Hipster vs Raver – 10:02 PM

Hipster vs Raver – https://iiumc.com/forumv2/

Salam admin. Tq sudi baca. Hope share. Isu tengah viral & kecoh sekarang "Hipster vs Raver" semua melibatkan anak muda remaja sekarang. Rosak! Dan menyedihkan mostly all of them melayu. Anak muda bangsa lain sibuk belajar kumpul ilmu, anak muda kita buang masa perkara sia-sia.
Hipster; Acah-acah kaya bergaya habiskan duit parents. Baju, phone, makan semua nak mahal-mahal but mostly poket kosong. Takpon dapat duit bukan dengan effort sendiri. Acah stylo dengan cara bergambar pelik-pelik. Batak like & followers.
Raver; joget macam sotong, macam tebar roti canai. Tak tahu dari mana datang. Pakaian entah apa-apa. Zaman sebelum ni mungkin punk vs skinhead vs hiphop. Entah. So persoalan di sini, salah siapa semua ni? Aku sedih tengok anak-anak muda hancur macam ni. Pelajaran entah ke mana apatah lagi didikan agama. Kadang aku tertanya-tanya mak ayah budak-budak ni tak tegur ke anak mereka? Tak marah ke anak mereka? Tak ajar ke anak mereka? Sedih tengok bila mak ayah terlampau sayangkan anak hingga tak dimarah tak ditegur bila anak buat silap. Sedih bila disekolah dimarahnya cikgu yg menegur tujuan untuk ajar anak mereka. Zaman aku dulu, nak mengadu dengan parents kena marah dengan cikgu pon takut sebabnya mahu aku kena balun dengan parents aku. Tak berani nak buat benda begini, mahu tali pinggang, hanger hinggap dekat badan. Kalau tak kena rotan pon, cukup jelingan abah dengan mak buat aku kecut perut. Automatic diam sopan pijak semut tak mati. Alhamdulillah sebab ketegasan masa mendidik jadikan aku manusia. Bukan aku saja, kawan-kawan aku yang dididik begini pon sama. Berdisiplin.
Budak remaja jadi begini punca utama aku rasa disebabkan didikan parents ataupon layanan parents terhadap anak-anak diorang. Kadang parents terlampau garang pon susah juga sebab takut anak-anak memberontak. Biarlah bersederhana. Tegas bila mendidik dalam masa yang sama mampu menjadi kawan baik kepada anak-anak. Aku cuma luahkan kekecewaan aku terhadap anak muda sekarang, makin melampau teruknya. Mungkin ada yang kurang setuju dengan aku tapi aku tetap nak cakap didikan & layanan parents penyumbang utama perbentukkan anak remaja sekarang. Cuba kita fikirkan sama-sama apa yang bakal jadi pada negara kita jika pelapis dan penonggak bangsa & negara semuanya cetek ilmu pengetahuan dan paling penting cetek agama. Aku risau kalau bangsa melayu dan beragama Islam tapi semuanya seperti barat. Duhai ibu ayah didiklah anak-anak mu sebaik mungkin, itulah harta yang berharga bila kita sudah tiada di muka bumi ini. Salah dan dosa yang anak-anak lakukan, kita yang terima balasan. Baik dan pahala yang anak-anak lakukan, ganjaran yang kita perolehi. Lentur buluh biar dari rebungnya. Kalau anak-anak dah besar baru mahu dididik sudah tak guna lagi.

– g8

CREATE A POST

3 Comments

  1. Semua nie cuma sekadar satu tempoh untuk diisi mereka mereka menganjak dewasa dan matang.. Beri nasehat bukan merendahkn sangat, kataakan pada mereka adalah lebih baik diisi tempoh ini pada perkara yang lebih berfeadah

  2. Walaupun saya baru 17 tapi saya pelik why mostly diorng suka bergaya pelik2 ..makanan mahal2 mcm tiap hari pun nak post .. nampak cantik bergaya sume dalam media sosial ..rugi memang rugi

  3. Itulah kan. Walaupun parent saya bole bg mostly apa sy mintak tp saya rasa kesian sebenarnya nk mintk mcm². lebih baik hidup ni kita nampak rendah di mata orang asal nilai hidup tu masih ada dalam diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *