Homesick
Homesick…
Assalamualaikum w.b.t,
Aku seorang yg kuat homesick, walaupun aku seorang lelaki. Salah ke? Aku juga merupakan seorang pelajar yg belajar dlm intitusi awam… Dan ingin dijadikan cerita, aku berjaya mendapat tawaran pembelajaran diploma aku di Melaka. 2013, tahun semasa aku menduduki SPM dan 2014 merupakan tahun aku mendapat result SPM. Alhamdulillah aku bersyukur dgn keputusan yg dah di qada dan qadarkan oleh Nya. Dan di sini aku mula mencari arah kehidupan dgn memikirkan perlu ke aku sambung uni lepas ni? Aku minta petunjuk dan bimbingan drpd kedua mak ayah, selebihnya aku berserah kpdNya utk aku meneruskan kehidupan dalam menuntut ilmu. Dipendekkan cerita, aku berjaya masuk ke uni tersebut. Bermulanya kehidupan aku di sebuah institusi awam di Malaysia. Semester 1. Ya, pada tahun 2014 ni aku masuk ke uni tersebut dan aku ikut program seminggu yg dianjurkan oleh pihak uni tu. Dalam tempoh tu… Jujur aku kata aku byk menangis, aku hilang arah, mcm jd org paling tak berguna. Aku hilang tempat aku bermanja… Seminggu tu aku byk menyendiri… Jauh drpd orang. Aku takut. Takut dgn keadaan sekeliling. Aku byk habiskan masa aku di masjid, dari siang ke malam… Aku byk nangis disitu, mengadu, bercerita, meroyan… Sebab apa? Sebab aku HOMESİCK!. Aku culture shock di situ… Tk berani berdikari, aku tk kisah dipanggil penakut, manja, kuat menangis. Sebab itu mmg diri aku.
Masuk minggu pertama dlm sesi pembelajaran… Jujur aku kata semester 1 aku di situ aku byk ponteng kelas, tk buat assignment, menyendiri dan menangis keseorangan…. Surau dan masjid dah jd rmh kedua aku sbb aku jumpa keselesaan di situ, bermakna aku rasa diri aku dilindungi. Sepanjang sem 1 aku, acap kali aku pulang ke rumah. WAJİB setiap minggu. Aku akan usaha beli tiket bas utk balik. Naik KTM sampai ke malam semata-mata ingin berjumpa dan bersua muka dgn mak ayah aku. Bagi aku itulah ketenangan hakiki aku. Sungguh aku kata aku pernah dipanggil anak manja, sbb apa? Sbb aku selalu pulang ke rmh. Aku diamkan. Selagi aku mampu balik, aku AKAN balik.
Kini aku dah tahun akhir, semester 4 dan aku masih lagi rasa HOMESİCK. Walaupun aku dh bawak kereta utk memudahkan aku belajar, tp aku juga guna utk pulang ke rumah pd hujung minggu. Walaupun aku ada kelas pd hari jumaat tu sampai petang. Aku sanggup menghabiskan wang minyak asalkan aku pulang ke tempat ketenangan aku…. Macam² cara aku guna nk hilangkan homesick ni. Sampai satu hr tu, masa aku sem 1 aku amik borang nk quit, and waktu tu mak ayah aku dtg nk bincang perkara ni. Aku rasa sebak sbb sanggup mereka off kerja semata nak dtg ke Melaka drpd Selangor… Ya Allah peliharalah mereka. Amin.
Admin bila kamu ada terbaca ni, harapnya boleh la bg tips ya utk hilangkan perasaan ni, mcm² cara aku guna, pergi kaunseling, tanya senior, lecturer, kwn²… Aku tak mampu nk habiskan sisa diploma aku mcm ni. Tinggal sat u sem je lg… Allahu
– Pembawa Diri