Hormati Air Tangan Orang Lain

Assalamualaikum dan salam ramadhan. (:

InsyaAllah saya cuma nak memberi teguran kepada mereka2 yang suka mengkritik air tangan orang lain dgn perkataan yang kadang2 tanpa sedar dah mengguris hati mereka. Suka utk saya beritahu yg lidah manusia ni lain2, sedap di mulut kita belum tentu rasanya sedap di mulut org lain dan begitulah jugak sebaliknya.

Hormatilah air tangan org lain yang dah berpenat lelah masak. Kalau tak suka, diam. Janganlah sesedap hati condemn tak cukup rasalah, masinlah, manislah, tak sedap macam si fulan ni buatlah.

Macam saya sendiri, saya lebih suka memasak apa yg suami saya suka makan dan tastenya saya akan ikut 100% citarasa suami saya. Tapi bukan semua org suka kan? Sebab saya juga pernah ditegur oleh hamba Allah bahawa masakan saya tu tak kena dengan lidahnya. Tapi saya hanya menerima teguran itu dgn senyuman kerana bagi saya yg penting masakan itu sedap di lidah suami dan anak anak saya.

Ada org suka lebihkan garam. Ada org suka lebihkan gula. Ada org sula masam. Hak masing masing dalam mencurahkan kreativiti dalam masakan.

Pernah sekali tu saya masak mee rebus, kebetulan ramai adik beradik dan ipar duai, semua nak rasa, habis huru hara jadi rasanya. Sebabnya yang ni nak tambah gula, yang ni katanya kurang garam, bla bla bla… jadi akhirnya mak saya ke dapur dan beritahu biar Nim sorang saja yang siapkan.

Simple kan? Mak saya mudah orangnya. Kalau bab merasa yg mak masak, memang dia akan suruh abah yang rasa. Sedap di mulut abah, sedaplah di mulut kami.

Walaupun ada juga yang tak berapa kena di mulut kami tapi selalunya kami tidak akan kritik sebab mak memang pesan jangan suka mengkritik taste org lain sbb taste manusia Allah cipta berbeza beza.

Sama macam pergi rumah kakak ipar, mak tak pernah condemn pn air tangan kak ipar saya walaupun saya tahu mak memamg jenis tak suka masakan yg heavy & letak ajinamoto. Tapi mak relax je cool je makan. Pernah saya tanya mak kenapa tak cakap je dkt kak ziha yang mak tak berapa suka? Tapi mak jawab "Biarlah tu style dia masak, lagipun adam suka. OK la.". Adam ni abang saya. Hehehe..

Jadi bila dah kahwin ni saya pun buat benda yang sama, apa yg saya masak, saya akan follow taste suami dan saya takda masalah langsung dgn taste suami sbb syurga saya ada pada dia. InsyaAllah apa yg dia suka, itulah yang saya suka dan moga Allah redha dengan apa yg saya buat ni.

Sekian. Selamat mengimarahkan baki baki Ramadhan yang tinggal. Assalamualaikum.

– Tasneem

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *