Hina sangat ke course Early Childhood?

Assalamualaikum.

Ok, saya ada baca confession salah seorang student yg ambil kos pertanian serta confession tentang Uitm. Dan saya sendiri hendak menceritakan benda yg sama.

Saya salah seorang student di kolej swasta sekitar KL dengan mengambil course Dip. In Islamic Early Childhood Education. Ya, EARLY CHILDHOOD EDUCATION.

Saya juga sama seperti mereka, betapa sinisnya pandangan makhluk2 Allah ni bila bertanyakan course yg sedang saya ambil. Especially bila kena berdepan dgn aunty2 yg agak kepochi. Ya, saya sangat2 merendah diri hendak menjawab soalan bila mereka bertanya course apa yg saya sedang ambil. Sebab apa? Sebabnya respons dorg macamni.

" Bidang tu JE yg kamu mampu ambil?"

JE ok aunty tuu bagi. Tahulaa anak aunty belajar dkt Uni, saya mampu masuk KOLEJ JE. Plus, anak aunty kan ambik course hebat2, saya ambik course CIKAI JE.

Aunty ingat senang ke course yang saya ambik ni even nampak macam kelakar? Semua benda saya kena belajar. Dari sains, ke islamik, ke psikologi kanak kanak. Macam2 lagi laa. Tuu belum lagi bila lecturer bagi segunung assignment. Mana nak siapkan lesson plan lagi, nak fikir idea untuk mock teaching lagi, nak siapkan materials untuk mengajar budak lagi. Aunty ingat SENANG? Belum lagi masuk bab nak handle kanak – kanak istimewa lagi. Silap hari bulan, speck mata yg saya pakai ni pun dorg boleh buat jadi mainan (pengalaman).

And saya paling terkesan sekali, bila one of Makhluk Allah ni tweet tentang course yg ktorg ambil ni. Tweet dia berbunyi macamni

" Which IDIOT yg ambik course Early Childhood ni? Jenis SPM yg tak ada A "

Amboi awak. Kemain yee mengata, siap dipanggil IDIOT. Tak fikir ke perasaan org yg ambik course tuu? Meh sini saya nak bgtahu awak, Alhamdulillah, dengan pandangan2 sinis yg ada disekeliling saya, saya berjaya juga tamatkan Diploma saya dengan jayanya. Tunggu masa nak grad je ni awak. Awak dah grad belum? Dah habis belajar dah? Hikss. Alhamdulillah jugak, dengan adanya suara suara sumbang yg cakap ambik course Early Childhood tak boleh nak survive, every semester saya dapat Dean List. Alhamdulillah awak. Dalam hidup saya ni saya cuma nak puaskan hati mama dgn ayah saya je. Saya tak mampu nak puaskan hati semua manusia. Buatlaa terbaik macamana pun, kalau dorg tak suka saya tak boleh nak buat apa sebab hati manusia ni Allah yang pegang.

To sisters & brothers yg ambik course sama dengan saya, abaikan apa org sekeliling kata sebab yang nak belajar diri kita, bukan diri mereka. Mana tahu dengan adanya "IDIOT2" yg ambik course Early Childhood ni, Malaysia punya Childhood Edu. setaraf dengan international? Insha Allah. Untuk makhluk Allah yang hanya tahu memandang sinis, terima kasih. Dengan apa yang anda beri pada kami, Insha Allah kami juga akan membuktikan kami juga mampu berjaya eventhough course yang kami ambil hanyalah Childhood Edu. ataupun pertanian.

-F-

– Naa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

34 Comments

  1. (salmi writing) confessor ckp kat diorang semua tu,kalau di oversea negara2 maju, you x boleh jd hatta cikgu sekolah rendah pun kalau tak belajar early childhood couese nie ye!! anddddd… kalau xde sijil Early Childhood Education nie, you tak boleh even kerja kat nursery pun! ye, nursery aka taska/tadika.

    utk u kerja jd penjaga kanak2 or guru kanak2, dah lama dah di negara2 maju kita wajib ambik course tu. mmg ramai kawan2 sy kena buat course ni sbb if xbuat diorang mmg x blh nak kerja di childcare/school. so if u ada certificate or diploma in Early Childhood course ni, you are very good masyaAllah.

    pls bgtau semua makcik or org yg hina tu, if xtau jgn cakap. Malaysia masih baru lg nak perkenalkan course ni so x pyh la hina. silap haribulan 10 thn dari skrg semua pekerja taska pun wajib ada sijil nie (mcm yg dah diwajibkn di oversea). to confessor, dont be sad ok, i have an Autism child so i know how hard it is for u guys to prepare for real world .

    -salmi

  2. “Cikgu tadika je? Rugi laaa 6 tahun kt uia”
    Sabar je lah, mentaliti masyarakat, bkn sng nk handle anak2 tambah pula almost 100% tugas mendidik parents serah kpd guru. Mengajar anak2 tadika, kena SABAR &KREATIF..banggalah sbb kita yg mula2 mengajar mereka membaca, moga2 pahalanya berterusan sampai ke kita..-guru TNG-

  3. sy skrg nak msok sem 4 degree early childhood.. mulanya pndgn org rmai mcm tu la .. kata mcm2 .. bljaq tggi nak jd cikgu tadika je ka… typical malay.. pdhl smua ni ilmu kott.. abaikan kata2 org mcm tu.. yg pnting kita enjoy.. srnok tgk prkmbangan bayi dr awal smpai bsar nii…

  4. I first read your title “eh, mcm best je course ni..”

    boleh apply jd cg kat intrnational school.. their requirement mmg kene ade blaja bnde ni..

