Hilang seorang anak takpa, ada lagi 4.

Assalamualaikum, thanks admin sebab approve cerita ni. Firsy of all, aku seorang mahasiswi di sebuah ipta dan kedua-dua adik aku pelajar UIA.

Sejak 4 tahun lalu, aku tak pernah balik rumah. Yer. Rumah mak abah aku. Sebabnya? Aku kecewa. Kecewa dengan sikap mak aku. Walaupon abah banyak memujuk. Tapi aku menolak. Menolak dengan baik maksud aku. Sebab selama 4 tahun ni, mak x pernah panggil aku balik semula.

Kisahnya, 4 tahun lepas, aku tamat belajar dari matrikulasi, dan aku 'bercuti' di rumah sementara menunggu panggilan masuk universiti. Hanya ada aku, abah, mak, adik lelaki, adik perempuan dan nenek je kat rumah.

Masa ni, nenek aku tinggal dengan family aku (sebelum ni maklong aku yang jaga). Sebenarnya, maklong aku tak tahan dengan sikap nenek aku yang suka perli dan menghina paklong aku. Paklong aku seorang pekerja kilang simen, dan paklong aku terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan dye buta sebelah mata. So, memang keadaan maklong aku time tu susah sikit. Sebab maklong aku tak berkerja. Dan masa tu lah, nenek aku buat keputusan untuk duduk dengan mak aku.

Abah aku dari keluarga yang senang, rumah kami pon Alhamdulillah, semua cukup, boleh dikatakan selesa. Seminggu aku duduk dekat rumah, seminggu tu jugak lah nenek aku perli perli aku. Kononnya aku ni pemalas, kerja makan tidur ja, padahal mak aku sendiri pernah cakap antara kami 5 beradik, aku yang paling rajin dan teliti, mak aku tak pernah complaint kalau aku buat kerja. Banyak kali aku cakap kat mak aku, "nak rajin macam mana lagi ma?" Dan mak aku selalu cakap, "nenek kan dah tua, biasa lah tu". Mcm mak orang lain, mak aku sangat positif dan sangat susah lah nak tengok mak aku bercerita pasal org lain.

Sampailah satu hari, senja, abah dan adik lelaki dah pergi masjid. Aku pon siap siap nak berbuke (aku dan adik perempuan aku puasa hari tu). Tiba-tiba time aku tgh panaskan lauk, nenek aku cakap, buat kerja malas, membuta ja. Bangun terus makan. Aku terkejut dan terus tinggi suara pada nenek aku. Yang ni aku mengaku aku salah. Dan, of course, nenek aku melenting, lepas tu dia jerit panggil mak aku, dan nenek aku suruh mak aku halau aku keluar, kalau tak, dia anggap mak aku anak derhaka. Nenek aku cakap mak aku bodoh sebab tak bunuh aku masa aku kecik-kecik. Aku sangat marah, tergamak nenek aku cakap macam tu. Adik perempuan aku pon marah  dekat nenek aku, adik aku cakap, "kenapa nenek macam ni? Orang buat apa pon ada ja yang tak kena". Dalam keadaan marah, kami masuk bilik, dalam 15 minit macam tu, mak aku masuk bilik aku, dia bagi RM200. Dia mintak tolong aku pergi rumah makcik aku, tumpang sementara waktu.

Ya Allah, masa tu Allah ja tahu perasaan aku, kecewa, kecewa sebab mak aku mudah sangat dengar cakap nenek aku. Sebagai anak, aku nak jugak mak aku pertahan kan aku. Tapi, mak aku tak nak jadi anak derhaka, dia turutkan jugak kehendak nenek aku.

Aku tak mampu nak cakap apa-apa. Adik perempuan aku cakap dengan mak aku, "ma sanggup kan buang anak ma tanpa selidik dulu." Dan jawapan mak aku, sangat-sangat buat aku rase lost, sampai hari ni, "takpa lah hilang anak seorang dari hilang nenek, hilang seorang ada lagi 4". Masa tu aku tak pikir ape dah. Mungkin ade salah silap aku yang mak aku pendam selame ni sampaikan dia boleh cakap macam tu. Malam tu jugak, aku kemas baju, jalan kaki p stesen bas, aku tak p rumah makcik aku, tapi aku pergi Penang. Aku tumpang rumah kawan aku, aku mintak kerja kilang, lepastu aku duduk pula dekat hostel kilang, tapi tahu ja lah, hostel kilang macam mana. Bahaya.

