Hospitalphobic
Assalam . terima kasih sebab approve saya punya confession ni .
Aku ni masa form 4 and form 5 aku bercita cita nak jadi doktor. keinginan nak jadi doktor tu memang kuat sangat.nak dijadikan cerita aku ni budak sbp.aku ni takdelah pandai sangat.tapi sebab aku nak jadi doktor tu membuak buak aku gila study bagai nak rak almari semualah.
then bulan 3 tahun 2014 result spm diumumkan.aku punya gelabah dengar satu satu nama budak straigt a diumumkan naik ke pentas. sampai nama terakhir , nama aku tak disebut. ko tahu je lah perasaan aku masa tu.nak pengsan nak tercabut nyawa aku .aku pergi beratur ke kaunter untuk amek keputusan untuk budak budak yang tak dapat straight a's ni.sampai turn aku , ustazah aku bagi slip aku . satu satu aku bukak then keputusannya 6A5B+ . ape ko rasa kalau kau jadi aku dengan 5B+ tu? masa tu aku sedih gila dan dalam kepala aku dah set "no medic for me".
tapi hari demi hari atas dorongan dan semangat yang kawan aku beri aku dapat terima takdir ni.terima kasih kawan kawan yg memberi dorongan untuk aku kembali semangat menjadi seorang doktor.tiba masanya pula aku check result UPU. aku dapat diploma kejuruteraan kimia di sebuah universiti awam . matrikulasi pula aku dapat di negeri utara atau dikenali sebagai pulau mutiara.
setahun aku di matrikulasi , result aku untuk sem 1 setelah berpulun 3.92 . sem 2 pula aku dapat 3.83. aku minta medik dekat semua universiti awam yang ada medik .
tapi malang , aku tak dapat satu pon panggilan temuduga untuk medik.masa tu aku dah sedih nak mati.aku cuba mohon uni swasta , IMU aku bayar semua registration fees bagai , dapat la tawaran IMU tapi bila aku tengok yuran dia rm400k . mana nak cari duit nak? aku bukan dari keluarga yang senang.
sampai sekarang bila mak ayah aku ajak gi hospital melawat orang aku tolak untuk pergi . sebab apa ? aku rasa emo sangat bila aku jumpa orang yang pakai kot putih dengan sthetoscope.sedih dia memang macam orang putus cinta yang dah bercinta lebih 10 tahun.aku bukan tak terima takdir. aku dah terima yang aku bukan pelajar medik , tapi untuk mengelakkan dari kesedihan aku tolak pelawaan orang untuk ke hospital. haha
sekarang aku belajar dekat universiti awam dalam bidang kejuruteraan dan aku rasa suka sangat dengan kos aku. itulah aturan Allah memang yang paling terbaik . nasihat aku kepada adik adik yang masih belajar di sekolah lagi yang nak sangat jadi doktor , aku sarankan belajar lah elok elok dik . result matrik aku yang macamtu punnn tak mampu lagi nak dapat tawaran medik . zaman sekarang bukan mudah adik adik.jangan pernah berada dalam zon selesa semasa kau tengah belajar . bukan medik sahaja sekarang ni yang perlukan result yang gebu gebas . sekarang mostly course2 sains kesihatan ni perlukan pointer 3.5 dan keatas . terima kasih sebab baca confession ni :)
– doctor