  5. dik, come on. early education mencanak2 naik sekarang ni. nk buka taska xde early education cert mmg takdapat. so lantak la apa org nk kata. masyuk kot early education cert

  6. For me x de istilah kos mana bagus kos mana x bagus kos mana ada class kos mana x de class. Yg penting camne ko survive ngn kos tu and camne ko guna ilmu yg ko blja masa dlm alam pekerjaan. Kalo kononnya kos power tp dlm alam pekerjaan, kerja pn x de passion, mcm x de guna je.

  7. Apa beza dua orng yg masing2 ada satu pensil dengan dua orang yg masing2 ada satu ilmu?
    Kalau orng pertama bagi dkt orng kedua pensil dia,bermakna orng kedua ada dua pensil dan orng pertama tak ada pensil dan jika orng kedua bagi pensil dia kpd orng pertama maka orng pertama ada dua pensil manakala orng kedua tiada pensil
    TAPI
    Kalau orng pertama bagi ilmu dkt orng kedua,orng kedua ada dua ilmu manakala orng pertama ada satu ilmu dan jika orng kedua bagi satu ilmu dia kpd orng pertama,maka kedua2 mereka ada dua ilmu

  8. Xpe dik… Dorg yg hotak2 sempit ni xtau sedar yg dorg dok antar2 anak ke taska/tadika sume amik kursus early childhood dev. Dorg ni xsedar gak yg bibik2 dorg yg jaga anak dorg kat umah ade ke ilmu tu?? Dorg xsedar gak yg kos tu boleh buat duit 10x ganda drpd yg dorg ade.. Sabar dik oi.. Owner taska pat akak boleh bukak 3 4 branch dlm mse 3thn.. Pakai audi lg.. Ko hadooo???

  9. assalamualaikum. sabar ye confessor. mulut org nih mmg pedas. diorg x pikir xsemestinya ambik course gempak, result pon gempak, dpt keje gempak.ramai kot penganggur.. pyh sbb mulut, keje dia mmg bercakap. diorg pakai airliur je awak. xpikir sklh pertama kanak2 tu nnti tadika,taska,pasti…kang pi ajar anak diorg bukan2,mrh. ingat nk jd cikgu tadika ni senang?

  10. Tu yang jenis nak besarkan anak asal besar dpt makan pakai jela tu. Jenis tak paham early child dev.

    Sama laa saya dulu study kos lain, dpt offer PERMATA, saya keja dgn PERMATA, semua pandang pelik (yang pandang pelik ni yang jenis x penah tau camana ECE kat negara luar). Semua cakap tipu gaji 41 keja setakat mengasuh budak. Lama2 malas nak defend diri ke apa, janji kita tau.

    Kita ni tertinggal sbn mentality masyarakat yang macam tu laa. Padahal umur2 camtulaa, umur paling senang bdk nak belajar and kita la yang kena guide sebaiknya apa yg nak dibelajakan. Bukan ipad, tv, you tube je. (Kadang2 ada baik juga dr medium2 ni, cuma perlu control)

    Xpee dik, kita dalam barisan2 awal utk sedarkan Malaysian. May Allah ease our duty and open their heart too. =)

    Good luck!

  11. Sy pun amik kos early childhood edu nk cakap sebenarnya kita beruntung sgt belajar mcm mana nak didik budak2 ni. Org yg pandang rendah pd kos ni sebenarnya dorg taktau apa2 pun sebab dorg ingat dorg pandai sangat. Diorg tak tau pun mcm mana nak didik anak2 n dorg ni mmg sebenarnya takde knowledge pun. Yg dorg tau anak2 kene pandai menulis mengira. Dorg taktau emosi fizikal seni apa mcm segala ilmu tu kene korek dr kecik. Pandai cakap “anak2 ibarat kain putih, ibu bapa yg kene mencorakkannya”. Pdhal mcm mana nak approach anak utk belajar pun taktau. Haih. Ter emo plak puasa2 ni. Astaghfirullah. Kita jgn suka judge bende yg kita taktau sbb kat situ dah nmpak sgt kebodohan kita.

  12. aku skrg kje tadika ..aku seronok ngn keje aku..ari2 main ngn bdk2 je…..4taun study degree ece nie.,smpaikn ade ckp ..blja 4 taun p kje tadika je? …p aku xkesahpn..janji aku kje n x duk umh arap duit mak ayh..

  13. Thats true. Kita geng..hehe..sekarang dh habis belajar, dh kerja based on course yg dulunya ‘terpaksa’ ambil..early childhood..bila dh masuk belajar satu sem dia punya seronok tak usah kabo lah sampai ke sem akhir then practical..dripada tak tahu apa2 terus ada knowledge. Boleh didik anak2 murid malah didik anak sendiri dgn knowledge yg sediaada one day nnti..

  14. Sy ambk jurusan perakuanan di U….tp disebabkan ssah nk cri kje…lpas grad, mcm2 sy kje…skrg sy kje ditadika swasta shah alam…alhmdulillah wlaupn xde bsic early childhood, tp sy ttap mngajar n g training tiap kli cuti skolah….utk tmbh ilmu pngetahuan….apa yg boleh sy ckp, sy bngga pd org yg dh ada basic early childhood cz dorg diajar dgn teliti…..mula2 sy lesson plan pn xtau wt….lpas training bru sy tau cm ne nk wt….n skrg sy suka n sayang kje sy….tnpa cikgu tadika xde la bdk nk trus pndai msuk skolh rndah 6t…..so, jgn pndng remeh ngn cikgu tadika…i’m proud to be kindergarten teacher…

  15. Ini kursus yg baik…bukan semua org boleh jd pendidik…tambah plak kanak2…even parent pun blum tentu bleh handle….teruskn usaha…bersabar…n berserah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *