Assalamualaikum, thanks admin sebab approve cerita ni. Firsy of all, aku seorang mahasiswi di sebuah ipta dan kedua-dua adik aku pelajar UIA.
Sejak 4 tahun lalu, aku tak pernah balik rumah. Yer. Rumah mak abah aku. Sebabnya? Aku kecewa. Kecewa dengan sikap mak aku. Walaupon abah banyak memujuk. Tapi aku menolak. Menolak dengan baik maksud aku. Sebab selama 4 tahun ni, mak x pernah panggil aku balik semula.
Kisahnya, 4 tahun lepas, aku tamat belajar dari matrikulasi, dan aku 'bercuti' di rumah sementara menunggu panggilan masuk universiti. Hanya ada aku, abah, mak, adik lelaki, adik perempuan dan nenek je kat rumah.
Masa ni, nenek aku tinggal dengan family aku (sebelum ni maklong aku yang jaga). Sebenarnya, maklong aku tak tahan dengan sikap nenek aku yang suka perli dan menghina paklong aku. Paklong aku seorang pekerja kilang simen, dan paklong aku terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan dye buta sebelah mata. So, memang keadaan maklong aku time tu susah sikit. Sebab maklong aku tak berkerja. Dan masa tu lah, nenek aku buat keputusan untuk duduk dengan mak aku.
Abah aku dari keluarga yang senang, rumah kami pon Alhamdulillah, semua cukup, boleh dikatakan selesa. Seminggu aku duduk dekat rumah, seminggu tu jugak lah nenek aku perli perli aku. Kononnya aku ni pemalas, kerja makan tidur ja, padahal mak aku sendiri pernah cakap antara kami 5 beradik, aku yang paling rajin dan teliti, mak aku tak pernah complaint kalau aku buat kerja. Banyak kali aku cakap kat mak aku, "nak rajin macam mana lagi ma?" Dan mak aku selalu cakap, "nenek kan dah tua, biasa lah tu". Mcm mak orang lain, mak aku sangat positif dan sangat susah lah nak tengok mak aku bercerita pasal org lain.
Sampailah satu hari, senja, abah dan adik lelaki dah pergi masjid. Aku pon siap siap nak berbuke (aku dan adik perempuan aku puasa hari tu). Tiba-tiba time aku tgh panaskan lauk, nenek aku cakap, buat kerja malas, membuta ja. Bangun terus makan. Aku terkejut dan terus tinggi suara pada nenek aku. Yang ni aku mengaku aku salah. Dan, of course, nenek aku melenting, lepas tu dia jerit panggil mak aku, dan nenek aku suruh mak aku halau aku keluar, kalau tak, dia anggap mak aku anak derhaka. Nenek aku cakap mak aku bodoh sebab tak bunuh aku masa aku kecik-kecik. Aku sangat marah, tergamak nenek aku cakap macam tu. Adik perempuan aku pon marah dekat nenek aku, adik aku cakap, "kenapa nenek macam ni? Orang buat apa pon ada ja yang tak kena". Dalam keadaan marah, kami masuk bilik, dalam 15 minit macam tu, mak aku masuk bilik aku, dia bagi RM200. Dia mintak tolong aku pergi rumah makcik aku, tumpang sementara waktu.
Ya Allah, masa tu Allah ja tahu perasaan aku, kecewa, kecewa sebab mak aku mudah sangat dengar cakap nenek aku. Sebagai anak, aku nak jugak mak aku pertahan kan aku. Tapi, mak aku tak nak jadi anak derhaka, dia turutkan jugak kehendak nenek aku.
Aku tak mampu nak cakap apa-apa. Adik perempuan aku cakap dengan mak aku, "ma sanggup kan buang anak ma tanpa selidik dulu." Dan jawapan mak aku, sangat-sangat buat aku rase lost, sampai hari ni, "takpa lah hilang anak seorang dari hilang nenek, hilang seorang ada lagi 4". Masa tu aku tak pikir ape dah. Mungkin ade salah silap aku yang mak aku pendam selame ni sampaikan dia boleh cakap macam tu. Malam tu jugak, aku kemas baju, jalan kaki p stesen bas, aku tak p rumah makcik aku, tapi aku pergi Penang. Aku tumpang rumah kawan aku, aku mintak kerja kilang, lepastu aku duduk pula dekat hostel kilang, tapi tahu ja lah, hostel kilang macam mana. Bahaya.
Lama aku kerja, bulan puasa pon aku kerja, raya pon aku kerja. Time tu aku fikir nak cari duit untuk masuk universiti. Aku dapat masuk ipta di utara Malaysia. Aku call rumah, adik aku jawab, dan aku tanya sama ada surat tawaran official dah sampai ke. Aku mintak tolong dye pos ke alamat kawan aku. Tapi dia tak pos, dia p rumah kawan aku dengan ayah aku. Masa tu aku tengah kerja lagi. Kawan aku cakap aku kerja kat mana dan duduk hostel kilang. Masa tu pertama kali aku jumpa balik abah aku, adik aku. Memang sebelum ni depa dah cari aku, tapi aku tukar number. Aku pilih jalan untuk lari.
Mula lah sesi pujuk memujuk. Aku menolak, kecewa, aku tawar hati, malas nak pikir2, aku buat keputusan, selagi mak aku tak panggil balik, selagi tu aku akan macam ni. Aku tahu mak aku seorang yang baik, sempurna bagi aku, tapi aku rase tak dihargai bile mak aku cakap, "hilang anak sorang ade lagi 4 orang."
Satu perasaan yang sangat2 sakit, perit, hari pendaftaran masuk universiti, aku pergi sorang sorang, aku uruskan semuanya sendiri. Sejak masuk universiti, aku berhenti kerja kilang, Desa ni dah jadi rumah aku, bertahun aku duduk sini, aku buat kerja part time untuk cari duit. Aku juga meniaga online nak tambah pendapatan sikit. Iye lah, internet free, hehe. Terus terang aku cakap, aku earn more than enough sampai boleh saving sebulan RM600 lah. Dan aku tak ambil PTPTN. Untuk adik adik yang tengah belajar, tapi duit tak cukup, try lah meniaga online, insyaAllah ade rezeki kamu. (Abah aku ade bankin duit tiap-tiap bln tapi aku kerja jugak untuk persediaan aku masa depan)
Tapi, ni tahun akhir aku, lepas ni tak tahu nak duduk mana pulak. Sayang rasa nak tinggal 'rumah' ni. Tempat aku berteduh, susah senang aku dekat sini. Puasa kat sini, raya dekat sini. Meriah beb. Penuh masjid time semayang raya. Tapi bile dah dewasa mcm ni, rindu dekat family, rindu dekat mak. Rindu dekat bau mak. Mak-mak ade satu bau yang wangi kan bila kita peluk cium dia.
Aku tak banyak berhubung dengan family aku. Yang aku selalu contact pon adik perempuan aku dengan abah. Dan ape yang aku tahu, kakak aku dah lama tak balik rumah, bawak diri ke negara orang, dengan alasan sambung master. Abang aku pulak dah kahwin, duduk pulak jauh dari rumah mak abah aku, memang jarang lah balik. Adik lelaki dan adik perempuan aku, dua-dua dekat UIA Kuantan. Jauh jugak dengan rumah. Adik aku cakap, sebenarnya kakak dan abang aku geram dekat mak aku sebab 'buang' aku dulu.
Dan abah aku pernah cakap, kesian ma, yang kanan ibu sendiri, yang kiri anak sendiri. Bile lebihkan yang kanan, yang kiri kecik hati, bile lebihkan yang kiri, yang kanan kecik hati. Mak aku nampak rilek je, tapi mane ade mak yang tak risau pasal anak2. Tapi itu lah, aku rase ni jalan yang baik buat aku, aku buat sebab sayang, mak aku tak jadi ank derhaka, cukup lah tu.
– -cantik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Percayalah, sekali awak rindu mak awak, 10 kali dia rindu awak balik. Seksanya menanggung rindu ni. Balik laa
Sape yg potong bawang ni~
Tak derhaka kalo kita nk buat mende betul..buang ank..putus silaturrahim bkn sesuatu yg baik..malah memudaratkan ..mak sis spttnya blh lg pujuk nenek dan redakan keadaan.sbg seorg ank sis jgnla terasa hati lama2 sgt kat mak ek.mgkn masa tu mak terlepas ckp atau terlalu tensen..pulangla sis..carila redha seorg ibu..jgn dihiraukan kata2 nenek sis tu..mgkn dia dah makin nyanyuk..huhuhu
Rasanya nenek dia ada saka ni. Klu Xcaya gi check ustaz. Jgn dia pass dekat mak awak sudah….true experience.
Amir Khattat Mdn hukhuk
Satu je dik..ko berjaya atas doa seorg ibu..setiap detik setiap saat..doa ibu akan sentiasa mengiringi mu..ko tahu ke jiwa dia skit sb rindu pada ko..bila dah jd seorg ibu baru ko akan mengerti..memaafkan tidak mungkin mengembalikan masa lampau..tp memudahkan masa hadapan..
bagi aku kalau bapak kau bersuara nenek kau tak boleh nak buat apa sebab tu nenek belah mak kau. Sebab syurga sorg lelaki dkt bawah tapak ibunya sendiri. Jadi kalau nenek dia melenting jugak , biarkan sajee sebb mak kau sepatutnya dgr cakap laki dia dan Allah pun tahu mana yg betul mana yg salah. Takkan semudah itu jatuh derhaka kalau dari mulut org yg dah tak betul.
Pasal keberkatan tu yes, mak kau mmg doakan utk kau. Selagi dia tau kau berhubung dgn ayah and adik kau, mmg mak kau tau kau selamat. Tu je yg dia mampu buat.
Tp pape pun, lain kali tanya la pak hang sama ada nenek hang hidup lg ka tak. Haha peace no war!
Wanie Aziz Wan Norliyati Wan Abdullah
Jumpe la mak kat tmpt lain.. jgnla xjumpe lgsg sis.. nenk tu biaq at rumh jek.. germ pulk ngn nnk tu..
Ye ke takde mak yg xsayang anak? Abis kenapa ramai je kes dera, buang bayi, kanak2 tbiar? Tak semua manusia baik..dunia ni tak seindah yg kau sangka. Huhu
Mungkin nenek dia nyanyuk kot. Sbb tu perangai cenggitu..
Balik laa dik jumpe mak. Macam mana pon buruk mak kite, dia tetap mak kite sorg. Xde 2 or 3. Maafkan laa ibumu tu. Tak rugi pon kite rendahkan ego kite.
Neway, i hope that everything gonna be fine between u n ur mom n ur family. InsyaAllah one fine day :)
Ya allah sedihnye..maknye pn nape tak selidik dulu..
lau sy jadi sis pun sy akn buat benda y sama..sy terpikir, xkn xde cara lain selain drp halau anak dia kuar rumah…bagi sy ada byk cari lain lagi..smg hidup sis sentiasa dirahmati Allah..hugs-_-
Faham perasaan confessor ni ayat hilang seorang anak ada lg 4 anak mmg sangt pedih didengar bila dilafazkan oleh seorng ibu…maaf saya pun akan buat perkara yg sama macam confessor…
kalo xnk jd anak derhaka baik p jumpe mak tu semula…ingat kisah nabi musa a.s bertemu seorang pemuda bani israil bersama dua ekor babi di rumahnya…yg mana dua ekor babi tu merupakan ibu dan ayah pemuda tu….amek iktibar kisah tu….tabah dan sabar….
Kisah 2 babi tu cerita Israiliyyat la,takde dalil fan bukti sahih pun
Moral cita : bila tua nanti…jaga perangai n kelaku elok2… Klau x…ramai anak cucu bharap cpat2 mninggal spaya mreka hdup aman…huhuhu…sadis….
Nur Syifa Syahirah Norafiqah Pungut Far Murat P-qah Hamzukki
Nurul Syafika Che Ahmad
Nenek ni pun mohon bertaubat please dah tua tua ni bak kata orang “rumah kata pergi kubur kata mari”.Nanti esok lusa rugi je meninggal nanti anak cucu tak rasa apa,lagi teruk kalau depa happy,nak doakan pun rasa nak tak nak je nanti.
Khairul Aidee baca ni huhuu sedih
kahkahkah…kenapalah tak bunuh waktu dy kecik2 dlu tu memang kelakar….hahahah
Baliklahh utk raya ni tapi jgn la duduk lama dirumah mak sekiranye nenek ade lg, balik laaa dik doa mak dlm iringan langkah kamu. Kita ade aorang je mak tiada gantinye…
Masalah ni klau ko lari, lagi cpat dy kejar ko, face n solve,
Sis.. awak kena keraskan hati balik je rumah tu.Biasalah umur2 cmni more to memberontak juga. Family kan sis, rendahkan je rasa sakit hati tu. Semoga sis ada kekuatan nak balik rumah ye :(
Saya turut merasai perasaan saudari, perit saudari dan yes suadari sangat matang sampai boleh berdikari sebegitu hebat bila jauh dari family. Dan 1 sahaja, apa pun saudari perlu berjumpa ibu saudari juga. Saya cadangkan saudari buat rancangan dengan abah saudari untuk bertemu dengan ibu saudari senyap2. Allah sayang saudari, saudari jaga diri baik-baik semoga dapat meminta ampun sebelum ibu saudari pergi :’)
Adibah Abdullah
Tg Nur Isyami
Hafidzah Ismail .
Sedihnya wei ???
Bayangkan diri kau sebagai ibu. Tu je aku nak cakap
Ans Madnas
Duk desa? Student usm ye? Tkpe la, banyak2 sbr. 1 masa, ya 1 masa nnt semuanya akan jd normal balik insyaAllah. Hati mak, lembutnya untuk anak tk prnah kita tahu. Lepas kata dimulut, tp hati penuh rindu. Mak tersepit tu. Jaga diri. Doa banyak2 insyaAllah Allah tunjuk jalan nnt untuk awak.
Siti Hasinah sedih pulak aku baca kisah ni..
Aah Nur Hajarul Musa..in shaa Allah semoga Allah permudahkn segala urusan penulis ni..amin
Aamiin insyaAllah.. ;)
Aku tau ni student usm. Hmm tabahnya hang.
Kesian nye
Harap sgt boleh chat dgn confessor .
Harap sgt boleh chat dgn confessor
mmmm.. konsep mak kau tu salah..anak bukan hadiah yg kalau nak boleh ambil tak nak boleh buang.. dah ada 4 cukuplah, tolak 1 takpe..tak.. anak tu amanah.. amanah yg kalau diberi 5, lima2 tu akan disoal nanti.. tak ada istilah anak derhaka pun mak kau kalau tak ikut arahan nenek kau tu.. tiada ketaatan dlm maksiat.. tiada taat kalau dah nenek kau suruh mak kau abai tanggungjawab dia
Ramai yg komen ibu mana tak sayang anak. Kalau ikut cerita ni, mmg ada la ibu yg tak sayang anak. Nenek dia contohnya. Dok hina anak sulung dia tu. Tapi mak confessor mungkin bertindak begini kerana nak jaga hati mak dia aka si nenek.
Farhana Jamil Nur Yasmin Abdullah
Maaf x de niat nak sokong atau bantah statement awak… Cuma nak share,
Klau 1 hari awak diberi peluang menonton proses kelahiran awak, sewaktu mana mak awak tahan contraction masa nak bersalin, tahan malu meneran depan org sampai keluar najis dan ujian2 lain masa pregnant (assuming that awak lahir normal)…. Mesti akan terfikir, “apa la sangat berbanding apa yg mak aku lalui dulu…entah2 mak aku x de niat pun cakap camtu tapi disebabkan penat melayan perasaan org lain, at the end tersalah cakap…”
Semoga Allah satukan kamu sekeluarga seperti dulu…
Ya Allah,sakitnya hati bila baca..Ahhh..stress..nk nangis rasa..
Tapi baik balik ke rumah..suruh ayah bersuara..lgipun,antara ibu n suami,suami lgi pnting..mesti nenek x dpat bersuara lpas tu..
bukan apa,klu contoh,kita x smpat nk tngok ibu bapa kita masa dia masih hidup cam ne?masa kita blik tu,kita lihat dua badan terbaring kaku cam ne..masa tu mnyesal pun x guna..
maafkan ibu awk..maybe dia tersempit antara ibu dan anak..tpi spatutnya dia x buat cam tu,baik dia bncng elok2 ngan nenek..tpi ibu awk pun manusia juga..
Amira Affandi
Dan anda harus ingat..anda selamat..anda berjaya..anda murah rezeki..mungkin itu ASBAB DOA IBU ANDA juga..yes..doa ibu..
Kadang-kadang kita rasa sakit..rasa ibu tak pedulikan kita..
Saya tak pernah dibuang ibu..tp selalu rasa ma plg tak pedulikan saya berbanding adik beradik perempuan yang lain..
Sampaikan saya pernah cakap kt ma kami semua membesar gitu-gitu je..mean besar asbab takdir je. Ma xpeduli lah kononnya.jaga acuh tak acuh je. Saya perasan wajah ma berubah sangat masa tu.
Then bila saya dah jadi ibu baru saya faham..ibu mungkin tak sempurna..namun dah cuba jadi yang terbaik.
Dan saya mula sedar..selama ni saya tempuh pergi daftar uni kt swk sorang2..pergi mana2 sendiri2 je..saya selamat..semuanya mungkin sebab doa ibu. Ibu mana tak sayang. Tentu Doa ibu sentiasa mengiringi.
Skg saya ada bisnes..belajar sampai tahap skg pn..saya yakin..semuanya asbab doa ma..tak leh bayang kalau ma xde..
Hargailah ibu selagi ibu masih ada. Sesungguhnya kita tak perlu persoalkan apa yg ibu kita buat..
Kita hanya perlu memahami ibu sahaja..
Ingat kembali..kalau ma xbesarkan kita masa kita bayi dulu..masa kita xmampu cari duit sendiri..kita tak mampu capai apa yg kita sedang lalui skg..
Pulanglah…dihari raya..hehe.pulang sekarang lah
Nak ckp lebih2 pun aki x ada kt tempat kau…yg memandang ni rasa berat…yg tanggung apa tah lagi…kau berdoalah..perbanyakkan doa…especially bulan2 baik ni…yakin dgn kuasa doa..mintak pada Allah supaya lembutkan hati mak ko terima ko balik….aku doakan Allah Permudahkan Urusan ko…Aamiin
Aku nangis baca cite ni. Kalau aku ditempat confessor, aku pun sedih bila mak cakap camtu. Sepatutnya masa mak bg rm200 tu jangan la keluar ayat tu. Just pujuk suh gi rumah pakcik sementara nenek tgh marah. Tapi confessor ni cekal la. Mampu berdikari tanpa harapkan org lain. Aku doakan mak confessor ni lembut hati n panggil balik anak dia ni dan mohon maaf sbb dah keluarkan kata2 mcm tu.
Kesian….
Lyssa Idrus..yg ni pn sedih kisah dia
Haihhh..ada lagi nohh nenek cmnie?
Nabilah Salehuddin
Dah baca smlm..sedih
Liyanaa TalibbAshwani UnpredictablêAzma Azman
Kalo ak jdi ko pon ak kecik hati la gan ape mak ko ckp…tpi…bile pk ayah ko…sian kot…and kesian kat mak ko gak..die bkn malaikat..blh jdi die terlepas ckp..blk la…ko eratkan la balik silaturahin antare keluarge ko…
Pn Maimunah Abdullah
Cepat koyak dengan nenek zzzz