku amik part time job lepas habis kelas. Aku part time cashier di pasaraya.

Pernah jadi cleaner masa cuti semester dan pernah jadi waitress waktu study week sebab ayah aku tak tanggung aku sejak aku habis SPM lagi.

Semuanya aku buat sendiri. Kemudian aku amik alih tanggujawab ayah untuk memberi wang bulanan kepada dua adik aku yang masih belajar. Tapi pada masa tu aku sangat gigih dan kuat. Aku tak pernah sesedih dan selemah ini.

Sekarang adik adik aku semuanya dah habis belajar dan bekerja tapi aku rasa kehidupan aku sudah mulai pudar.

Aku memang tak ramai kawan sebab waktu belajar aku sangat sibuk dan aku kenal suami pon secara kebetulan sebab office kami berdekatan dan dia selalu nampak aku makan di cafe berhampiran.

Dia yang mulakan langkah pertama. Aku cintakan suami aku. Aku sayangkan anak aku tapi ada masa masa tu aku rasa aku nak pergi dari dunia ini.

Dunia ini terlalu bosan untuk aku. Tiada apa lagi yang tinggal untuk aku disini. Adakah ini semua bersangkut paut dengan agama.

Adakah aku disihir (hahahahah) . Boleh tak aku nak minta pandangan semua pembaca. Apa kena dengan aku sebenarnya?

Adakah aku tidak bersyukur dengan apa yang telah aku miliki hingga sekarang. Kenapa aku hilang fokus hilang perasaan gembira dan ceria.

Kenapa bila hidup aku dah makin baik dan bila aku dah tak perlu sara adik aku lagi aku rasa kehidupan aku seolah olah tiada tujuan. Aku rasa tiada cabaran lagi. Entahlah aku sendiri pon tak faham.

Apa yang perlu aku buat untuk aku rasa bersemangat meneruskan kehidupan?

– Amanda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *