For our information saya bekerja di sebuah syarikat yang mana department saya semuanya berbangsa cina excepting me then saya seorang muslimah bertudung labuh. Banyak persoalan mereka yg tidak mampu saya untuk menjawabnya.Kadang-kadang saya keliru nak jawab apa sbb if yg tanya islam tue ok lah tapi nak lontarkan padangan terhadap org bukan islam saya masih tak mampu. Adakala hanya mmpu tersenyum je. Saya malu sbb tak banyak ilmu. Pernah juga diorang Tanya saya soalan killer , nak tahu soalan apa, “u tgk islam nie semua tak boleh apa kata u masuk je agama kami dah tentu2 u boleh makan semua”, nauzu billahi min zalik, istifar terus saya dalam hati. rasa nak nangis semua adalah. Tapi saya balas balik maaf saya tak berminat. Saya tetap dengan agama saya, siap dia balas balik kalo u kahwin dengan org cina macam mana, sajalah tue depa nk uji saya.. Saya cakaplah saya suruh lah dia masuk islam.. terdiam diorg dengan kata2 saya,. Itu tak lagi bile diorg tgk saya dari ats kebawah macam nk telan je,sebb pelik tgk pakaian saya yg labuh2. Antara soalan mereka
1. Kenapa kamu pakai tudung. Boleh tak tanggal tudung yg kamu pakai. IF SAYA KATA TAK BOLEH then diorg terus kata tapi kenapa budak islam lain tak pakai pun.
2. Kamu boleh tak makan masakan orang cina even diorg tak masukkn khinzir dalam mknn tue.. homemade from rumah( confius sbb saya nak je tanya kat rumah u masak tak khinzir tak. kalo masak kuali yg u pakai pown i tak boleh mkn (dalam hati je jawab).
4. Kenapa u pakai stokin,sarung tangan. kat sini bukAn ade llki pown.
5. .Kenapa anjing tue tak boleh pegang dan kenapa kucing boleh pegang.. ? bile saya cakap bahawa dalam al-quran melarang kami dari menyentuh anjing dan khinzir.. makin byk pulak yg diorg tanya. lagi
Sungguh saya tak tahu bagaimana jalan yg terbaik dalam berdakwah. Sampaikan diorg pernah kata pada saya u nie rugi lah semua benda tak boleh, tapi saya jawap apa saya tak rasa rugi pown tapi saya rasa selamat.. sebab saya tahu kesan disebalik apa yg dilarang tue.. Bagi diorg islam nie membebankan. Jadi saya mohon pandangan kalian atas isu nie. Ianye bermakna buat saya.. Jazakallah
– =(