Hina kerana gaya
Maaf kalau aku bahasa aku tak kena, otak aku pun tak berapa nak betoi dah sekarang ni.
Aku ditinggalkan hari aku nak menikah. Bakal suami lari, yang mana sangatlah tidak lawak. Dia mesej " maaf, cara kita tak sama ". Speechless aku, nak cakap apa pun tak guna. Bukan soal malu sekarang ni, aku rasa macam aku hina sangat dimata dia.
Aku tak pernah bercinta, aku jaga solat, aku jangan tingkah laku, hubungan dengan mak ayah aku cuba yang terbaik. Aku jaga aurat. Dan aku masih dalam tempoh mencuba, sampai mati aku tetap perlu berubah kearah lebih baik. Cuma buat masa sekarang, satu benda yang buat aku gelisah. Aku teringin nak bertudung labuh, berpurdah. Hati aku rasa lain. Merambu airmata first time aku try purdah. Tapi biarlah perlahan2. Aku nak mula dengan tudung labuh dulu. Tapi aku selalu tersungkur, last2 shawl jugak sebab aku dah selesa. Aku selesa pakai tudung yang melekat kat kepala, tak payah perbetul dah.
Aku berkawan dengan org yg berpurdah, aku join usrah, kalau ada kelapangan aku join ceramah. Tapi aku still tak boleh nak istiqamah bab tudung labuh ni. Jauh disudut hati, aku cemburu dengan mereka yang berjaya berhijrah. Aku pulak masih tak kuat.
Bila kenal dengan si bakal suami tak jadi, aku bersetuju, dah berkenan dah ni, agama semua ok. Bakal ustaz. Dia cakap lepas kawen awak boleh ubah fesyen ke, aku dengan semangatnya jawab ya. Ya, aku perlu someone yg boleh cakap tak berlapik dengan aku. Yang boleh arah aku, bimbing aku.
Semalam aku terserempak dengan dia kat mall, dia berpegangan tangan dengan wanita idaman dia, yang sempurna pemakaiannya sebagaimana yang aku inginkan. Dia terkejut tengok aku dan kami berbual kejap tanpa wanita tu.
Marah memang marah, tapi aku juga wanita, takkan aku nak marah wanita tu sedangkan aku sedar tiada cinta antara aku dan si lelaki tu. Kitaorang kenal kejap je, kalau kecewa pun tak lama. Ini bukan salah dia sejak mula.
Aku tanya hina sangat ke aku? Adakah kerana gaya aku, aku lebih dipandang rendah berbanding wanita tersebut? Ya, jawapan dia ya. Ya, aku lebih rendah dimata dia biarpun aku menjaga yang lain. Biarpun menutup aurat, masih tidak cukup.
Semua lelaki memang fikir macam ni ke?
Mungkin Allah nak tunjuk, aku tak perlu berubah untuk orang lain. Guys, tolong bagi nasihat apa2, aku nak berubah tapi aku malu. Aku takut, aku takut kalau aku tak mampu nak Istiqamah.
– Siskekwa