Assalamualaikum, thanks admin sebab approve cerita ni. Firsy of all, aku seorang mahasiswi di sebuah ipta dan kedua-dua adik aku pelajar UIA.
Sejak 4 tahun lalu, aku tak pernah balik rumah. Yer. Rumah mak abah aku. Sebabnya? Aku kecewa. Kecewa dengan sikap mak aku. Walaupon abah banyak memujuk. Tapi aku menolak. Menolak dengan baik maksud aku. Sebab selama 4 tahun ni, mak x pernah panggil aku balik semula.
Kisahnya, 4 tahun lepas, aku tamat belajar dari matrikulasi, dan aku 'bercuti' di rumah sementara menunggu panggilan masuk universiti. Hanya ada aku, abah, mak, adik lelaki, adik perempuan dan nenek je kat rumah.
Masa ni, nenek aku tinggal dengan family aku (sebelum ni maklong aku yang jaga). Sebenarnya, maklong aku tak tahan dengan sikap nenek aku yang suka perli dan menghina paklong aku. Paklong aku seorang pekerja kilang simen, dan paklong aku terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan dye buta sebelah mata. So, memang keadaan maklong aku time tu susah sikit. Sebab maklong aku tak berkerja. Dan masa tu lah, nenek aku buat keputusan untuk duduk dengan mak aku.
Abah aku dari keluarga yang senang, rumah kami pon Alhamdulillah, semua cukup, boleh dikatakan selesa. Seminggu aku duduk dekat rumah, seminggu tu jugak lah nenek aku perli perli aku. Kononnya aku ni pemalas, kerja makan tidur ja, padahal mak aku sendiri pernah cakap antara kami 5 beradik, aku yang paling rajin dan teliti, mak aku tak pernah complaint kalau aku buat kerja. Banyak kali aku cakap kat mak aku, "nak rajin macam mana lagi ma?" Dan mak aku selalu cakap, "nenek kan dah tua, biasa lah tu". Mcm mak orang lain, mak aku sangat positif dan sangat susah lah nak tengok mak aku bercerita pasal org lain.
Sampailah satu hari, senja, abah dan adik lelaki dah pergi masjid. Aku pon siap siap nak berbuke (aku dan adik perempuan aku puasa hari tu). Tiba-tiba time aku tgh panaskan lauk, nenek aku cakap, buat kerja malas, membuta ja. Bangun terus makan. Aku terkejut dan terus tinggi suara pada nenek aku. Yang ni aku mengaku aku salah. Dan, of course, nenek aku melenting, lepas tu dia jerit panggil mak aku, dan nenek aku suruh mak aku halau aku keluar, kalau tak, dia anggap mak aku anak derhaka. Nenek aku cakap mak aku bodoh sebab tak bunuh aku masa aku kecik-kecik. Aku sangat marah, tergamak nenek aku cakap macam tu. Adik perempuan aku pon marah dekat nenek aku, adik aku cakap, "kenapa nenek macam ni? Orang buat apa pon ada ja yang tak kena". Dalam keadaan marah, kami masuk bilik, dalam 15 minit macam tu, mak aku masuk bilik aku, dia bagi RM200. Dia mintak tolong aku pergi rumah makcik aku, tumpang sementara waktu.
Ya Allah, masa tu Allah ja tahu perasaan aku, kecewa, kecewa sebab mak aku mudah sangat dengar cakap nenek aku. Sebagai anak, aku nak jugak mak aku pertahan kan aku. Tapi, mak aku tak nak jadi anak derhaka, dia turutkan jugak kehendak nenek aku.
Aku tak mampu nak cakap apa-apa. Adik perempuan aku cakap dengan mak aku, "ma sanggup kan buang anak ma tanpa selidik dulu." Dan jawapan mak aku, sangat-sangat buat aku rase lost, sampai hari ni, "takpa lah hilang anak seorang dari hilang nenek, hilang seorang ada lagi 4". Masa tu aku tak pikir ape dah. Mungkin ade salah silap aku yang mak aku pendam selame ni sampaikan dia boleh cakap macam tu. Malam tu jugak, aku kemas baju, jalan kaki p stesen bas, aku tak p rumah makcik aku, tapi aku pergi Penang. Aku tumpang rumah kawan aku, aku mintak kerja kilang, lepastu aku duduk pula dekat hostel kilang, tapi tahu ja lah, hostel kilang macam mana. Bahaya.
Lama aku kerja, bulan puasa pon aku kerja, raya pon aku kerja. Time tu aku fikir nak cari duit untuk masuk universiti. Aku dapat masuk ipta di utara Malaysia. Aku call rumah, adik aku jawab, dan aku tanya sama ada surat tawaran official dah sampai ke. Aku mintak tolong dye pos ke alamat kawan aku. Tapi dia tak pos, dia p rumah kawan aku dengan ayah aku. Masa tu aku tengah kerja lagi. Kawan aku cakap aku kerja kat mana dan duduk hostel kilang. Masa tu pertama kali aku jumpa balik abah aku, adik aku. Memang sebelum ni depa dah cari aku, tapi aku tukar number. Aku pilih jalan untuk lari.
Mula lah sesi pujuk memujuk. Aku menolak, kecewa, aku tawar hati, malas nak pikir2, aku buat keputusan, selagi mak aku tak panggil balik, selagi tu aku akan macam ni. Aku tahu mak aku seorang yang baik, sempurna bagi aku, tapi aku rase tak dihargai bile mak aku cakap, "hilang anak sorang ade lagi 4 orang."
Satu perasaan yang sangat2 sakit, perit, hari pendaftaran masuk universiti, aku pergi sorang sorang, aku uruskan semuanya sendiri. Sejak masuk universiti, aku berhenti kerja kilang, Desa ni dah jadi rumah aku, bertahun aku duduk sini, aku buat kerja part time untuk cari duit. Aku juga meniaga online nak tambah pendapatan sikit. Iye lah, internet free, hehe. Terus terang aku cakap, aku earn more than enough sampai boleh saving sebulan RM600 lah. Dan aku tak ambil PTPTN. Untuk adik adik yang tengah belajar, tapi duit tak cukup, try lah meniaga online, insyaAllah ade rezeki kamu. (Abah aku ade bankin duit tiap-tiap bln tapi aku kerja jugak untuk persediaan aku masa depan)
Tapi, ni tahun akhir aku, lepas ni tak tahu nak duduk mana pulak. Sayang rasa nak tinggal 'rumah' ni. Tempat aku berteduh, susah senang aku dekat sini. Puasa kat sini, raya dekat sini. Meriah beb. Penuh masjid time semayang raya. Tapi bile dah dewasa mcm ni, rindu dekat family, rindu dekat mak. Rindu dekat bau mak. Mak-mak ade satu bau yang wangi kan bila kita peluk cium dia.
Aku tak banyak berhubung dengan family aku. Yang aku selalu contact pon adik perempuan aku dengan abah. Dan ape yang aku tahu, kakak aku dah lama tak balik rumah, bawak diri ke negara orang, dengan alasan sambung master. Abang aku pulak dah kahwin, duduk pulak jauh dari rumah mak abah aku, memang jarang lah balik. Adik lelaki dan adik perempuan aku, dua-dua dekat UIA Kuantan. Jauh jugak dengan rumah. Adik aku cakap, sebenarnya kakak dan abang aku geram dekat mak aku sebab 'buang' aku dulu.
Dan abah aku pernah cakap, kesian ma, yang kanan ibu sendiri, yang kiri anak sendiri. Bile lebihkan yang kanan, yang kiri kecik hati, bile lebihkan yang kiri, yang kanan kecik hati. Mak aku nampak rilek je, tapi mane ade mak yang tak risau pasal anak2. Tapi itu lah, aku rase ni jalan yang baik buat aku, aku buat sebab sayang, mak aku tak jadi ank derhaka, cukup lah tu.
– -cantik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
cer wasap mak, tanya “mak taknak mintak maaf dgn org ke?”
Hehe comel je soalan :)
Rasanya Mak awak x jadi anak derhaka pun kalo dia x ikut ckp nenek awak tu. Sbb nenek awak bukan suruh dia buat benda yg baik pon. So x ikut pun xpe la. Tp bnda dah jadi..nk wat cane. Ermm
Nenek meroyan.
Mak dia pun..x mngagak langsung..haish,sah nenek dia ada bela jin saka Tapi mak dia buat mcm tu sebab x mau anak..tapi apasal la mak dia langsung x tahan? Anak dgn mak kan sama2 amanah..sampai hati ckap ada anak yg lain,biar hilang sorg,ada lagi 4..last sekali,semua pergi jauh baru tau kot
Semoga Allah lindungi awak
Kami ade jgk macam ni… orang dah tua cakap bukan2… tapi kiteorng buat bodoh je bila dia cakap macam tu… mak ayah,pak cik n mak cik yg jage dia buat2 tak denga…
Pertama kali dalam hidup, saya menangis baca konfesion org.
Awak, awak pegang kata2 ibu awak.
Tapi awak lupa nk faham mksd yg dia smpaikan.
awak marah mcm mna pun awak tanya balik diri awak. Sampai bila nak bela ego sndiri smpaikan awak ltak harapan, awak rendahkan nilai seorang ibu utk tunduk dgn kemahuan awak. Saya xkata awak salah. Tapi awak fikir sndiri taraf seorang anak yang nakkan ibu dia sendiri datang pujuk mintak maaf. Pujuk suruh pulang. Ibu yang sama yang mengandungkan awak sembilan bulan, besarkan, tunduk & turut dgn kmahuan awak sjak lahir, sayang awak, tatang awak dr kecil. Tapi satu ‘kesilapan’ yg dia buat pada awak dgn PATUH pada permintaan emak dia, syurga dia. Awak sanggup tinggalkan Syurga awak. Satu kesalahan itu yg buat awak terluka. Sampaikan awak lupa yg sblum ni, dia lah penawar, dialah penyejuk, dia lah ibu yg menenangkan awak.
Cuba renung balik, selama awak jauh dari rumah, dari keluarga, jauh dari ibu awak, pernah x awak terfikir dari mana datang kbrkatan & kelancaran perjalanan hidup awak.
Jangan terlalu menurut hati, awak. Baliklah. Awak masih punya ibu utk berbakti. Awak masih ada ibu utk dipeluk, utk dicium. Jangan sampai saat Allah ambil ibu awak, sampai masa Allah tarik ‘keberkatan’ dari hidup awak. Bila sampai satu waktu awak sedar, doa ibu awak yg slama ni xprnah putus utk awak yg mendoakan ksjhteraan awak, awak mungkin menyesal sbb pernah mrajuk dan berkecil hati dgn ibu awak.
Konfesor, sy doakan Allah lembutkan hati awak utk pulang, moga Allah lembutkan hati awak utk hubungi ibu awak.
Jangan bertangguh, sebab saya tahu awak rindu ibu awak. Sangat. sakit menanggung rindu memang berat. Tapi rindu awak masih berpeluang utk dibalas, diluahkan. janganlah awak ikutkan prasaan awak. Sakit rindu
pada yg dah tiada lebih pedih, akan lebih pedih dari apa yg awak rasakan skrg. Percaya la. Sebab sakit rindu tu yg saya rasakan setiap masa saat Allah ambil emak saya. Saya xnak awak rasa prasaan yang sama. Baliklah awak.
Ak x faham, macam mana mau balik kalau mak sendiri tak ajak balik?
setuju sgttt dengan yg ni??
Sis, ni pendapat saya. Untuk kes nenek dan mama awak, bila mana ibu menyuruh ke arah keburukan, tak derhaka anak kalau x ikut. Mak awak x derhaka kalau x halau awak dan x derhaka kalau awak balik. Jadi kalau awak balik, buat grand entrance balik lalu depan nenek buat selamba badak. Lagipun, awak anak ayah awak dimana dia ketua keluarga. Ketua keluarga bukan nenek atau mak. Bila bapa mengajak ke arah kebaikan, sebagai contoh pulang semula ke rumah dan berbaik tapi taknak buat, baru salah.
Sampai hati kau memilih ego sendiri berbanding redha mak kau?
Adeh kena betul2 buat pekak bab ni huhuhu
Apa punyek nenek dah…. tekanan perasaan lah tu… balik lah kt mak… kalau x pown call…. dia rindu hg tu
Maybe boleh buat cmni kot(lps hbis study la kot), contact mak senyap senyap (mintak la ngan abah akak). Minta maaf ngan mak n minta restu nk blik /boleh set date jmpe memane.. (cadangan)
Dah la merajuk dengan mak.. Selagi kita hidup ni.. Selagi mak ada.. Jaga la elok2. Kesian mak …
Nurul Najwa nsb baik nnek kite bkn mcm ni.
Baliklah sebelum terlambat…
kalu nenek tu belah mak,,xikut ckp dy xpe kn? syurga istri kn bwh tpk kki suami,,pastu mak blah suami,,ke camne? ayah pun sepatutnya nasihat mak dy,n mak dy prlu dgr kn? kalau slh betuikan la..
Agak2nya nenek awk hdup lagi tak. Apa mslah dia??????????
Nenek2 memang ada yg jenis camtu walaupun belum nyanyuk lagi..mulut jenis nak melaser tak tentu pasal..biarkan aje lah..takdenya jatuh derhaka kalau si ibu suruh buat perkara yg tak betul..tak dapat balik rumah pun at least call lah mak awak..
wajib taat pada ibu bapa kecuali perkara yg bertentangan dgn agama.sy rasa suruhan nenek awk utk buang awk tu bertentangan dgn agama.Islam tak ajar mcm tu.mak awak tak perlu turutkan suruhan yang itu.
sebagai anak awk ade hak. so awk pi je balik rumah jumpa mak awak mcm biasa.maafkan la kata2 mak tu.kalau nenek tu ada lagi abaikan je kalau dia marah2 awak pi la keluar rumah ke masuk bilik ke main hp ke asalkan jgn layan dia
Nenek dia dah nyanyok kot. Over betul smua benda x kena. Jgn masuk cmpur hal family anak2 walau kau dh jd nenek unless smpai tahap kritikal barulah nenek tu msuk cmpur. Nenek aku dulu xprnh masuk cmpur. Dia akan ckp “haippp. Mak tu kakak. Jgn lawan.” Dia tegur lembut je.
Nenek dia ni kira untung si anak2 nk jaga lg kalau x tahan mmg kena tolak masuk rmh org2 tua.
Tp apa pun tabahnya si anak muda ni dan aku mmg respect bro. Aku doakan kau hidup senang lps ni
Sedihnya citer ni.kalau aku pon aku akn buat bende yg sama.selagi mak tak pujuk blk sendiri,slagi tu takkan blk.ego kene jaga beb. tp org kata kalau keras pon bukan kita yg untung.
Balik la confessor. Kau x tahu lagi mcm mana rase hilang Mk or ayah. Aku dh rase. Perit tau bila rindu org yg dh xde lebih2 lagi Mk atau ayah. Balik la… Smentara Mk masih ada. Buruk macam mana pon itu Mk kau. IBU yg lahirkan kau dlu. Jgn dgn 1 ayat tu kau menyesal smpai bila2. Mk kita baru buat kita skali, tapi maybe dlm x sedar kita dh byk Kali buat kecik hati Mk. Balik jela..
Patut nya buang yang nenek tu. Perempuan selepas kahwin syurga bwh kaki suami bukan mak.
:: teruknya perangai nenek..haha…mak nye pon..sggup buang anak…perempuan plak tuh yea…sabarlah..ada hikmah..
keberkatan dtg dari mak ayah kita…so baik ko blik la dik jenguk mak ko….jgn ikotkan rajuk hati sgt….mak kita ni x pernah salah….dia pun tersepit masa buat keputusan tu….jgn seksa ibu ko lg…jgn sampai dia da xda baru nak myesal tak sudah…xda ruginya klu ko balik pada mak ko…malah hati ko akan lbh tenang..In Sha Allah…doa pada Allah bnyk2
Confessor, tolong bg tips camne nk niaga online. Sampai kamu bole survive tanpa ambil ptptn.
Ambo try jual gak tp x jalan pun…
Mak xde dekat dgn awk. Tp faktor awak berjaya survive adalah dari doa mak. Jauh dlm hati sure mak tkilan, tp saya faham dia doa sungguh2 utk awak.
Mak awak sangat baik. Tapi kenapa awak tak ikut spt perangai dia?…
Dia berkorban utk mak dia.. dan apa salahnya awk berkorban utk dia?…
Percayalah, kalau awk rs terluka. Mak awk lebih lagi.
Jgn menyesal jika awk tksempat jumpa dia kelak…
Syurga kita di bawah kaki mak kita. Bukan di bawah kaki sdiri.
Satu keluarga tu sbnrnya yg kene memainkan peranan. Bukan nasihat anak je, patut nasihat ibu jgk utk panggil dia balik. Kalau i kene mcm tu, sorry, i pun takkan balik. Kene halau kot. Sepatutnya family dia bersatu dan selesaikan masalah ini, bukan biar confessor menderita sorg2. Nasib baik family aku bukan mcm ni
Honestly said, try ask ur parents to consult ustaz or other people yg lebih thu tntg hukum hakam.. Mak awk tu istri org..derhaka pde ibu atau tidak, kena tngok prkara..nnek sye prnh tngl dgn mak sye n sye dh dkat 5 thun xde ayh, honestly mmg sakit jgk hati even nnek sye xdelh smpai thap mcm confessor tp prnh ad thap hati nie xrse nk balik umah sbb dia but bila fikir smule MAK sye ad kat situ..mne sye nk cri gnti kalo hny sbb bnde kecik sye akn mnyesal and mak sye slalu ckp mngkin stu hri nnt kali dia dh setua nnek sye dia akn mcm tu jgk.. So confessor, bad or good, thats is ur mom..she love the one who going through pain n hardship for her..so pk smule kalo rse xnk balik..cbe ckp elok2 dgn mak awk..awk xthu ap yg dia dh lalui
Baliklah jmp Mak. Sblm dia pergi atau kita yg pergi buat selamanya. Mmg perit. Tp percayalah Allah akan mmembalas setiap kebaikn
Suatu hr bile kita jd Ibu,br kita betul2 menyelami perasaan dan pengirbanan seorg ibu
Eh btul. Org tua2 mmg gitu. Nyanyuk & bad temper. Kawan hakak dulu, 2 beradik je. Lelaki n pompuan. Yg lelaki ni nenek dia ckup syg. Yg pompuan ni..hari2 makan maki. Smpi pernah kitorang gi study group kena halau dgn nenek dia. Tapi kes ko ni dik..nenek ko mmg melampau.
Nenek sihir tu
Safinah Said baca ni.huhuhu kesian pun ada…
Bukan patutnya taat pada suaminya, bukan lagi pada ibunya.? Sebab si ibunya sudah bersuami.
Dia xmngkan sapa2 tu..asbab nk jaga hati nenek tu, kna buat gitu..entahla…last2 semua anak jauh…’hilang’ semuanya jugak..
Kan mak dia kata, baik hilang anak seorg dari jadi hilang nenek and jadi anak dehaka… sepatutnya mak dia xyah taat pon kat nenek tu… huhu. Sptutnya suaminya yang patut didengar.. tapi tula.. benda dah jadi… huhu
Kesian..tp struggle sungguh dia…boleh cari duit sndri tnpa ptptn kot…lain org, lain ujian….hmmm
Xde mak y xsyg ank. If one day u ada ank then u will know. Klu dia xsyg dia xkn besarkn awk elok2 bg belaja pandai2. Ego sgt kah utk mengalah dgn seorg y bernama ibu? Tau x mgkin ibu awk di belkg awk n org lain mengis berhari2 sb rindukn awk?. Tau x knp ibu awk xsgup buang nenek awk wlupn mulut mcm tu? Sb mak awk dah tau dh betapa penatnya utk besarkn n jga anak2 dr sekecik2 tapak tgn smpi besar. Sb tu dia xsgup buang ibu y pertaruh nyawa nk lahirkn dia sb dia dh rasa mcm mana sakitnya melahirkan awak!wlu apa pn y ibu awk ckp sy rsa dia lgsg xmksudkn. Please lah maafkn ibu awk,turunkn ego awak. Berkatkh hdup awk bila di blkg ada ibu y mngis? Im a mother. I can feel it. Just please go back.
syurga anak bawah tapak kaki ibu. syurga isteri bawah tapak kaki suami. ikut dua benda ni. kalau confessor fhm ayat ni, baliklah :) whatever it takes, just go home.
Sis, arwah nenek aku dulu pun slalu layan aku x elok, atas alasan aku bkn org kelantan. Pahit mmg pahit, kecik2 lagi umur 3-4 tahun dh maki hina aku. Sbb dia la aku mcm paranoid over certain benda yg tak patut. Apepun, good luck dlm meneruskan kehidupan. Setiap kesusahan tu ada manisnya. Walaupun xnk balik, rajin la contact mak tu ye? Xpela xnak balik. Janji contact :) aku respect gila dgn kau.
Tabahnya sis kena maki sebab bukan orang kelantan. Ni yang rasa nak nanges lagi ni
Nazra NZ huhuhu
Mengalah je la..
Ckp xnak bg mak jd ank drhaka..
Tp awk jd ank drhaka xpe pulk?
Smpai bla nak lari?
Awk yakin sejam kmudian awk msih idop?
Mak awk msih idop?
Klaw sala sorg mati dlu sejam kmudian tnpa smpat awk mntk maaf..
Awk rsa tmpat awk kat mn???
B’dosa bsar kecikkan ati ibu bapa..
Lbey2 lg awk msih hak mutlak ibu bapa..
Bln2 posa ni.. Clear kan sgala ati itam..
N slmt b’damai.. ✌✌✌
Ni cerite asli atau bayangan
Balik lah dik, akak skrg pun jaga ibu mertua, dan ada 4 orang anak, memang tahu perasaan mak adik macamana, kene sembunyi perasaan geram, marah, nak melawan tak boleh, nanti dikata anak derhaka, lagi lah waktu nenek adik kata mak mungkin lost sgt, hati dia remuk, 4 tahun lama dik, mmg bukan mudah nak lupa, tapi selalu mohon Allah bersihkan hati kita… let go semua perkara yang lepas, mak rindu, adik pun mesti rindu mak kan.. jangan lah ambil masa lama merajuk, sampai satu hari kita menyesal bila tak sempat jumpa..
Naziah Mustaka Solihah Mustaka
Bepakat la adik2 dan ayah hantar nenek tu gi mana2 pastu awak balik la jumpa mak. Mak kottt. Kata rindu nak cium bau mak yang special.
Nenek2 mmg mcm ni. Tetibe lak teringat kene marah time kenduri depan org. Bertahun-tahun gak ah nak boleh ke move on tapi hati dah tawar. Buatlah ape pun even right now still rase sakit.
Saya rasa bapaknya telah tidak buat tugas mempertahankan keluarga. Kalau bapak keluar order mak wajib kena ikut. Syurga isteri pada suami setelah kahwin. Mak patut sedar perkara tersebut. Tidak ada dosa derhaka jika menolak perkara tak betul contohnya memisahkan/memecah belahkan keluarga.
Wow.. ada jugak insan sanggup cakap macam tu kat darah daging sendiri. Arap2 nenek tu dapat hidayah sebelum gone.
X ptt mak buat macam tuh. Terguris kot hati anal if buat n cakap macam tu. Bende ni blh selesai elok2. Tp amik jalan senang buanh anak sebab dgr cakap mak yg mmg terang terangan salah.
Kipidap. Be strong
I think confessor ni seorang anak yang baik sbb kalau sy dlm situasi dia, sy akan tanya balik kenapa mak cakap macamtu dan kemudian fight smpai sy menang. Sebgai anak, sy msh dlm tggungan dan tggjwb ibubapa. Septutnya yg keluar nenek, bknnya sy. Pulanglah sis, awk juga berhak disitu, biarlah nenek awk tu, org tua ni memang pelik2 sikit. Ur mom masa tu maybe tersalah cakap agaknya sebab dia pun dalam tekanan.
Alaa…nenek tu x lama je tu…nnt smpai mase ko balik la..
Roslini Che Ismail
Nenek saya pun slalu layan kami 1 family dgn xelok..kakak dan abg saya dituduh cucu tumpang hanya sbb kulit gelap,xsama dgn dia yg berkulit putih. Dan mcm2 lah dia ckp pasal family kami sampai buat saya rasa sgt menyampah dgn dia.X suka betul kalau kna balik kampung..
Setahun lpas masa arwah mak saya meninggal,dia dan ibu saudara ada ckp sesuatu yg xbaik pasal mak..dan saya yg mendengar terus hilang sabar,saya tinggikan suara dan marah nenek & ibu saudara tanpa hiraukan org kampung yg pandang..sbb saya sayangkan mak saya. Tapi rasanya kalau mak tgk saya buat mcm tu mesti dia sedih..sbb seingat saya,mak x pernah tinggikan suara dkt nenek walau dia kecil hati sgt. Saya harap confessor hubungi lah mak..kalau rasa xmampu nak balik lg xpa,pelan2 kayuh beb..jgn biarkan mak tertanya-tanya.Pedihnya bila mak dah x ada..hanya Allah shj yg tau. Anyway,saya respect awak..sbb berjaya teruskan hidup dgn baik..boleh tanggung diri sndiri..bkn senang. Saya pun dah bnyk kali nak give up sbb susahnya nak tanggung diri sndiri..dah la sambil belajar pulak tu..huhu