Hilang seorang anak takpa, ada lagi 4.

Assalamualaikum, thanks admin sebab approve cerita ni. Firsy of all, aku seorang mahasiswi di sebuah ipta dan kedua-dua adik aku pelajar UIA.

Sejak 4 tahun lalu, aku tak pernah balik rumah. Yer. Rumah mak abah aku. Sebabnya? Aku kecewa. Kecewa dengan sikap mak aku. Walaupon abah banyak memujuk. Tapi aku menolak. Menolak dengan baik maksud aku. Sebab selama 4 tahun ni, mak x pernah panggil aku balik semula.

Kisahnya, 4 tahun lepas, aku tamat belajar dari matrikulasi, dan aku 'bercuti' di rumah sementara menunggu panggilan masuk universiti. Hanya ada aku, abah, mak, adik lelaki, adik perempuan dan nenek je kat rumah.

Masa ni, nenek aku tinggal dengan family aku (sebelum ni maklong aku yang jaga). Sebenarnya, maklong aku tak tahan dengan sikap nenek aku yang suka perli dan menghina paklong aku. Paklong aku seorang pekerja kilang simen, dan paklong aku terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan dye buta sebelah mata. So, memang keadaan maklong aku time tu susah sikit. Sebab maklong aku tak berkerja. Dan masa tu lah, nenek aku buat keputusan untuk duduk dengan mak aku.

Abah aku dari keluarga yang senang, rumah kami pon Alhamdulillah, semua cukup, boleh dikatakan selesa. Seminggu aku duduk dekat rumah, seminggu tu jugak lah nenek aku perli perli aku. Kononnya aku ni pemalas, kerja makan tidur ja, padahal mak aku sendiri pernah cakap antara kami 5 beradik, aku yang paling rajin dan teliti, mak aku tak pernah complaint kalau aku buat kerja. Banyak kali aku cakap kat mak aku, "nak rajin macam mana lagi ma?" Dan mak aku selalu cakap, "nenek kan dah tua, biasa lah tu". Mcm mak orang lain, mak aku sangat positif dan sangat susah lah nak tengok mak aku bercerita pasal org lain.

Sampailah satu hari, senja, abah dan adik lelaki dah pergi masjid. Aku pon siap siap nak berbuke (aku dan adik perempuan aku puasa hari tu). Tiba-tiba time aku tgh panaskan lauk, nenek aku cakap, buat kerja malas, membuta ja. Bangun terus makan. Aku terkejut dan terus tinggi suara pada nenek aku. Yang ni aku mengaku aku salah. Dan, of course, nenek aku melenting, lepas tu dia jerit panggil mak aku, dan nenek aku suruh mak aku halau aku keluar, kalau tak, dia anggap mak aku anak derhaka. Nenek aku cakap mak aku bodoh sebab tak bunuh aku masa aku kecik-kecik. Aku sangat marah, tergamak nenek aku cakap macam tu. Adik perempuan aku pon marah  dekat nenek aku, adik aku cakap, "kenapa nenek macam ni? Orang buat apa pon ada ja yang tak kena". Dalam keadaan marah, kami masuk bilik, dalam 15 minit macam tu, mak aku masuk bilik aku, dia bagi RM200. Dia mintak tolong aku pergi rumah makcik aku, tumpang sementara waktu.

Ya Allah, masa tu Allah ja tahu perasaan aku, kecewa, kecewa sebab mak aku mudah sangat dengar cakap nenek aku. Sebagai anak, aku nak jugak mak aku pertahan kan aku. Tapi, mak aku tak nak jadi anak derhaka, dia turutkan jugak kehendak nenek aku.

Aku tak mampu nak cakap apa-apa. Adik perempuan aku cakap dengan mak aku, "ma sanggup kan buang anak ma tanpa selidik dulu." Dan jawapan mak aku, sangat-sangat buat aku rase lost, sampai hari ni, "takpa lah hilang anak seorang dari hilang nenek, hilang seorang ada lagi 4". Masa tu aku tak pikir ape dah. Mungkin ade salah silap aku yang mak aku pendam selame ni sampaikan dia boleh cakap macam tu. Malam tu jugak, aku kemas baju, jalan kaki p stesen bas, aku tak p rumah makcik aku, tapi aku pergi Penang. Aku tumpang rumah kawan aku, aku mintak kerja kilang, lepastu aku duduk pula dekat hostel kilang, tapi tahu ja lah, hostel kilang macam mana. Bahaya.

Lama aku kerja, bulan puasa pon aku kerja, raya pon aku kerja. Time tu aku fikir nak cari duit untuk masuk universiti. Aku dapat masuk ipta di utara Malaysia. Aku call rumah, adik aku jawab, dan aku tanya sama ada surat tawaran official dah sampai ke. Aku mintak tolong dye pos ke alamat kawan aku. Tapi dia tak pos, dia p rumah kawan aku dengan ayah aku. Masa tu aku tengah kerja lagi. Kawan aku cakap aku kerja kat mana dan duduk hostel kilang. Masa tu pertama kali aku jumpa balik abah aku, adik aku. Memang sebelum ni depa dah cari aku, tapi aku tukar number. Aku pilih jalan untuk lari.

Mula lah sesi pujuk memujuk. Aku menolak, kecewa, aku tawar hati, malas nak pikir2, aku buat keputusan, selagi mak aku tak panggil balik, selagi tu aku akan macam ni. Aku tahu mak aku seorang yang baik, sempurna bagi aku, tapi aku rase tak dihargai bile mak aku cakap, "hilang anak sorang ade lagi 4 orang."

Satu perasaan yang sangat2 sakit, perit, hari pendaftaran masuk universiti, aku pergi sorang sorang, aku uruskan semuanya sendiri. Sejak masuk universiti, aku berhenti kerja kilang, Desa ni dah jadi rumah aku, bertahun aku duduk sini, aku buat kerja part time untuk cari duit. Aku juga meniaga online nak tambah pendapatan sikit. Iye lah, internet free, hehe. Terus terang aku cakap, aku earn more than enough sampai boleh saving sebulan RM600 lah. Dan aku tak ambil PTPTN. Untuk adik adik yang tengah belajar, tapi duit tak cukup, try lah meniaga online, insyaAllah ade rezeki kamu. (Abah aku ade bankin duit tiap-tiap bln tapi aku kerja jugak untuk persediaan aku masa depan)

Tapi, ni tahun akhir aku, lepas ni tak tahu nak duduk mana pulak. Sayang rasa nak tinggal 'rumah' ni. Tempat aku berteduh, susah senang aku dekat sini. Puasa kat sini, raya dekat sini. Meriah beb. Penuh masjid time semayang raya. Tapi bile dah dewasa mcm ni, rindu dekat family, rindu dekat mak. Rindu dekat bau mak. Mak-mak ade satu bau yang wangi kan bila kita peluk cium dia.

Aku tak banyak berhubung dengan family aku. Yang aku selalu contact pon adik perempuan aku dengan abah. Dan ape yang aku tahu, kakak aku dah lama tak balik rumah, bawak diri ke negara orang, dengan alasan sambung master. Abang aku pulak dah kahwin, duduk pulak jauh dari rumah mak abah aku, memang jarang lah balik. Adik lelaki dan adik perempuan aku, dua-dua dekat UIA Kuantan. Jauh jugak dengan rumah. Adik aku cakap, sebenarnya kakak dan abang aku geram dekat mak aku sebab 'buang' aku dulu.

Dan abah aku pernah cakap, kesian ma, yang kanan ibu sendiri, yang kiri anak sendiri. Bile lebihkan yang kanan, yang kiri kecik hati, bile lebihkan yang kiri, yang kanan kecik hati. Mak aku nampak rilek je, tapi mane ade mak yang tak risau pasal anak2. Tapi itu lah, aku rase ni jalan yang baik buat aku, aku buat sebab sayang, mak aku tak jadi ank derhaka, cukup lah tu. 

– -cantik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

337 Comments

  1. Balik la dik,maafkn Mak awak.Pasti ada sebab Mak awak cakap begitu.Awak pun dah matang sekarang.,fikir2kan semula.Jangan sampai “putusnya DOA seorang Mak”..Tahniah kerana awak berjaya struggle dalam kehidupan..DOA seorang Mak sentiasa ada untuk anak2nya percayalah..Doakan semuga nenek awak berubah menjadi lebih baik,adik beradik awak dapat berkumpul semula..;)

  2. klu sy jdi mak awak sy x kn denga ckp nenek..lgpun nenek tu dah tua…xperlu nk dgr sgt ckp dia.org tua kdg2 mmg emosi trlebih dan kurg prtimbgn n mulut laser..sindrom menopos mgkin..syurga mak tu pn bwk tpk kaki suami bkn ibu dia lgi…klu dipanggil ank derhaka pn lantak pi lah..sbb prbuatan putus kn silaturrahim tu lagilah derhaka pd Allah..plus,x dikira ank drhaka klu x nk buat suruhan parent yg mlanggar hukum Allah.pulangla ke sisi kluarga..klu x awk yg rugi..lantak pi lah nenek tu..pekak kn telinga je.buang yg keruh ambil yg jernih..

  3. Buat anakanda confessor. Dugaan utk awak sekeluarga. Banyakkan berdoa. Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang. Berdoa dan berdoa. Mohon pada Allah, untuk Dia buka apa yg kita tak nampak, apa yg terlindung. Anda seorg yg kuat, ibu anda juga kuat hatta ayah anda juga serta ahli keluarga yg lain. Sedih, perit dan terluka. Saya doakan situasi ini akan berakhir dgn penyelesaian yang paling hormani. Moga Allah anugerahkan disuatu hari nanti. Ampunkan salah silap ibu anda krn saya pasti ibu anda sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anda makanya anda boleh berdikari.

    Maafkan saya jika pandangan saya ini anda berkecil hati.

  4. Mungkin nenek dah sampai tahap nyanyuk nie…sy ade pengalaman jage nenek yg dah nyanyuk tapi masih kuat mulut & tenaga….mmg hari2 dpt makian j…tenaga bleh thn la nk merampas penyapu pun kne bergelut…huhu

    Balik lah…ikut kata ayah…nenek tu wat xtau j…kkdg bukan sbb saka tapi sbb sikap muda2 dulu menyebabkan sakit pelik mcmtu ade time tua…mak tu mungkin dah terlepas ckp sbb xtau nk pikir ape…

    Ikut kata ayah….balik lah

  5. Maafkan ibumu wahai anananda ….doanya pasti mengiringi setiap nafasmu…biar kita menjadi anak yg baik, insyaAllah hidup diberkati. Bacakan al Fatihah setiap hari dan sedekahkan kpdbya setiap waktu.

  6. Diutamakan ibu keluarga suami > suami > isteri > ibu keluarga menantu. Suami perlu tegas dlm hal ni. Pantau anak2 dan isteri yg masih dlm tanggungan. Tanggungan isteri adalah atas suami sepenuhnya. Dengar setiap kata suami selagi tidak melanggar syariat. Dlm hal ni, asingkan ruang makan/tamu antara nenek. Kerana nenek bersikap begitu (egonistik). Biar anak berada didlm rmh sndri.

  7. Baru duk sekejap dgn nenek yg mental, kamu dah tension dn lari jauh selama 4 tahun. Cuba kamu pikir berapa lama mak kamu dibesarkan oleh nenek kamu yg mental tu, apa perasaan yg dia tanggung? Berapa byk tension dia? Berapa byk dia kuatkan hati utk terus bersabar dgn perangai mak dia?. Tergamak pulak kamu tambahkan tekanan perasaan dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *