Aku budak yang baru dalam proses nak jadi baik. Pada akhir diploma aku sudah mula belajar labuhkan tudung sikit, pakai yang senonoh, pakai stoking walaupun on off. Itupun sebab budak kelas selalu tegur. Bila masuk degree aku doa sangat tak nak sebilik dengan budak-budak yang tak baik. Macam diri baik sangat. Sekali aku sebilik dengan budak muzik, tak pakai tudung dan tak solat, Waktu itu aku memang aku angin dan stress tahap gaban.
Kerja budak muzik tak ada benda lain, main alat muzik tak kira masa hatta pukul tiga pagi solat entah kemana-mana dan sebagainya. Setiap kali aku kejut solat Subuh dia asyik cakap tak boleh solat. Gila apa perempuan tak boleh solat berbulan-bulan. Aku makin stress ada rakan sebilik macam ini. Sedangkan aku baru nak jadi baik rasa nak jadi jahat balik. Aku tak banyak cakap dengan dia. Dia ada jugak tegur aku. Satu hari dia ternampak buku atas katil aku. Tajuk dia “Amalan-Amalan Sunat 24 Jam Rasulullah”. Buku itu kawan aku bagi. Dia minta nak pinjam. Dia tanya aku,
“ Eh nak tanya, Nabi dengan keluarga Nabi ada lagi ke sekarang?”
Waktu itu aku memang terkejut gila dan rasa tak boleh nak mikir kejap. Boleh pula ada manusia zaman ini tak tahu tentang Nabi. Aku pun terangkanlah sikit-sikit. Walaupun tak adalah bagus sangat macam ustaz atau ustazah. Selepas itu dia mula ceritakan sebenarnya dia dari latarbelakang keluarga yang tak berapa nak tekankan bab agama. Waktu itu aku rasa bersalah yang amat. Aku tanya dia kenapa tak bangun solat Subuh. Dia kata dia period.Masalahnya berbulan-bulan. Dia kata dia ada masalah period. Setakat yang aku belajar. Kalau period perempuan lebih dari 15 hari namanya istihadah dan kena solat. Sekali dia tak tahu pun istihadah itu apa. Aduh! Dia pun ada cakap nak belajar pakai tudung dan belajar al-Quran. Waktu itu aku rasa ralat yang amat sebab aku tak cukup ilmu nak bimbing dia dan bacaan al-Quran aku dua kali lima dengan dia. Semester seterusnya aku sudah tak jumpa dia lagi dan lost contact. Aku doa sajalah Allah bagi dia seseorang untuk bimbing dia kearah kebaikan.
Alhamdulillah baru-baru ini, aku terjumpa facebook dia. Dia sudah kahwin dan pakai tudung. Aku syukur sangat. Sekalipun aku tak mampu bimbing dia, Allah hadirkan orang lain untuk bimbing dia. Kalau ada budak muzik yang terasa aku minta maaf. Aku pun suka muzik. Selagi mana tak melampaui batas dan tak lupa Tuhan “bermuziklah.”
Moral dan pengajaran:
- Kau jangan cepat nak hukum orang, jangan poyo sangat rasa diri baik.
- Belajar al-Quran dengan serius, paling kurang boleh ajar orang lain juga.
- Aku nampak kepentingan dakwah disini, dan percayalah ramai lagi yang bernama Islam al-Fatihah tak reti baca. Qunut pun tak tahu apa. Sebab aku salah seorang.
- Yang perempuan-perempuan, tak payah nak serabut dengan imamkulah, tulang rusuklah. Belajar bab haid, nifas, istihadah. Percayalah ramai yang masih keliru dan tak jelas skalipun sudah kahwin dan beranak pinak. Tak payah nak poyo tunggu suami ajar. Fardhu ain bukan benda remeh. Carilah jalan belajar. Jangan harap orang saja suap.
- Dari kau bersangka macam-macam, baik kau berdoa. Sangka buruk membusukkan hati sedang doa itu harapan dan pergantungan tertinggi kita pada Tuhan.
- Eh banyak pulak moral aku, konklusinya jadilah makhluk Tuhan yang bermoral dan bermanfaat pada manusia lain.
Terima kasih IIUMC tolong post,
-Cik Leen