Hai, assalamualaikum. Nama aku Mariam umur 23 tahun, belum berkahwin. Mcm korang baca tajuk hm hitam sangat ke aku? Since kecil ramai yang kata kan aku hitam or sopan sikit ‘gelap’ Orang akan persoalkan dekat mak aku. Anak kau ke ni Milah? Awat lain benor dengan muka kau? Since mak aku orangnya cerah. Mostly, kawan or saudara mara, sepupu sepapat mak and ayah aku selalu persoalkan kenapa aku gelap berbanding parents and adik beradik aku. Ayah aku hitam manis. So maybe aku ikut baka dia. Tapi still aku tak tahu kenapa orang mesti akan persoalkan and kadang buat jadi bahan gurauan. Diorg cakap ohh maybe tertukar masa dekat wad lah. Entah anak orang lain entah. Tk ada ikut muka kau langsung lah.
Even masa tuh aku kecik lagi still dalam sekolah rendah. Ingat aku tak faham ke apa yg diorg cakap? Tipu lah kalau aku cakap aku tak sedih. Aku selalu je menangis malam malam if teringat. Pernah jugak tanya dekat mak aku dulu. Hitam sangat ke kakak ni mama? Mak aku cakap, kakak hitam manis lah. Biarlah apa orang cakap. Kakak tetap anak mama. Dulu pun mama gelap jugak masa kecil kecil. Entah mcm mana boleh cerah. Pakai Safi je pun. Hahaha. So aku pun lega lah sikit dengar. Ohh besar nanti aku putih lah kot mcm mama.
Bila dah masuk sekolah menengah aku aktif sangat sukan, sampai tak ada masa nak cerahkan kulit. Selalunya nak cerah bila nak dekat hujung tahun gituw sebab sukan semua dah habis. Tapi bila masuk tahun baru. Gelap balik sunburn semua. Aku tak kisah sangat masa ni.
Bila aku masuk uni, maka bermula lah lagi sekali episode hitam ni. Budak lelaki uni aku selalu bahan aku pasal aku hitam hitam, even kawan perempuan aku pun kadang kadang buat bahan benda ni. Mula mula memang lah kita akan gelak sekali, layankan je lah maybe diorg nak bergurau. Tapi bila dah banyak kali setiap hari setiap masa. Tak kira tempat. Benda tuh jadi agak annoying and kadang kadang memalukan bila sampai diorg selamba badak cakap depan lecturer semua.
Pernah gotong royong bersihkan fakulti. Budak lelaki repair kerusi. So kerusi yang dah siap tuh aku masukkan dalam kelas. Tiba tiba ada sorang lelaki saja bahan. Ehh main ambik je kerusi orang. Aku pun gelak jelah tahu je dia nak bergurau. Tapi ada yang menyahut, alahh biarlah je lah dia ambik bukan ada orang nampak dia pun. Kan hitam. Orang ingatkan bayang bayang. Then dia gelak sampai bergegar fakulti. Dia ingat lawak lah kot. Aku terus tak ada mood and masuk kelas dah berair mata. Masa tuh aku rasa malu gila gila. Sebab ramai gila lelaki and junior tgh gotong royong ramai ramai. Semua dengar apa dia cakap.
Bila korang baca ni, maybe korang rasa benda ni alahh dia nak gurau ke apa. Tapi bila dah setiap masa kena panggil hitam, negro, nigga, bayang bayang lah bagai. Korang rasa benda ni lawak lagi ke? Aku rasa aku tak adalah gelap mana, just hitam manis. Ada je lagi yang gelap. Tapi aku yang dijadikan bahan lawak. Konon hitam sangat. Bagi orang lain maybe benda ni tak ada apa. Tapi bagi aku yang rasa. Sumpah benda ni buat aku jadi low self confident. Banyak lagi yang aku kena, kang aku cerita panjang berjela pula.
Aku pernah je pakai produk yang putihkan kulit tuh. Tapi berapa bulan je. Then aku stop sebab rasa not worth it lah kau pakai benda tuh just sebab taknak orang panggil kau hitam dah. Then yang merananya kau. Sebab mercury bagaikan. Sebab ikutkan yang gelap muka aku je badan semua aku kuning langsat je. Tapi takkan aku nak tayangkan haha.
So pada korang yang suka jadikan appearance orang as bahan modal korang nak buat lawak tolong lah jangan buat mcm tuh lagi. Benda tuh maybe kelakar pada korang tapi tidak kepada orang tuh. Kita tak tahu apa yang dia rasa or lalui. Maybe sbb dia gemuk korang panggil dia ikan paus lah badak berendam lah apa lah, korang tak tahu betapa banyak dah dia exercise. Tak makan sebab nak kurus. Kalau dah gelap. Habistuh nak buat mcm mana dah Allah anugerahkan kulit macam tuh. Kalau kau putih sangat bersyukurlah. Kalau sakit sangat mata kau tengok aku ni gelap. Why not belikan aku Aura White ke, Slimming White ke, Qu Puteh memang putih tuhh kann. Hahaha assalamualaikum
– Mariam
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit