hina sangatkah ibu tunggal?

Assalamualaikum admin. Terima kasih sudi post karangan saya ni. Sekadar luahan dan perkongsian. Yang saya harap, ramai akan lebih memahami golongan macam saya.

Zaman sekarang, ramai ibu tunggal muda. KENAPA dan apa punca punca ni, usah lah dibahas kalau cuma akan undang pertengkaran antara kaum suami dan isteri. The never ending topic to be discussed.

Tapi percayalah, antara Janda dan Duda, yang menerima impak negative yang lebih hebat adalah si Janda/Ibu Tunggal. Memang, dalam setiap kegagalan perkahwinan mesti sedikit sebanyak berpunca dari kedua belah pihak.

Tapi kenapa mesti kaum ibu tunggal yang harus menanggung segala kata cerca, hinaan. Sudahlah kami yang menggalas tugas menafkahi anak anak , ya bukan semua lelaki mahu pikul tanggungjawab sebagai ayah. Kami lah si ibu yang ganti dalam segala hal. Kami lah ibu kami lah ayah.

Tak cukup dengan kepayahan kami, kami terpaksa berdepan dengan stigma masyarakat baik dari kaum makcik2, akak2, adik2, dan kaum lelaki. Makcik2 cara makcik lah. Mulut laser menikam kalbu. Kalau kaum lelaki, sering memandang kami ibu tunggal muda khususnya sebagai perempuan yang tiada lagi nilai. Kami dipandang hanya dari sudut seks. “janda ni banyak pengalaman di ranjang. mantap tapi sayang, hanya sisa”. Ayat2 seperti ni sangat menghina, sangat sangat. Apakah kalian lupa, isteri2 para Rasulullah semuanya balu dan janda kecuali Saidatina Aishah ?. Dan kenapa mesti status kami ni sering dipandang melalui satu faktor yang sangat jijik? Mana hormat pada kami sebagai perempuan yang kuat dan tabah ? kadang kalian juga terlupa ibu dan saudara kalian juga ada yang janda dan ibu tunggal.

Harus kalian tahu, bukan semua ibu tunggal terdesak perlukan suami. Bukan semua ibu tunggal itu murah boleh dibuat main, dipermain perasaan kami.

Tolonglah hormati kami. Hentikan lah memandang kami dengan pandangan yang hina. Makcik2 yang juga ada anak dara, elakkan lah mengata kami, kalau kami sendiri pun tak pernah bercadang untuk diceraikan. Tak mustahil anak makcik akan melalui yg sama, Naudzubillahiminzik.

Apapun , perempuan walau apa pun statusnya. Baik anak dara, ibu tunggal yg balu atau janda, gadis yg terlanjur dan bertaubat,, pandanglah kami sebagai insan yang masih ada maruah, sebagai seorang anak yang punya ibu bapa. Juga seorang ibu pada anak2 yg sedang membesar. Dan untuk perempuan, kita jaga lah maruah kita dari setiap segi. Baik aurat, pergaulan, dan pembawakan kita. Kita adalah perempuan , kaum yg Allah muliakan di sisi Islam..