HIV Cerminan Masyarakat

Aku mulakan dengan assalamualaikum kepada semua pembaca. Moga semuanya dalam lindungan Allah dan rahmat kebahagiaan.

Aku pernah hantar confessions sebelum ni yang bertajuk seberat berat ujian (https://iiumc.com/seberat-berat-ujian/). Tapi tak nak sentuh bab tu cuma aku nak fokuskan bagaimana menderitanya aku yang terpaksa menanggu sendiri tanpa meluahkan dekat sesiapa pun yang aku ni PLHIV.

Pertama tama aku ucapkan alhamdulillah kepada Allah sebab aku masih bernafas pada udara yang sama untuk kita bernafas ini. Dan aku masih sihat meneruskan hidup seharian aku. Aku mula tahu yang aku ada HIV sejak 2014 dan bermakna hampir 6 tahun aku meneruskan kehidupan dengan satu hikmah yang maha tinggi dari Tuhan.

Tapi tahukah kalian betapa terseksanya saat terpaksa menyimpan satu rahsia yang kita tak noleh cerita dekat orang lain sebab kita takut betapa kejamnya manusia kat luar sana yang akan mencaci, memaki dan menghina diri ni. Ibarat mereka tak ada dosa yang bersih dan suci muluk muluk.

Sampai saat ni aku masih ingat macam mana banjirnya air mata aku bila pegawai perubatan dekat klinik bagi tau yang aku memang HIV+. Teresak esak hilang rasa malu. Ibarat roh sudah terbang dari jasad. Ibarat badan tanpa nyawa.

Waktu aku tahu tu yaa aku madih seorang pelajar. Aku masih muda. Dalam minda aku cums terbayang betapa singkatnya hayat yang Allah akan bagi pada aku. Terputus segala angan angan zaman tua aku. Kau bayangkan seperti hidup kau tiada harapan lagi. Jadi itulah yang aku rasakan.

Jujurnya aku memang tak salahkan Tuhan. Tapi aku terlalu benci dengan masyarakat yang masih lagi pandang jijik dan hina pada golongan macam aku. Apa kamu semua sudah terjaminkan 10 orang yang dijanjikan syurga itu? Takkkkk. Jadi kenapa kamu menganggap orang macam aku ni seperti sampah? Seperti bangkai.

Dan aku tak boleh terima polisi syarikat yang tak ada kena mengena pon dengan aktiviti yang berisiko dijangkiti penyakit untuk membuang pekerja yang hidup sebagai PLHIV. Cerita pada ku apa kaitannya HIV dengan kerja di office yang menghadap pc?

Kerja di khidmat pelanggan yang hanya bercakap? Bekerja di sektor perkhidmatan yang lain seperti guru, perunding atau mungkin perkhidmatan pekerja hotel. Apa hak kami sudah ditidakkan oleh masyarakat? Sudah dianak tirikan di bumi malaysia ini. Dan ini yang dikatakan sebagai minda kelas pertama?

Tidak. Sama sekali tidak. Jadi jangan salahkan kami yang hanya memendam sendiri penyakit ni tanpa memberitahu orang lain walau keluarga sendiripun. Yaa aku tau ada mereka yang beruntung ada keluarga yang memberi dorongan. Tapi berapa ramai? Jadi jalan yang paling mudah biarlah ianya menjadi rahsia sendiri.

Tapi dalam tempoh penerimaan diri sendiri tu memakan masa jugak. Hampir setahun aku menangis setiap malam. Bantal menjadi saksi. Dan malaikat raqib dan atid juga menjadi saksi tersedu sedunya aku setiap malam.

Esok aku bangun memakai topeng paling ceria setap hari. Ketawa, senyum dan bersosial seperti biasa. Melangkah kaki ke rumah petangnya aku tanggalkan topeng. Fikiran melayan layan. Senyuman hilang dan bayangan diri terus berbisik.

Jadi apa yang harus aku lakukan? Seramai manapun bff kau kau tak akan mampun ceritakan pon pasal benda ni. Ya itulah aku. Simpan, dan simpan. Kau terpaksa menangis disisinya tapi bila dia bertanya, “kau kenapa? Ceritalah mana tau aku boleh tolong” dan kau terus menangis tanpa memberikan sebab. Kerana takut kehilangan kawan.

Cuma aku tertanya tanya sampai bila masyarakat kita sedar dan membuang stingma tentang hiv ni? Sampai bila? Aku akui sebelum aku ada hiv ni aku tak pernah pun ada kesedaran tentang penyakit hiv. Mungkin kurang membaca barangkali. Atau aku yang jenis tak ambil pusing.

Ya salah aku barang kali terlalu ambil mudah dan tak kisah. Tapi sedarlah sokongan itulah sebaik baik ubat. Motivasilah sebaik baik keceriaan. Dan bangunlah dari gelap yang tak berpenghujung dengan kebodohan.

Bacalah. Dengan nama Tuhan mu yang menciptaan. Yang telah menciptakan segumpal darah menjadi daging. Bacalah dengan nama Tuhan mu. Jika kita tak membaca apa kita tahu dalam al-quran itu ada maksud2 tentang proses penciptaan manusia? Renungkanlah.

Sesungguhnya demi waktu dhuha yang sedang naik menerangi dan waktu malam yang dinihari yang untuk mereka yang hidup dalam kejatuhan seperti aku. Bacalah surah ad dhuha.

Betapa sayangnya Allah kepada kita walau malam yang gelap seperti hidup kita ini Allah telah bersumpah demi waktu dhuha. Yang memberikan sinar mentari pagi yang tenang dan damai. Allah juga bersumpah demi waktu malam. Yang malamnya penuh ketenangan. Untuk kita bersujud. Berehat dari penat keduniaan.

Terima kasih ya Allah memberi hadiah kehidupan kepadaku.

– Aku PLHIV (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *