Hilangkan Rasa Sakit Dicurangi

Assalamualaikum. Aku dah berkahwin 5 tahun, mempunyai seorang anak. Suami aku telah curang untuk kedua kali 5 bulan yang lalu.

Kecurangan pertama berlaku ketika aku mengandung. Aku tak nak cerita apa terjadi dan bagaimana kecurangan tu terjadi.

Bagi aku walau apa pun jalan cerita kecurangan tu, disebabkan penyondol, disebabkan saja-saja, atau disebabkan apa-apa alasan sekali pun.

Curang adalah curang. Titik. Sebab curang ini bermula dari diri sendiri,

Allah kurniakan kita akal untuk tahu mana baik dan buruk. Setiap orang ada iman walau senipis bawang sekalipun. Jadi bagi aku curang itu pilihan diri sendiri.

Pertama kali curang, dah cukup sakit. Seperti biasa, sama dengan lelaki curang yang lain. Suami merayu-merayu meminta maaf, berjanji tidak akan buat lagi dan mengaku dengan perbuatan bodoh, berjanji untuk berubah.

Aku maafkan. Bukan sebab dia. Sebab aku tak nak masa aku sepenuhnya untuk bersedih, aku cuma nak jaga kandungan aku tak nak menangis dan bersedih terlalu lama.

Lagipun masa tu kandungan aku dah masuk 9 bulan. Fokus aku hanya untuk melahirkan dengan selamat, demi menjaga kandungan.

Tapi pada masa itu, aku tahu. Tidak mustahil dia akan ulang perangai bodoh tu lagi. Cuma tak tahu bila. Macam orang kata, “cheater always be a cheater” . Aku dah malas nak cek hp dia, demi menjaga hati sendiri.

Dalam diam aku dah nekad, ini adalah peluang yang terakhir aku bagi. Takkan ada tangis, rayu atau royan aku lagi kerana benda yang sama.

Hadirnya cahaya mata, buat hidup aku dah cukup sempurna, dah tak sunyi, dah ada orang nak disibukkan yang lagi perlukan aku daripada sesiapa pun.

Dua tahun kemudian, betul tekaan aku. Sekali lagi, aku dapat tahu suami curang lagi. Bukan dengan orang yang sama. Masa awal aku dapat tahu, aku mengamuk. Tapi tidak ada 1 titis airmata aku keluar di depan dia.

Biasanya bila bergaduh, aku yang akan mulakan cari dia,mesej panjang-panjang. Tapi aku pilih untuk diam.

Aku pergi ke tepi pantai sorang-sorang, menangis menjerit meraung sepuasnya. Waktu tu aku rasa perkataan “hancur, sakit” pun tak boleh describe mana mana sakit aku waktu itu.

Aku habiskan sepuas-puasnya, dan hanya sekali itu saja aku menangis. Aku ke mahkamah syariah untuk membuat tuntutan fasakh.

Bila dia dapat tahu tindakan aku. Ya. Seperti yang dah di agak. Drama suami merayu menyesal, telefon tak berhenti bermula.

Pada waktu tu, dalam fikiran aku. Ini adalah masa untuk aku fikir diri aku, aku nak buktikan aku akan buat apa yang aku dah cakap sebelum ini.

Untuk apa bertahan? Untuk apa lagi perlu beri peluang? Tak akan ada jawapan. Sampai bila aku perlu ditikam belakang oleh manusia yang berkongsi katil dengan aku. Kalau dia tak boleh jaga hati aku. Tak apa. Biar aku jaga hati aku.

Tapi baru aku tahu, tuntutan fasakah tidak semudah diceraikan suami. Sehari naik turun pejabat sana dan sini, tu pun belum tentu selesai.

Berbulan-bulan tunggu di hubungi pihak berkuasa, tak ada update dan senyap kalau tidak dihubungi.

Aku tak salahkan pihak berkuasa, mereka mungkin ada prosedur yang perlu dituruti terutama lagi berkenaan perkara-perkara sensitif ni.

Hari ke hari, minggu ke minggu, masa berlalu pergi. Suami merayu-rayu, keluarga memujuk-mujuk, melihat air muka anak. Aku mengalah, aku letakkan perasaan dan diri aku dibelakang sekali.

Aku berdiam diri, tidak meneruskan lagi proses penceraian. Tidak, aku tidak menarik laporan dan tuntutan tersebut. Tidak pernah sekali pun. Aku cuma berhenti untuk “follow-up”, dan aku pun tidak kisah kalau dipanggil untuk urusan tersebut.

