hmm engineer?

assalamualaikum. harap admin approve confession saya ni.

saya graduan bukan uia. grad tahun lepas dan dah bekerja 10 bulan sebagai engineer di sebuah syarikat di kl. selama 10 bulan ni la sy nk kongsi sikit sebanyak apa yg dah lalui sebagai ‘engineer’. mostly bukan nk share workload atau tentang dunia tp tentang pandangan masyarakat.

saya mula bekerja dgn gaji Rm2.5k. masih tinggal bersama family. nk kata untung sgt kan? nope. both my parent are not working. so im the one who pay all the bills since im the oldest daughter in fmily. ok nk share sikit.

1. orang selalu ingat engineer ni gaji besar dan mampu serba serbi.
saya ada bnyak tangungan since mak bapak dah tak bekerja sebab sakit. so my salary boleh kata 70% utk fmily dan rumah. tinggal lebihan sikit utk duit minyak dan kereta. tapi saya ni bukan jenis pumpang2 tunjuk senang atau susah saya kat umum. so ramai assume sy senang. ada yang jumpa mintak belanja. memang saya tahu rezeki murah kalau kita belanja orang. tapi dengan rm5 dalam purse, nk belanja 3 org kau rase apa dapat? bila sya cakap sy takde duit takde sorg pun percaya. raya pun saya tak bagi duit raya utk sepupu2 yg kecil. sbb tak berkemampuan nk bagi dgn belanja nk balik kg lg. ada je yg cakap sy engineer kedekut. simpan duit banyak2 buat apa. yang paling tak boleh blah skali kadang2 anak2 tak minta pun duit raya but their parents pointing at me suruh anak anak nya mintak duit raya. duit raya bukan wajib ye. cuma mengembirakan anak kecil tu adalah pahala nya. parents kena ajar anak2 yg duit raya bukan wajib. sedara mara semua lagi berminat nk tahu berapa gaji dan elaun sebulan sy dr nk tahu experience kerja dlm bidang construction. most of the time mmg rasa annoy sangat hahahaha

2. kahwin mesti grand.
saya plan nk kahwin tahun depan tp serba ringkas je. tanpa hantaran. tanpa pelamin besar dan sanding. hanya majlis kecil. ada suara2 cakap ‘hai takkan engineer kahwin sengkek macamni je?’ ada jugak yang suruh sy cr pasangan yg lebih sesuai dan berkerjaya mcm sy. but i dont care. kumbang yg saya nk tu ada satu je. biar la tak kacak ke tak kaya ke tak kerja bagus ke.

3. orang expect kau pakai barang branded.
saya suka beli barang murah. even baju pun saya beli bundle je. selipar pun pakai croc tipu hahahaha. tudung tak pernah lebih rm15. but then sedara mara expect kau pakai barang branded bergaya lagi mahal since kau kan ENGINEER.

4. kenal mana kawan mana lawan.
dalam family besar, family sy boleh kata yg plg tak senang. i mean my parents kerja biasa je dulu. then bila ada family day atau open house atau makan2, we never get invited. maybe diorang rase our fmily got no class to gather with them. macam sy tak pernah kesah tapi dlm hati parents kita mesti sedih bila keluarga sendiri menyisihkan sebab kita bukan org kaya. tapi bila dah kerja dan sedara mara tau yg dah jadi engineer, suprisingly ktorg dpt invitation dlm semua majlis. kalau dulu dtg join mana2 majlis takde orang pun sudi sembang ngn kita. tapi sekarang semua nk ajak sembang. semua nk ajak buat aktiviti sama. macam fake sangat.

5. masa itu emas.
jangan terasa kalau ada engineer yang takde mase utk awak. ada yg kena kerja 6 hari seminggu. ada yg 2 minggu sekali dpt cuti. please please please paham yang dorg tak punya byk masa free. jangan sedih atau tacing kalau kawan tak dtg kenduri kahwin kita ke open house ke. dengan cuti sehari tu jela nk kena layan fmily nak beli barang keperluan. so cuti sehari mereka tu amat berharga. of course priority kat fmily.

6. planning.
sy punya planning adalah utk mencari pengalaman selama sy belum ada anak dan komitmen lain. bila sy suarakan yg sy nk jadi suri rumah lepas ada anak in future ramai betul yang mencemuh. ada yg cakap dy bodoh belajar tinggi2 duduk rumah je. ada yg ckp sy xde mase depan and whatsoever. hello mmg sy planning nk jd housewife tp bukan semata housewife. lebih kepada bekerja dari rumah. judgemental betul masyarakat kita.

akhir sekali nk bgtau. ketahuilah bahawa engineer pun manusia biasa. orang luar mungkin dgr engineer macam gah. yang kerja dalam bidang ni taulah macam mana kena korban masa dan tenaga.

ok saje nk share. kalau nk share experience kerja rasa mcm belum layak sebab baru je lagi. kalau ada yg nk tips kerja kat constuction site buat ladies baru sy buat next story.

– cik ta

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit