Aku perempuan, berkulit hitam sejak kecik lagi. Asalnya baru lahir warna kulit biasa2 je, tak putih tak hitam, cokelat melayu orang kata. Tapi bila masuk sekolah rendah, aku kuat sangat berjemur dekat luar. Pagi pergi sekolah, balik sekolah terus lepak luar sampai maghrib. Kalau hari cuti, dari pagi sampai ke petang aku main kat luar. Lama2 kulit aku pun jadi hitam akibat selalu sangat terdedah dengan cahaya matahari. Zaman sekolah dulu aku dah biasa sangat dah kena ejek hitam. Biasalah budak2 memang suka ejek mengejek kan. Sekarang, aku ingat bila dah masuk universiti takde dah aku dengar orang ejek aku hitam. Yelah, nama pun budak universiti, so fikiran pun mestilah kena matang, ejek2 ni budak2 tak matang je suka buat. Tapi tanggapan aku salah.
Aku ada sorang kawan yg suka cakap aku hitam. “Hitamnya tangan kau”, “Hitamnya kaki kau”, semua tubuh badan aku dia nak kata hitam. Ye aku tau aku memang hitam, tapi kau tak perlu nak bagitau aku selalu. Dia ni suka sangat bergurau pasal warna kulit aku & suka bandingkan warna kulit orang. Kalau nampak orang hitam, mesti dia akan bandingkan warna kulit aku dengan orang tu, “Kau dengan dia siapa lagi hitam?”. Weh motif kau tanya soalan macam tu? Bukan tu je, bila nampak mat/minah salleh pun, mesti dia akan cakap “Kalau kau berdiri sebelah dia mesti beza gilakan?” And lagi satu kalau dia nampak ada lelaki berkulit hitam (mat bangla, negro etc), mesti dia akan bagitau aku “Hah ni pakwe kau sebab warna kulit sama”. Sumpah it’s really annoying, tambah lagi dengan gelak jahat dia, perghh rasa nak toreh mulut dia je.
Aku pernah merajuk sbb x tahan asyik dengar dia mainkan warna kulit aku. Tapi dia boleh cakap “Ala hitam tu bukan tak cantik. Aku gurau je” Aku pun macam whattttttttt kau cakap tak serupa dengan apa yg kau buat. Sudah terang lagi bersuluh lagi bersilau yg cara kau tu nampak sangat yg kau benci hitam & kau anggap hitam tu hodoh. Kau selalu bandingkan kulit aku dengan kau. Lepas tu kau bangga sebab kau putih. Bila kau kena cahaya matahari lama sikit, mulalah drama kau tu. “Aku tak nak hitam”, “Habislah muka aku buruk lepas ni, hitam sebab sunburn!”, “Hitamnya muka aku, arrrrrr nak nangis”. Weh sumpah gedik. Kau cakap macam ni depan kawan kau yg sememangnya dah berkulit hitam, kau rasa apa aku rasa? Aku dah memang hitam, lepas tu dengar kau merungut2 mengadu kulit dah hitam lah, tak nak hitam lah, sampai rasa nak menangis bagai, kau fikir tak perasaan aku? Aku rasa macam hina sangat ke jadi hitam? Kenapa takut sangat jadi hitam? Betul ke hitam ni buruk sampai macam tu reaksi kau? Selama ni mesti orang pandang aku buruk kan?
Disebabkan orang2 macam ni lah buat aku rasa down dengan kulit aku. Ingat makin tua xde dah ejek2 pasal warna kulit, tapi rupanya ada jeeeeee. Orang cina orang india tak pernah lagi ejek warna kulit aku. Tapi orang melayu yang lebih2. Typical malay.
– DayangSenandung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit