Hina sangat ke kulit gelap ? – 5:51 PM

Hina sangat ke kulit gelap ?

Salam gais. Aku nak tanya, hina sangat ke orang kulit gelap ni ? Perlu ke sampai kau ejek melibatkan mak ayah. Yes, mak ayah kau mungkin putih melepak. My whole family mostly kulit gelap. Dua tiga orang je adik beradik aku cerah sebab mak aku kulit kuning langsat berbanding bapak aku hitam manis . Dulu time aku sekolah, semua ejek bapak aku keling sebab ayah aku memang gelap. Yes aku mengaku. Tak de benda nak malu. Aku ingatkan zaman sekolah je benda ni. Dah besar pun sama. Sampai ada satu tahap si pengejek boleh keluar statement ' aku rasa kau hitam sebab waktu mak kau mengandungkan kau, mak kau kena panah petir '. Weyy, kau nak ejek aku ke, aku dah boleh telan sebab benda tu normal dah bagi aku. Tapi yang kau libatkan mak ayah aku kenapa ? Aku tak tahulah niat kau bergurau ke apa. But, its not a joke. Totally not. Latest ni adik aku mengadu, kawan dia ejek 'orang minyak'. Malah budak tu ejek adik aku depan mak ayah dia. Kecik lagi tak de lah nak peduli. Ni dah besar panjang. BESAR ! Weyhh, aku tanya lagi sekali, HINA SANGAT KE ORANG KULIT GELAP ?

– Hitam manis

CREATE A POST

One comment

  1. Allah tak pandang pada paras rupa/ Hitam atau putih sama je :) Chill. mereka yang kata awak belum tentu putih bersih hatinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *