Common Sense

Assalamualaikum. Thanks admin siarkan confession aku.This is just my point of view. Takda merujuk kepada sesiapa. Tapi kalau terkena batang hidup maaflah dan semoga anda dan kita semua berubah.Memandangkan musim perayaan hampir tiba (CNY), maka berlumba-lumba pasaraya di seluruh malaysia mengadakan jualan murah dan potongan harga.Tidak ketinggalan ada pasaraya yang mengambil peluang untuk membuka cawangan baru nya.Long story short, aku pergilah sebuah cawangan baru pasaraya yang terkenal dengan jualan borong untuk meninjau-ninjau harga barang. Weekdays, tapi memang ramai pengunjung kat situ since dah lepas waktu bekerja (petang).Maybe semua ingat pergi shopping hari biasa takkan bersesak sangat macam weekend tu. Salah sama sekaliOkay la aku pun sampai dan rezeki dapat parking cepat dan dekat dengan pintu. Terus naik ke bahagian barang yang nak di survey. Sebelum tu memang dah ambil trolley siap2, mana tau ‘terbeli’ barang yang perlu.So mana yang rasa harga barang patut beli aku grab dan terus beratur ke kaunter bayaran.Of course beratur panjang dan semua yang beratur tu barang kemain penuh dalam trolley.*sigh*Sepanjang beratur aku perhatikan sekeliling. Dan hasilnya adalah:1. Kalau dah tau orang ramai, then kau malas nak beratur bersesak sesak, lupakan la niat kau tu nak membeli belah walaupun time tu banyak barang murah. Jangan lah dah ambil barang penuh satu trolley/bakul, tiba-tiba kau tak beratur pun nak bayar, lebih sedih kau tinggalkan je trolley yang penuh tu kat tepi kaunter tepi rak-rak tepi mana-manalah lagi dalam pasaraya tu.Yes memang ada pekerja yang akan susun balik semua barang tu. Tapi mana COMMON SENSE kau untuk mudahkan kerja orang lain? Walaupun rata-rata pekerja am kat situ adalah warga asing.2. Sebelum decide untuk beratur di kaunter bayaran, pastikan semua barang yang kau ambil tu dah ada harga/barcode kat situ. Jangan nanti dah sampai kaunter menyusahkan cashier tu nak pergi pula cari harga untuk barang tu. Orang lain ramai lagi tengah beratur belakang kau sis/bro. Again, COMMON SENSE kita untuk cepatkan urusan bayaran tu supaya orang lain pun boleh bayar cepat-cepat.3. Takyah la nak cerewet minta asing bayar barang tu barang ni dengan kawan kau kat kaunter tu. Balik rumah nanti korang settle lah kira-kira tu sendiri. Mana COMMON SENSE untuk bagi cashier tu tak pening layan kereneh ramai lagi customer.4. Majoriti cashier kat situ adalah muda mudi. Mungkin lepasan SPM atau diploma atau mungkin ijazah. Tak mustahil kan. Jadi please la tolong mereka untuk tak memandang kerja cashier tu adalah sesuatu yang susah atau memberi tekanan. Yes itu mungkin pengalaman kerja mereka yang pertama dan orang boleh cakap, “alaa.. Nak kerja senang makan tidur je lah kat rumah”. Hai pakcik makcik, gunakan COMMON SENSE anda untuk melihat mungkin satu hari anak anda juga tiada pilihan untuk berada di tempat mereka sekarang.
So far setakat ni sahaja hasil pemerhatian aku setelah beratur hampir sejam untuk empat barang. Huk!Kalau kalian ada tambahan untuk sedarkan mereka di luar sana tentang COMMON SENSE berkaitan perkara ni, boleh tambah ya!
– Purple
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit