Assalamualaikum, thanks admin sebab approve cerita ni. Firsy of all, aku seorang mahasiswi di sebuah ipta dan kedua-dua adik aku pelajar UIA.
Sejak 4 tahun lalu, aku tak pernah balik rumah. Yer. Rumah mak abah aku. Sebabnya? Aku kecewa. Kecewa dengan sikap mak aku. Walaupon abah banyak memujuk. Tapi aku menolak. Menolak dengan baik maksud aku. Sebab selama 4 tahun ni, mak x pernah panggil aku balik semula.
Kisahnya, 4 tahun lepas, aku tamat belajar dari matrikulasi, dan aku 'bercuti' di rumah sementara menunggu panggilan masuk universiti. Hanya ada aku, abah, mak, adik lelaki, adik perempuan dan nenek je kat rumah.
Masa ni, nenek aku tinggal dengan family aku (sebelum ni maklong aku yang jaga). Sebenarnya, maklong aku tak tahan dengan sikap nenek aku yang suka perli dan menghina paklong aku. Paklong aku seorang pekerja kilang simen, dan paklong aku terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan dye buta sebelah mata. So, memang keadaan maklong aku time tu susah sikit. Sebab maklong aku tak berkerja. Dan masa tu lah, nenek aku buat keputusan untuk duduk dengan mak aku.
Abah aku dari keluarga yang senang, rumah kami pon Alhamdulillah, semua cukup, boleh dikatakan selesa. Seminggu aku duduk dekat rumah, seminggu tu jugak lah nenek aku perli perli aku. Kononnya aku ni pemalas, kerja makan tidur ja, padahal mak aku sendiri pernah cakap antara kami 5 beradik, aku yang paling rajin dan teliti, mak aku tak pernah complaint kalau aku buat kerja. Banyak kali aku cakap kat mak aku, "nak rajin macam mana lagi ma?" Dan mak aku selalu cakap, "nenek kan dah tua, biasa lah tu". Mcm mak orang lain, mak aku sangat positif dan sangat susah lah nak tengok mak aku bercerita pasal org lain.
Sampailah satu hari, senja, abah dan adik lelaki dah pergi masjid. Aku pon siap siap nak berbuke (aku dan adik perempuan aku puasa hari tu). Tiba-tiba time aku tgh panaskan lauk, nenek aku cakap, buat kerja malas, membuta ja. Bangun terus makan. Aku terkejut dan terus tinggi suara pada nenek aku. Yang ni aku mengaku aku salah. Dan, of course, nenek aku melenting, lepas tu dia jerit panggil mak aku, dan nenek aku suruh mak aku halau aku keluar, kalau tak, dia anggap mak aku anak derhaka. Nenek aku cakap mak aku bodoh sebab tak bunuh aku masa aku kecik-kecik. Aku sangat marah, tergamak nenek aku cakap macam tu. Adik perempuan aku pon marah dekat nenek aku, adik aku cakap, "kenapa nenek macam ni? Orang buat apa pon ada ja yang tak kena". Dalam keadaan marah, kami masuk bilik, dalam 15 minit macam tu, mak aku masuk bilik aku, dia bagi RM200. Dia mintak tolong aku pergi rumah makcik aku, tumpang sementara waktu.
Ya Allah, masa tu Allah ja tahu perasaan aku, kecewa, kecewa sebab mak aku mudah sangat dengar cakap nenek aku. Sebagai anak, aku nak jugak mak aku pertahan kan aku. Tapi, mak aku tak nak jadi anak derhaka, dia turutkan jugak kehendak nenek aku.
Aku tak mampu nak cakap apa-apa. Adik perempuan aku cakap dengan mak aku, "ma sanggup kan buang anak ma tanpa selidik dulu." Dan jawapan mak aku, sangat-sangat buat aku rase lost, sampai hari ni, "takpa lah hilang anak seorang dari hilang nenek, hilang seorang ada lagi 4". Masa tu aku tak pikir ape dah. Mungkin ade salah silap aku yang mak aku pendam selame ni sampaikan dia boleh cakap macam tu. Malam tu jugak, aku kemas baju, jalan kaki p stesen bas, aku tak p rumah makcik aku, tapi aku pergi Penang. Aku tumpang rumah kawan aku, aku mintak kerja kilang, lepastu aku duduk pula dekat hostel kilang, tapi tahu ja lah, hostel kilang macam mana. Bahaya.
Lama aku kerja, bulan puasa pon aku kerja, raya pon aku kerja. Time tu aku fikir nak cari duit untuk masuk universiti. Aku dapat masuk ipta di utara Malaysia. Aku call rumah, adik aku jawab, dan aku tanya sama ada surat tawaran official dah sampai ke. Aku mintak tolong dye pos ke alamat kawan aku. Tapi dia tak pos, dia p rumah kawan aku dengan ayah aku. Masa tu aku tengah kerja lagi. Kawan aku cakap aku kerja kat mana dan duduk hostel kilang. Masa tu pertama kali aku jumpa balik abah aku, adik aku. Memang sebelum ni depa dah cari aku, tapi aku tukar number. Aku pilih jalan untuk lari.
Mula lah sesi pujuk memujuk. Aku menolak, kecewa, aku tawar hati, malas nak pikir2, aku buat keputusan, selagi mak aku tak panggil balik, selagi tu aku akan macam ni. Aku tahu mak aku seorang yang baik, sempurna bagi aku, tapi aku rase tak dihargai bile mak aku cakap, "hilang anak sorang ade lagi 4 orang."
Satu perasaan yang sangat2 sakit, perit, hari pendaftaran masuk universiti, aku pergi sorang sorang, aku uruskan semuanya sendiri. Sejak masuk universiti, aku berhenti kerja kilang, Desa ni dah jadi rumah aku, bertahun aku duduk sini, aku buat kerja part time untuk cari duit. Aku juga meniaga online nak tambah pendapatan sikit. Iye lah, internet free, hehe. Terus terang aku cakap, aku earn more than enough sampai boleh saving sebulan RM600 lah. Dan aku tak ambil PTPTN. Untuk adik adik yang tengah belajar, tapi duit tak cukup, try lah meniaga online, insyaAllah ade rezeki kamu. (Abah aku ade bankin duit tiap-tiap bln tapi aku kerja jugak untuk persediaan aku masa depan)
Tapi, ni tahun akhir aku, lepas ni tak tahu nak duduk mana pulak. Sayang rasa nak tinggal 'rumah' ni. Tempat aku berteduh, susah senang aku dekat sini. Puasa kat sini, raya dekat sini. Meriah beb. Penuh masjid time semayang raya. Tapi bile dah dewasa mcm ni, rindu dekat family, rindu dekat mak. Rindu dekat bau mak. Mak-mak ade satu bau yang wangi kan bila kita peluk cium dia.
Aku tak banyak berhubung dengan family aku. Yang aku selalu contact pon adik perempuan aku dengan abah. Dan ape yang aku tahu, kakak aku dah lama tak balik rumah, bawak diri ke negara orang, dengan alasan sambung master. Abang aku pulak dah kahwin, duduk pulak jauh dari rumah mak abah aku, memang jarang lah balik. Adik lelaki dan adik perempuan aku, dua-dua dekat UIA Kuantan. Jauh jugak dengan rumah. Adik aku cakap, sebenarnya kakak dan abang aku geram dekat mak aku sebab 'buang' aku dulu.
Dan abah aku pernah cakap, kesian ma, yang kanan ibu sendiri, yang kiri anak sendiri. Bile lebihkan yang kanan, yang kiri kecik hati, bile lebihkan yang kiri, yang kanan kecik hati. Mak aku nampak rilek je, tapi mane ade mak yang tak risau pasal anak2. Tapi itu lah, aku rase ni jalan yang baik buat aku, aku buat sebab sayang, mak aku tak jadi ank derhaka, cukup lah tu.
– -cantik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
aku nak baca komen.
sedihnya kisah sis.. semoga Allah bukakan hati nenek untuk lembut sikit.. semoga Allah buka dan kuatkan hati sis untuk balik lawat mak sis..
sian gak mak sis, tapi rasanya ayat hilang 1 anak tu.. terlanjur sebut. jangan simpan ayat tu sis. sedih..
mak sis pun xde pilihan, dah cam tu perangai mak dia.
sis pun xda pilihan, tulah ibu sis..
ibu bapa kita ni, anugerah yang kita kena terima ja macam macam mana keadaannya.
balik la raya ni sis, mana tahu dapat baiki keadaan.
kalau masih sama pun keadaannya.
sekurang kurangnya sis dalam trek melakukan perkara yang betul.
saya x de kat tempat sis. saya mesti x faham sis. cuma saya yakin. saya faham perasaan menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian x berguna.
mak ada lagi tu. jangan tunggu dia xada.
maafkan mak sis. maafkan nenek sis.
semoga sis bahagia dunia akhirat.. aamiin..
papepun. sis hebat. study xde ptptn kot. hee
hebat confessor ni struggle sndri utk kmpul duet msuk U n x amek ptptn, I envy u sis, but apa² pn dlm dunia ni kta ada sorg mak ja n x da gnti, pulanglah lawat mak hg lupakan kisah lma klo bole smntara msh ada msa
Awakk student usm kan? Memanglah mak awak salah..memang 100% salah..tapikan..sekurang-kurangnya awakk Ada mak..baliklah supaya awakkk tak menangis kemudian hari sbb bazirkan masa selama 4 tahun kerana sebaris ayat..yaa sayaa tahu saya tak rasa apaa awakk rasa..tapii sayaa tak nakk awakk rasa ralat..sbb ralat tuh akann buatt kitaa lebihh kecewa..baliklahh
Fuu, ley gagah laser gak mulut nenek hg ya..nasib baik nenek ak x selaser tu..haha
Kaum mak ni, ada ego dia sndri. Kadang nmpk ja snyap tp dlm hati rindu kt anak2. Hg try la berbaik semula ngn mak hg tu.
4taun lama tu. Jgan layan sgat ego hg smpai mak hg lak nk kna pujuk balik. Try rendahkan tgok ego hg jd lagumana.
Kena ingat sama, mak ada sorang ja. Kalau dia takda, takda da mak kt dunia ni. Takda da bau mak cm hg kata tu. Tak rugi apa pun kalu hg try baik semula.
Emm..mengalah ja kut sebab hak ibu bapa atas anak2 ag besaq dari hak anak pada ibu bapa..
Cakap Kat nenek,rumah orang tua banyak kosong..nak check in ka..huhu..
Nenek dia kemain lagi. Huhu power betul
hahaha.. ayat last tu terbaikk..
Hahahahahaha
Mujur tak ckp. “Nenek nk rasa jd anal yatim piatu tak? Rumah kebajikan bnyk”
Hahah
Hahahahaha. I like ittt
Win!!!
Hahaha
Jgnle salahkan nenek dia. Slalu org tua di ambang nyanyuk ni mmg mcmtu la perangai dia. Tp mak dia ni aku xfhm betul lah haha
Padu beb. Satu like utk anda.
Cube korek balik selok belok kejadian nnek kamu tu dh knp laser semacamm je? Ase sejarah apa2 la kot msa muda dia smpai mulut jd cmti. Dok bt perangai mcm tu laa yg anak cucu geram tk mau bela tu. Org tua buat baik anak muda pon syg la aih. Ni dh perangai mcm apa lg ada larat anak2 cucu nk bertahan
Respect… tpi.. aku yakin.. jauh dalam hati Mak ko . Mak ko rindu ko.., syurga kita ada dgn Mak.. Cari lah Mak.. ko masih ada pluang.
X mcm aku..Mak dah xde..
Kdg2 ngis sendiri hanya kerana terngiang sebaris kata,
Kadang ngis sendiri hanya tebyg senyuman Mak.
Aku harap dapat pluk Mak aku walau hanya dalam mimpi
Mohon la dik. Smoga org yg kita syg hdir dlm mimpi kita. ??????
Moga2. Tq kak
Ansar :(
Apa..
Sedih.. moga mak ansar dikumpulkn gol. Org soleh…
Tq ukhti
Biarlah kita selalu kalah dgn mak kita
Sedih wei. Seriously kak, aku menangis baca cerita kau. Retak seribu hati ni bila mak cakap macam tu. Kau memang kuat kak. Dan kau beruntung ayah dan adik selalu support. Tapi aku yakin, mak kau rindu kau. Mulut je dia kata itu ini, hati dia tak. Dia ada ego jugak. Tambah-tambah bila anak-anak yang lain pun mula menjauh. Baliklah kak, peluk cium dia. Tengok keadaan dia dgn mata kepala sendiri. Kalau keadaan masih tak okay, dan nenek akak marah-marah lagi, keluar balik. But at least, sebulan sekali jenguk mak akak. All the best kak. Kau memang kuat. Massive respect! Fuh.
Dah la sedih kt atas dok baca cita dia.bc coment hang lg sedihh :(
Nak balik mcmana Nenek Nyonya Mansor dok ada
Aduh..akak sedih gak baca tapi bila baca komen nenek nonya mansor ada terus gelak..?
Ahahahha. Biarlah nenek nyonya mansur tu. Selagi mak kita ada, hargailah. Nanti dia tak ada, nangis lah sampai muntah keluar ikut mata pun tak guna dah. Salam, peluk, cium, kata-kata maaf.. Semua tu dah cukup dah. At least mak dia tahu yang dia dah terasa hati.
komen ni pun sedih gak…huwaaa
Jom nangis ramai2 guys ???
ada satu ayat mak aku yg buat aku ingat sampai skrg.. bila dia ckp dia syg anak angkat atuk aku lebih dr anak sendri. dia cakap depan aku kot. tp bila aku fikir2 rasa marah tu sbnrnya syaitan yg tiup, yg api apikan.. hakikatnya mak kita pun manusia biasa, ada masa dia tak sedar betapa besarnya kesan ayat dia tu pada anak2.. ambil pengajaran supaya kita tak buat kat anak2 kita nnti
Stay strong…may one day you have your mother love back..seek a change to meet her before it’s too late…seek for her bless…you are getting older and so is her…
Gaduh dgn mak tak akan menang sis..
Kalau nak menang jugak, mengalah lah..
anggaplah mak terlepas cakap. balik je la. xbaik anak ego dengan mak. ingatlah pangkat sape lg tinggi..
Adik… balik la. Di bulan Ramadhan yg mulia ini… ko sembah sujud pd ibu yg 1. Xde yg lain nya. Dia mgkn ada anak yg lain. Tp ko ada ibu yg lain ke? Yg lahirkan ko. Maafkan dia. Kerana dia juga ada seorng saja ibu. Tiada yg lain nya. #alfatihahutkmakdanbak #rinduygtiadapenghujungnya.
Mane bole sembah sujud kak oii
Alahai. Bkn sujud mcm org india tu. Ni bahasa bunga2.
4 tahun tu lama.. balik la jmpa parents.. mana ada mak tak sayang anak.. mungkin waktu tu mak terlalu ikutkan hati apa yg nenek ckap..
Teruskan berdoa sis..rahmat Allah tu luas.
Semoga Allah permudahkan semuanya untuk sis ☺
Dania Iwani Mohd Jafri
Nenek ko ada saka hantu le tu..perangai buruk
Setuju. Dpt hidup sng tu sbb doa mak…. Sbb mak xdpt buat apa2, terhimpit kt tgh2 jd mak dpt kirim doa je….
seyes..komen ni sy nangis..kecikkn ego..
Aku rs yg jahat bkn mak dia. Nenek dia. Hahaha. Kalau ikutkan, bapak dia ada kuasa veto. 1. Mak dia kna patuh arahan bapak dia lebih dari patuh nenek dia. 2. Arahan nenek dia tu x patuh syarie pun. Klau mak dia x patuh…x derhaka pun. Sbb bnda tu mkin pecah belahkn kluarga. Tp mgkin sbb mak dia x nk kecikkn hti nenek dia, trpaksa juga turutkn. Dik..ko maafkan je la mak ko tu. Ignore je nenek ko. Rumah tu ayah ko yg ada kuasa. Ikut la ckp ayah ko. Ko buat x dgr je klau nenek tu bebel. Ko nyanyi2. Biar dia yg sakit hati. Ahaks.
Tapi nmpk mcm nenek dia yg ada kuasa veto kt situ..huhu
Bagus sgt2 komen ni, sgt bernas. Tlgla wahai awak yg tuan pnya badan, ambikla nasihat akak ni, lembutkan hati kerana Allah, kita hanya ada 1 mak. Xtau tak masa kecik mak sgt letih jaga kita, bila da besar mak masih letih memikirkan kita, dia tersepit antara ibu dan anak dia. Kesiankankanla mak awak, berilah dia kebahagiaan dan ketenangan. Balik minta maaf dan berbaik dgn mak, ajak adik bradik smua bebaik dgn mak..hidup kita xpanjang, bila2 Allah akan tarik nyawa kita…xkanla nk tgu mak merayu minta maaf kt kita, syurga anak pada ibunya..hidup awak xkan tenang tanpa redha ibu.
Ye betul kita boleh hidup sendiri, sebab doa mak je …?
Pernah jumpa org tua camni, mmg sakit hati x boleh nak cerita. Ayat quran di mulut tapi benda2 yg kluar dari mulut dia mcm org x de iman. Yg tak pernah jumpa, mengalami boleh la cakap ignore je org tua tu. Sekalisekala boleh la ignore, ini x berenti asik potpet mana tahan. Camtu pun, confessor boleh la call mama, tanya kabar. Baby steps. Mcm dorang komen kat sini, kalau terlambat nanti menyesal x sudah.
100% setuju dgn komen ini…?
Jgn cepat mnuduh org ada saka..dosa fitnah tu lebih besar dr mmbunuh..but the rest of ur comment is indeed true..
Itu pertanyaan syg oi.. ada ‘ke’ diayatku.xmenuduh pun.yg kisah benar tu kawan baik sy sendiri ..mmbela saka/makhluk penunduk.. asal tak turut ckp dibenci mcm musuh..brg2 penunduk… smp jarang balik kg walau dekat sgt umah…yg lain satu family turut je dia..
Jika kita tdk mbetulkn salah org tua, hrp mrk tdk berakhir dg kehinaan. Menegur mrk perlu bhemah. Bila mrk tdk berubah wp sdh lanjut usia, mkin allah nak tjukkn pd ank cucu ttg mrk msa muda2 dulu. Amiklah iktibar dr silap nenek.moyang kita n jgn kita ulang kesilapan mrk. Semoga mrk pg dgn aman n mdpt keampuanan allah pd saat2 akhir usia.
Sebak…sy dpt rasa betapa sakitnya awak….tp satu je sy nak pesan…
Santunilah org tua walaupun mereka pernah menyakitkan…
Sape potong bawangg kat sebelah niii :'(
Maaf.. takut2 tak cium syurga. Pulanglah.. :(
Hebatnye struggle sorang2 kat tempat orang.. tapikan awak,sampai bile nak macam tu,, ape kate tahun ni awk balik rumah mintak maaf walaupun bukan salah awk. Mungkin tahun ni dapat rasa raya dengan family sementara mak ayah awak masih ada.mak ayah tak boleh diganti..Lupakn kisah lama, InsyaAllah tu jalan yang terbaik yg Allah takdirkan utk awak.be positive. Jangan nanti menyesal dikemudian hari..raya dengan mak ayah tak sama nilainye dengan raye tanpa dorang. :'(
Betulla tu confessor.abaikanla nenek tu..anggap je nnek awk dah nyanyuk.biasela org tua.balikla..jgn mnyesal d kmudian ari.sungguh parent ni mmg xde ganti..balik ye.eh2 angah.dgn ak skali comment jgak.heheh..arap2 cnfessor bacela..balik la neh2..ksian mak ayh ?
Satu lagi lupe nk bgtau,kejayaan awk mmpu struggle smpai harini sebenarnya berkat Doa dari dia..mak awk..dlm doa yg tak pernah lupa..takkan mak jage dari dlm perut smpai awk umur hmpir 20 an,semua ksih syg pngorbanan mk awk nk lupe hnya sebab tu..balikla.ingt la dulu2 sape msak atr p sklh jage time sakit bg mkn ubt..balik ye.arap2 cnfessor bace…ak pulak sedih.lahai
Kenapa your mother tak pujuk suruh balik? Huuu dasyatnya. Stay strong sis. Chin up. ❤
Weh, tabah gila do kau. Berjaya survive sorang sorang.
Kalau nenek dah mati. Pegi jer la balik. Mak ada satu jer kot.
@nabila
Hayati Al Humaira
Pergh. Sakit weii
Mcmna nk menyantuni nenek mcm tu? ?
Entahlah, mak kena pandai twist. Mak kena pndai main peranan, mak jugak kne tarik rambut dlm tepung, sbb tu pokok pgkl nak kawin kna ada ilmu,nnti boleh nl handle bnda gni, mak xleh cepat mlath,lgpun,syurgapmpuan terletak bwah tapk kaki suami,bkn maknye, mak kena la pandai,aduh sakit jugak klo gni dpt mak ha, hauhla
Trlajak perahu boleh diundur trlajak kata…sakitnya tuh disini di dlm hatiku ?
Biasalah org muda. Pantang dicabar. Namapun drh muda
Duit banyak tapi derhaka mak bapak takde guna gak. Nnt kau dah rasa mengandung n beranak baru teringat mak kau. Sbb tu mak kau dilema antra mak dia n kau. Psl ayat dia tu, myb dia tersilap cakap or tak jumpa ayat yg menggambarkan maksud sebenar dia. Bodoh betul kalau kau n abg kakak kau fikir yg mak kau ada niat buang kau.
Fuhh nama dah boek , tapi ayat comment engko kemain lagi ? cakap leklok pon boleh kot haha kk
Nampak kasar ayat saya tp tak semestinya takleh pakai. Kalau sentap sgt adalah something wrong.
kita xd kat tempat dia dan kita tak rasa apa yang dia rasa. jgn mudah nak bodohkn orang
Hmmm….negatif sgt pakcik yusuf nih….hadam btol2 dlu bru komen…
Hmm sy stuju. Klu dia mmg nk buang dia xtgu awk bsr pn kcik2 lg da buang. Ibu mn yg xsyg ank. Hmm
nie bukan pakcik yusof mak kpd yusof nie.. perempuan tp senang bodohkan orang.. ayat acah2 buat org sentap.. klu org sentap ada something wrong xsedar org yg xde salah pon terasa ngn ayat acah sentap awk tu kak
(Y) ada benarnya….
Awak xde dkt situasi dia.. Jgnla cakap yg kasar2.. Dia Ngah sedih tu kot.. Jgnla tambah sedih aty dia. Nanti terbalik kat ko Acik ummu.. Br ko tahu langit tinggi rendah
X baik bodohkan org. Dosa tu. Better mintak maaf. Tu hak antara sesama saudara islam. If x, pandai2 la carik confessor ni kat padang mahsyar nanti. Senang ke nak carik? Better mintak maaf. :)
Sedap nya nak kata org bodoh. Nasihat elok2, ayat lembut sikit kan lebih baik.
Xde ketaatan utk pkara maksiat. Suruh halau anak, putuskan silaturahim? Kalau xfollow ckp nenek tu pn mak tu xderhaka. Lg 1, pmpuan bila dh kahwin semua pintu syurga letak pd redha suami. Die boleh lupakan pintu syurga ibu yg tah pape tu.
Ape mslah nenek awk tu???
Kalo confessor baca komen ni,saya nak bgtau 1 saja.
Mana ada mak dlm dunia ni yg tak sayang anak. Yg nak buang anak jauh2. Yg takmau ambik peduli pasai anak. Kalo ada pun,mungkin mak tu yg tak brapa betoi.
Saya tau adik struggle utk teruskan kehidupan,tapi pernah adik terfikir tak kehidupan dan jalan yg adik lalui ini adalah berkat drpd doa seorang mak..adik tetap selamat walaupun jauh drpd mak. Adik tetap berjaya walaupun jauh drpd mak. Bukan semata2 usaha adik yg bersungguh2 utk survive hingga berjaya tetapi juga doa seorang mak sentiasa mengiringi langkah adik.. Balik la rumah berjumpa dgn mak adik. Kita ada sorg mak saja didunia ni.. Hilang depa,hilanglah 1 keberkatan doa buat kita…
Yang ni saya sangat setuju. Sy yakin mak dia tak pernah stop doa untuk anak dia ni.
Anis Shamila
Perghh..ko power..xpe..slow2 dlu..nnt rindu tu dah ckp …ko blk la..n jgn lpe btlkn niat
Speechless..sedih.
Untgnya sis ad ibu yg baik…tp ibu sis ad ibu yg kurg baik..cube byg klau sis kt tmpt ibu sis pd wktu itu..mngkin sis buat bnde yg sme…dlm pd die ‘buang’ (perasaan sis) tpi die syg…die x snggp tngk ank yg die syg kne lebih truk…sme kishnya dgn keluarga miskin yg trpaksa bgi anak mreka kpd org lain..sbb die syg la die buat cmtu…die syg ank die dn x nk tngk ank die sush mcm die…tpi kite ank ni yg selalu trslah tafsir..sbb kte blum ada anak jdi kite x dpt rasa naluri dn syg seorg ibu tu…
Klau sis nk truskan ego sis…nk tnggu ibu sis melutut dpn sis mintk maaf (walupn bnde ni x patut pun)..sy harp sis tabah untk hadpi stu kehidupan seleps ini yg mne ketika tu sis dh x punya ibu..dn sis x smpt pun nk ucp maaf pd ibu sis sblum die pergi..dn brsedia untk dilabel masyrkt sbgai ‘ank derhaka’..
https://youtu.be/I5JD3kW8Pcs last skli sis tngk la video ni…rsenya sngt sesuai dgn keaadaan sis..hebat mne pun sis dlm hidup psti ad stu perasaan yg sis cri..dn jgn smpai ayt mcm dlm video ni keluar dr mulut ibu sis
Pedih kak…pedihhh
Maknya pn keras hati. Xmau pujuk
Aku tak dpt bayangkan hidup tanpa mak abah aku. Allah… Sungguh, mereka tu Syurga kite.. xde gantinyee.. aku syg sgt mak abah aku smpai klu boleh biarlah aku yg mti dlu, sbb aku x sanggup nk tgok dorg pegi dlu. Bygkan, klu hati sorang anak blh rse cmni, apetah lg hati sorang ibu. Baliklah, peluk cium makayah kau. Hanya Allah tahu betapa besar rse cinta seorang ibu pd anaknye. Blklah. Bersihkan hati, jgn berdendam lg…
Jgn zalim dkt mak tu, tipulah kita takkan takda kecikkan hati parent, mungkin Allah uji. Nenek sis tu pun pernah jaga mak sis sampai mampu jd manusia, jd dia ada hak nak pertahankan ibu dia. Lembut kan lah hati tu
Sy x tahu nk ckp apa.terlalu sedih.ibu sis maybe seorg yg baik n pnyayang.tp keadaan yg memaksa ibu sis tpaksa ckp mcm tu.myb dy x sengaja bkata begitu.semoga sis tabah mgharungi dugaan ini.ttg nenek sis,bg sy mmg melampau!knpa perlu maki cucu smpai ugut ibu sis ank derhaka.x ke org tua tu sedar yg sis nie adlh ank kpd anknya.wanita tua yg baik x kn halau cucunya kan? Darah dagingnya sdri sepatutnya amalkn ibadah utk bklan akhirat.rmh kt pergi kubur kt mari.sedih kami dgr psl nie.pulanglah sis.peluk ibu yg melahir n membesarkn sis.maafknlah dye.ttg nenek sis.pedulikan.klu x lama skjp pun jdlah sis…wlu mcmna pun sy respek dgn sis.bijak cr duit sdri survive di luar.tentu sis seorg yg bijak n tabah.kipidap sis
Anda seorang wanita hebat dan berdikari
Terbaik sis !!
Sedihnyaa . Menangis aku baca
Perkataan “takpa lah hilang anak seorang dari hilang nenek, hilang seorang ada lagi 4”. Ya bagi saya amat pedih untuk anak terima kenyataan ini. Mak awak memang sengaja keluar perkataan bagi memudahkan awak membuat keputusan untuk pergi ke rumah mak cik awak. Dia x menangkan sapa2 dlm hal ni. Dia tersepit dan dia berserah segalanya pada Allah. Dia kena jaga nenek awak dlm pd ms yg sama dia tidak mahu awak jd derhaka hanya disebabkan mengambil hati dgn kata2 nenek. Dia tahu doa seorg ibu akan makbul. Mungkin dia selalu berdoa untuk awak. Jika dilihat awak tidak susah membuktikan Allah menjaga awak untuk dia. Jangan bersangka buruk dalam segalanya. Mana mungkin seorang ibu tidak sayang pada anaknya. Percayalah mungkin bg ibu awak itu adalah jalan penyelesaian terbaik baginya. Harap awak bleh berubah hati memaafkan dia dan awak meminta maaf darinya. Semoga bermanfaat.
betol sgt! sbb mak die terpaksa ckp cmtu utk die sng buat kputusan n kua. mak die xnk die gn nenek gaduh lg besar. ini baru mak. please please balik dan rendahkan diri utk ibu sbb ibu bkn ego tinggi tp syg ibu tu yg melangit tinggi. rendahkan hati minta maaf dgn nenek sekali dn amik hati nenek jgk. confessor akn nyesal kalu terlambat ?
Betul jugak ni. Harap confessor baca
Dengar ckp suami apabila dh berkahwin. Tanggungan dilepaskan ats suami.
Ape pelik nenek awak ni
but why mak dia tak pgi pujuk dia???sedih nya sbb nenek dia belum mninggl lagi ke?
err so sad bila mak yg ckp hilang anak sorang ada lagi 4.
sabar ye kakak
Baliklah jumpa mak even once..dia pun rindu sebenarnya..dia pun mungkin bersalah dgn kata2 nya…buruk2 mana pun kata2 dia masa tu….dia ttp mak kita..x rugi mengalah dgn dia sementara masih ada nyawa…balik lah ye adik…rasanya mak pun tersiksa rindukan anak dia…cuma dia rs bersalah dgn ketelanjuran kata2nya jd dia diamkan diri dia…baliklah sebelum semuanya jd satu saat yg dikatakan terlambat…..balik please…