Aku berdiam kerana memandang anak aku, memandang ibu bapa aku, memandang mertua aku. Demi mereka, aku bertahan, walaupun aku sudah hancur.

Kisah tersebut sudah berlalu 5 bulan lalu. Di depan orang aku ceria, dengan suami aku masih layan dengan baik. Walaupun kadang-kadang aku meluah dengan dia sakit yang dia telah buat.

Dia cuma nasihatkan untuk berhenti mengingat perkara yang menyakitkan hati aku dan bawa bersama-sama perbaiki rumah tangga.

Setiap kali itu juga, dia akan meminta maaf atas salah dia lakukan dulu, tapi tidak pernah sekali pun aku menjawab “ya / okay / aku maafkan” tidak.

Bukan aku tak nak maafkan, tapi hati aku belum ikhlas untuk memaafkan. Buat apa di mulut kata memaafkan, tapi di hati tidak.

Ya, suami ada menunjukkan perubahan positif. Lebih sifat jujur dan melibatkan aku dalam aktiviti dia memang nampak usaha dia untuk berubah.

Walaupun dibelakang minda aku seperti ada bisikan mempersoalkan betulkah dia betul-betul berubah atau pun hanya hangat-hangat tahi ayam.

Aku jadi takut untuk moveon ke hari seterusnya, ke tahun seterusnya. Sebab aku jadi trauma untuk meniti hari-hari akan datang takut terjadi lagi. Seumur hidup itu lama, untuk merasakan kekecewaan yang dalam.

Dulu aku paling suka masa-masa aku memandu sendirian, umpama me time bagi aku. Tapi sekarang makin hari ,aku semakin takut untuk sendirian.

Bila aku sendiri, rasa sakit itu muncul kembali. Setiap perbualan curang itu aku ingat kembali, setiap situasi kecurangan diperbodohkan muncul kembali dalam ingatan yang membuatkan hati ini sakit sangat, benci kepada penyondol, rasa murung pun ada.

Aku tahu, in ujian bagi aku. mungkin untuk menghapus dosa-dosa aku, untuk mengangkat darjat aku sebagai isteri, atau mungkin sebab Allah rindukan aku.

Allah uji sebab sayang kan? Mungkin Allah nak jentik aku untuk ingatkan aku “jangan berharap kepada manusia dan jangan yakin dengan janji manusia” betul tak?

Selepas kejadian tu, aku lebih fokus untuk mencantikkan diri aku, untuk aku luang masa untuk diri aku, untuk aku betul-betul hadir dalam dunia anak aku.

Bagi aku, biarlah aku jaga diri aku sendiri aku bahagiakan diri aku sendiri. Sebab aku tahu kau tak mampu nak bahagiakan aku.

Aku tak tahu sampai bila aku akan rasa sakit ini. Aku berdoa supaya Allah hilangkan rasa benci ini. Rasa sakit ini. Berapa lamakah baru kita betul-betul dapat redha dengan ujian ini?

Berapa lamakah baru kita dapat melepaskan kenangan hitam ini? Semoga Allah tingkatkan kesabaran aku dan menghadapi segala ujian dunia. Doakan aku supaya lebih dekat dengan Allah.

Kepada suami, tunang atau pasangan lelaki yang curang. Bukan lelaki sahaja, isteri orang, perempuan pun ada juga yang curang. Ingatlah, mencurangi pasangan ini bukan saja hancurkan hati pasangan.

Tapi akan menghancurkan seluruh perjalanan rumahtangga tersebut dan percayalah kamu sendiri belum tentu ada kekuatan dan kesabaran dalam memulihkan apa yang kamu telah hancurkan.

– Mala (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. pengalaman aku dah khwin n laki ak 5 tahun…sebnarnya ni dah bnyak kali jd tp ak maafkan ..baru ii ni aku check fon laki aku dy chat n pompuan dekat telegram msg bukan biasa ii bersayang ii noty ii smua ada hantar gambar vc otp dekat 30 minit …hancurnya hati ak waktu tu ak dah cakap depan ii apa yg kurang dari ak dy cakap xde apa ak sempurna klu ak sempurna bg dy knpa kna buat mcm tu dy cakap saja ja..bole ka alasan tu bole pkai ka aku sekarang dah tawar hati sgt ii ..dekat dy ounya google pon dy bnyak tgok xhams bnyak kali siap simpan gambar n video bogel pompuan..isteri mna tak sakit hati oi ak x tau nak wat apa dah …bg la sepatah dua kata nasihat kat ak ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *