knpe mesti manusia mengutuk kerja org ? yg selalu jd mangsa aku tgok doktor / nurse / polis / cikgu / jpj .
aku tahu ade sesetengah dari depa ni . mmg salah or buat kerja memain tapi jgn lah jadi stereotype please . aku nak kupas pasal cikgu je kali ni . yg lain aku kupas nnti . tupon kalau korg nak baca . aku tahu pasal kerja cikgu sbb hidup aku dikelilingi cikgu . pak sedara mak sedara czin ramai ckgu . kwan2 aku dan aku pernah belajar dgn cikgu . yg selalu org kata . cikgu kerja senang tapi gaji bnyak . cikgu ajar anak2 tak menarik . cikgu pilih kasih . well meh aku nak share beberapa situasi
1. special event : hari anugerah / majlis perpisahan
korg perasan tak dewan cantik terhias ? untuk setiap majlis ? ade certain sekolah cikgu yg hias tapi ade certain pelajar yg hias . even pelajar yg hias pon akan ada cikgu yg menjaga . dah dari cikgu tetiba kena jadi jaga pulak . depa dapat gaji lebih tak ?
2. student sakit
bila student sakit time sekolah . nak pergi hospital . kalau sekolah yg takde van or driver cikgu yg tlong hntrkan . duit minyak depa bukan boleh claim . dah jadi driver pulak . kalau yg duk asrama . tgh2 malam ade yg sakit warden g lah hntr . masa dia dgn keluarga dia abaikan je sbb pelajar dia lebih penting .
sebenarnya banyak lagi . depa ni lah jadi polis duk tgkap budak fly . depa jadi buruh duk bina pondok bina macam2 cntik kan sekolah . depa jadi macam2 tapiiiii depa tak pernah dapat bayaran extra pon untuk kerja tu .
aku tak tahu lah kalau ada tapi aku tak pernah dgr arkitek jadi polis . arkitek jadi tukang cuci ke . polis jadi tukang kayu . tapi cikgu ?
dia senang cter macam ni laa . korg isi tempat kosong kat dialog ni okeh
A: hang keje ape weh?
B: aku kerja ……..(isikan kerja korg)
A: oh. aku dengar org cakap kerja macam hang ni semua pemalas. sebab hari tu aku nmpk diorg ni buat kerja memain
apa kau rasa ? bengang ? marah ? tipu lah kau tak marah . percayalah . what ever you are akauntan polis doktor arkitek supervisor . kau akan buat silap . manusia tu tak sempurna . sekiann . maaf panjang gilaa .
– ieda
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
aku tak suka sanjungan pd cikgu yg berlebih-lebihan.. yes they get the job done, itu mmg perlu dihargai tp jgn lebih sgt.. semua tu masih dlm job scope diorang kat sek.. cth kemas dewan ke ada ajknya.. bw budak sakit tugas guru bertugas, kls tambahan ada jadualnya
Indeed. N nk btau bkn cikgu je yg kne buat keje laen makne kte bkn jobcsope die. Mgkin penulis nie xnmpak in real lagi. Pengalaman aku cikgu skg byk kejar pencapaian sekolah n kpi. Susah nak cari cikgu yg betol2 ikhlas mngajar mcm zaman dlu. Xnak kutuk byk tp confession pasal cikgu nie xperlu nk berlebih-lebihan sangat sbb in reality xmcm tu pon. Pengalaman aku sendiri cukop utk menilai brape org guru je yg betol2 mngajar dan yg hanya mengejar nama dan yang hanya ingin mghadap pelajar tidak bermasalah sahaja. Mgkin ade yg ikhlas tp xramai. Kepada guru yg ikhlas mngajar mementingkan murid lebih dr segalanya sgtla di hargai.
Norzalina Noruldin Win! Cukup kenal separuh lebih dr kawan2 aku pn jd cikgu dsebabkan xdpt keje selepas graduate. Abis degree amik kpli so bleh senang dpt keje kerajaan. Dieowg xminat pn mengajar sebenarnya n Nak cari cikgu yg iklas (xnak something in return) ajar anak murid tanpa penat lelah nie bleh kira gan jari ja.