Lama aku kerja, bulan puasa pon aku kerja, raya pon aku kerja. Time tu aku fikir nak cari duit untuk masuk universiti. Aku dapat masuk ipta di utara Malaysia. Aku call rumah, adik aku jawab, dan aku tanya sama ada surat tawaran official dah sampai ke. Aku mintak tolong dye pos ke alamat kawan aku. Tapi dia tak pos, dia p rumah kawan aku dengan ayah aku. Masa tu aku tengah kerja lagi. Kawan aku cakap aku kerja kat mana dan duduk hostel kilang. Masa tu pertama kali aku jumpa balik abah aku, adik aku. Memang sebelum ni depa dah cari aku, tapi aku tukar number. Aku pilih jalan untuk lari.

Mula lah sesi pujuk memujuk. Aku menolak, kecewa, aku tawar hati, malas nak pikir2, aku buat keputusan, selagi mak aku tak panggil balik, selagi tu aku akan macam ni. Aku tahu mak aku seorang yang baik, sempurna bagi aku, tapi aku rase tak dihargai bile mak aku cakap, "hilang anak sorang ade lagi 4 orang."

Satu perasaan yang sangat2 sakit, perit, hari pendaftaran masuk universiti, aku pergi sorang sorang, aku uruskan semuanya sendiri. Sejak masuk universiti, aku berhenti kerja kilang, Desa ni dah jadi rumah aku, bertahun aku duduk sini, aku buat kerja part time untuk cari duit. Aku juga meniaga online nak tambah pendapatan sikit. Iye lah, internet free, hehe. Terus terang aku cakap, aku earn more than enough sampai boleh saving sebulan RM600 lah. Dan aku tak ambil PTPTN. Untuk adik adik yang tengah belajar, tapi duit tak cukup, try lah meniaga online, insyaAllah ade rezeki kamu. (Abah aku ade bankin duit tiap-tiap bln tapi aku kerja jugak untuk persediaan aku masa depan)

Tapi, ni tahun akhir aku, lepas ni tak tahu nak duduk mana pulak. Sayang rasa nak tinggal 'rumah' ni. Tempat aku berteduh, susah senang aku dekat sini. Puasa kat sini, raya dekat sini. Meriah beb. Penuh masjid time semayang raya. Tapi bile dah dewasa mcm ni, rindu dekat family, rindu dekat mak. Rindu dekat bau mak. Mak-mak ade satu bau yang wangi kan bila kita peluk cium dia.

Aku tak banyak berhubung dengan family aku. Yang aku selalu contact pon adik perempuan aku dengan abah. Dan ape yang aku tahu, kakak aku dah lama tak balik rumah, bawak diri ke negara orang, dengan alasan sambung master. Abang aku pulak dah kahwin, duduk pulak jauh dari rumah mak abah aku, memang jarang lah balik. Adik lelaki dan adik perempuan aku, dua-dua dekat UIA Kuantan. Jauh jugak dengan rumah. Adik aku cakap, sebenarnya kakak dan abang aku geram dekat mak aku sebab 'buang' aku dulu.

Dan abah aku pernah cakap, kesian ma, yang kanan ibu sendiri, yang kiri anak sendiri. Bile lebihkan yang kanan, yang kiri kecik hati, bile lebihkan yang kiri, yang kanan kecik hati. Mak aku nampak rilek je, tapi mane ade mak yang tak risau pasal anak2. Tapi itu lah, aku rase ni jalan yang baik buat aku, aku buat sebab sayang, mak aku tak jadi ank derhaka, cukup lah tu. 

– -cantik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

337 Comments

  1. baliklah.. kamu xtahu mak kamu sampai bila boleh tanggung sakitnye berjauhan dgn anak. mungkin masa mak kamu ckp mcm tu sbenarnya mak kamu sakit hati dgn nenek kamu tu. “rilek” diluar. dlm hati dia kita xtahu. ayah kamu pula jd mangsa keadaan. rindukan kamu. tapi dlm masa y sama adik beradik kamu pulak menjauhkan diri… baliklah. seronok rasa berkeluarga ni.. berkumpul adik beradik.. sifat nenek2 memang ade ragam. sbb smpai satu tahap fikiran dia akn kembali jd budak2. anggap shj itu ujian kpd family kamu.. wallahualam..

  2. Hanya yang pernah lalui nya saja akan rasa pedih duka laranya hati..apapun pujuk lh hati utk memaafkan n fikir positive..air di cincang xkan putus..

  3. Aku tabik spring kat kau sis dapat hidup walaupun banyak susah. Tapi aku rasa mesti mak kau banyak doa dalam solat dia untuk kesejahtetaan hidup kau. Btw, kau tunggu nenek kau meninggal dulu baru balik

  4. Sedih, tp mengalah je la. Xdenye mak tu jd anak derhaka klu xikut ckp nenek tu. Syurga mak awak skrg kat abah awak pulak. Jgn smp krn xnk mengalah esok2 th2 mak tu dh xda… Menangis meraung pun dh xguna

  5. Ee neneknyaaaaa, geram kita.. Semua salahh, hahaa..
    Mak aku kalau dengan cucu, pijak semut pun tak mati
    Punya la sayang cucu…
    Awak, baliklahhh… Takda ibu yg tak sayangkan anak, ibu awak mungkin tersepit waktu.. Mana nak pikir, derhaka nya dia pada nenek awak dengan derhaka nya awak pada dia nanti.. Stay strong, balik.. Jumpa ibu awak, contact family abg3 and kakak.. Kesian ibu, sebab nenek habis anak3 tinggalkan dia.. Mana ada ibu yg tak sedih, balik yea awak

  6. buang2 lha ego tu ..blik lha ruma ,baik buruk tetap ibu kta ,,syurga pn d bwah tapak kaki ibu ,,bayangkn 9bulan pngorbanan seorang ibu untk bwa kau kedunia ne ..fikir sblm tlmbt ..skadar pndangan ,sya pn bknya org baik pun. ..

  7. Dia tnggjwb ayah awk….bkn nenek dh…trharu sy baca…sptutnya biarlah nenek awk nk ckp pe…sy prnh jmpa mcm ni…xkan kemana mrh dia..sb dia perlu tmpt brgntung..lgpun y suka melatah ni..dia main lepas je.xnk mngalah….last dduk tangtu jgak…sabar ye…allah brsama org y bnar dan sabar…

  8. cukup la 3 4 tahun merantau menjauhkan diri. go home. da nak raya ni. kita tak tahu berapa lagi masa yang kita ada sebelum orang tua itu menutup mata. mungkin bukan si ibu saja yang rasa sesal, si nenek juga… tapi diorg sama-sama tak luahkan… mungkin… who knows.

  9. Memang pedih apabila seorang ibu keluar perkataan spt itu. Moga Allah permudahkan urusan sis. Teringat satu kuliah Habib Ali Zainal, beliau kata tanggungjawab anak terhadap ibu bapa bukan sbb balas jasa ibu bapa, tapi adalah PERINTAH ALLAH. Jika ibu bapa tak bertanggungjawab pd anak, itu urusan ibu bapa dan Allah, kita tiada hak utk menghukum. Ini link videonya, moga Allah bukakan kedua-dua hati utk bertemu dan bermaafan. :)

    https://www.youtube.com/watch?v=ZkcX8RPZCR0&index=4&list=PUEieK_OR_8B1lSgYekIqzew

  10. Balik sis..takut xsempat..
    Btw Sis mmg kuat.. mak sis trpaksa ckp cmtu.. caya r.. maafkan mak sis.. bg mengelak mak sis jd anak derhaka ..baik sis jumpe mak sis.. jauh dari nenek..
    Moga Allah gerakkan hati kalian brdua..

  11. Baliklah jumpa ibu. Sebagai seorang ibu saya tahu bagaimana rasanya apabila kita tersepit antara ibu dsn anak. Rindu ibu kepada anak sangat memedihkan. Ibu pendam semua ini hanya Allah saja yg tahu. Selagi ada ibu baliklah jumpa dia sebelum terlambat mintalah ampun padanya.

  12. percayalah(jgn ckp saya kurg ajar ea),lpas nenek awk pergi..in shaa allah dia akn cari awk.
    awk..dia serba slh tu..dia xnk jd ank drhaka,,dia knal benar mak dia and awk..doa byk2 OK….

  13. Balik lah. Lama sangat tu ada dekat luar. Pedulikan nenek tu. Dia dah tua dah pun. Tak lama lagi tamatlah riwayat dia. Percaya lah kalau kau balik nanti mesti mak kau sangat2 gembira.

  14. Sedari ni bkn xnk balik cume mak dy xbenarkn dy balik lg.. kang mak dy ajak balik kerumah nti nenek dy kata derhaka kt dy plak.. mak dy xleh nk bt ap2 sbb trsepit antara anak dan mak sdiri.. papepun bertabahlah sedari

  15. lebih kurang kisah saya, sy da lebih 5 tahun da xbalik rumah, semua sbb nenek saya, saya ni ayah org johor, mak org sarawak, nenek sy yg sarawak ni mmg xsuka dgn ayah sy, dan dia xsuka sy dan adik beradik sy, tp yg pelik tu bila time susah cari ayah saya, ayah sy lembut sgt, tolongla kan, xckp lg masa SPM try nk sabotaj saya dgn call polis, srh tgkp sy dkt rumah, tuduh sy bunuh org, polis dtg ambush rumah masa sy study, tgk, xde pape, huh… pnjg n byk lg cite, nsb baik lpas tu dpt smbg blaja uia, sejak dr tu x balik sarawak lg, klau nk jumpa adik2 dkt KL or Johor je, dyeorg dtg cni, yg family belah mak sy cut ties trus, xnak gaduh2 kesian mak, sekarang ni tgh dlm usaha nk bawak family balik semenanjung, doakan guys… utk confessor, jaga diri2 elok, jaga adik beradik, hati2 dgn org2 tua ni, dyeorg xsuka mmg smpai mati, so kalau dpt elakkn, elakkan drpd jumpa mereka

  16. Soalan, nenek sis cantik still hidup ke? Alah sis gasak je balik umah, robohkan ego sikit demi ibu, dah banyak bazir masa tak spent time together dengan family. Walau mcm mne salah, walau mcm mne teruk mak kite dia tetap mak kite. Kite tatahu berapa lama lagi mak kite hidup. Balik nie kejar la pahala n redha mak. Sekian

  17. Kepada confessor, ak rse kau kene tgk doh iklan samsung. Tak balik sampai 4 tahun xpe beb….atleast contact la emak kau. Ak harap cerita ini sekadar novel….

  18. Yg suruh balik rumah semula ni xfaham cerita ke apa. Die sedang menyelamatkan mak dia dari jadi anak derhaka. Ibarat luah mati mak. Telan mti bapak. Dia balik rumah pastu nenek die sumpah mak die derhaka. Kau org tahu? Mak dia terpaksa tahan rindu. Mungkin ada confesor ni xcerita. Im wondering. Mak kau mesti ada cuba contac kau.

    • tiada ketaatan dlm maksiat.. bila mak dah suruh kita abaikan tanggungjawab, tu bukan lagi benda yg perlu diturut dan tak derhaka pon bila tak ikut

    • Itu lah yg aq pikir… sbb aq paham bila dlm situasi ada org mcm nenek dia dlm famili… xkan nak tolak nenek die… jd yg muda kne la mgalah…

  19. Nenek dia ni jeles kot sbb dia cantik.. Sbb tu dia sakit hati.. Tiapkali tanya kt cermin, cermin tu ckp cik confessor ni yg paling cantik.. Tu yg bernanah je hati nenek dia…Huhuhu

  20. Tapi kalau aku mak ckp mcmtu mmg aku pon xkan balik ibarat mmg xwujud. Xpela allah tu ada berdoa je. Syurga neraka allah tentukan. Kalau ibu itu syurga ptt die jaga anak2 syurga ptt tunjuk jln ke syurga tp die xbetul. Hukum sebelum selidik baik ke? Tapi sis aku sokong ko. Salute ko.

  21. My heart broke into pieces reading this. You’re a strong woman. I hope and pray that Allah protects you wherever you go. May you find happiness in the future.

  22. So, dalam cerita ni, watak antagonist adalah nenek dia. Tapi apehal mak dia boleh cakap macam tu? Sabar je la sis. Buruk baik pun tetap mak kita. Kalau dah tawar hati pun duduk je jejauh.

  23. Wahhh amazing spirit. I think nenek kau ada bela saka kot. Mulut kemain laser. Haha. I have no comment about your mom. Tapi seharusnya seorang ibu tak patot cakap camtu. Seharusnya dia ingat masa sakit mengandung,sakit bersalin dulu tu. Semoga dengan keberkatan bulan mulia ini,I hope things change for the better.

    • Pkir sensitip dia jer. Huhu x dpt imejin klau aku kt tmpt konpesor. Mau merempat tepi jln. Ehhh. Merempat apanya. Kau kn ade. Aku tumpang la uma kau. Hahaha

    • Ahhahaha tak2. Kau aku pungut letak kat high sch. Ade rumah perlindungan dkt bwh high sch tu. Kekek, tp tp wei. Mak konpesor ni mesti syg kt ank dia kan wei. Kalo tgk dr di cte yg mak dia selalu puji dia rajin pehtuu mak dia taknak tambah gaduh+ayt yg mykitkn dr nenek dia sbb tu mak dia suh g umah makcik dia kejap. Yg silapnya, mak dia silap ekspresi kn ayt keramat tu.

    • Hahahahaha baik aku dok asrama high sch je. Hmmm betul jgk. Silap dia la ckp cmtu. Tpi kalau ye pun beragak lahh. Dgn anak kot. Xde ke wasep2 tny kbr. Huhu sedihhhh

    • Herm btl gak en. Wasep ke, ke mak dia malu lps ckp cmtu. Hehehe entah la , smoga diorg sempat berbaik bjumpe. Aimi, da tua jgn buat pangai nenek tak senonoh k. Ahhahahaha

  24. I feel u sista. Tp before keluarga brpecah belah…ktaorg anta nenek ke tmpat spatutnye…tp ktaorg slalu je mlwt…mmg la nk kene hormat org tua…tp kene ajar (“nasihat”) jgak dyorg neh sket. Bajet awal sgt mkn garam thu sume bnda.

    • Kannn. Pulang ke jadah. Pulang after nenek mnggal xpe r. Tp slalu org tua cmneh umo pnjang. Jgn mak yg pegi dlu dr nenek sudah lah. Ayah kenelah brbuat sesuatu, ade hak sbgi ktua kluarga kot. Touching dow mak utamakn nenek. Dlm sstgh hal boleh la brsabar. Neh smpi anak dibuangkan. Faham sesangat prasaan tu. Demit. Im so emotional @.@

    • Yaaa..betul!!! Ayah sbagai ketua kluarga kna buat sesuatu..lagipun rumah yg depa duduk tu bkan harta nenek dia..nenek dia just menumpang,org luar..ayah kena pertahankan anak2 dan mak dia kena main peranan sebab mak dia pun tanggungjawab ayah,bukan nenek ? Hanya org yg merasa saja yg akan tau azabnya nenek dok sekali..arwah tok aku mai rumah,buat taik pun kena sound dgn ayah aku sebab x suka mak aku..nenek oh nenek ?

  25. Hm. Kalau ikut dlm hal ni. Ayah kena main peranan kut. Sbb mak kena ikut ckp suami lebih dpd mak dia sendiri. Masa ni la ayh kena guna kuasa veto dia. Mungkin boleh pujuk ckp elok2 dgn mak utk panggil awk balik. Betul lah mak awk mungkin dilema antra mak dgn ank dia. Awk pun mngkin fkir lg elok awk x balik sbb taknak mak awk derhaka dgn nenek. Tp kalau ayh awk take action, tegas dlm hal ni. Your mum kena ikut. Sbb syurga dia ada dkt ayh awk. Kakak dgn abg pun kna main peranan jgk. Kalau menjauh mcm mana perasaan mak tu nanti. Bwk2 la balik dan pujuk mak. Apa2 pun semoga awk dgn mak awk cpt berbaik di bulan yg mulia ni. Amiin.

  26. Balik lah awak. Jenguk sekejap2 pn xapa lah. Lama dh tu bwk diri. Nnt bila mak dh xde, tkut seumur hidup menyesal. Yg lepas tu, try maafkn. Klu nenek masih ada. Xpyh tgok muka dia lah. Dtg tgok mak je. Tu yg penting :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *